Alhamdulillah selama tempoh 2 hari satu malam, ummi dapat join team building dengan group shaklee di bawah organisasi upline kami. Banyak perkara yang kami belajar, berkongsi kisah hidup,dan banyak lagi. Walaupun kami daripada pelbagai latarbelakang, kami tetap mesra umpama isi dengan kuku. Itulah ukhuwah yang ada antara kami.Terima kasih Kak Lin Chalo dan Kak Zulaikha atas usaha mendidik kami menjadi Leader To Be💪
Kali ini, ummi nak share tempat dimana kami menginap. Tidak sangka sangat di celah-celah Cheras ini ada rumah dua tingkat yang 5 stars gituu .Ala- ala english style. Cantik sangat hingga hati ummi terpana dan terus setmind 'inilah rumah idaman ku'. Doakan ummi ye..😊
Okay!jom kita lihat satu persatu ruang yang ada.
Ini adalah view daripada luar rumah. Sejujurnya pertama kali ummi lihat, terfikir yang biasa-biasa je di dalamnya.
Tapi....cuba lihat ruang tamu rumah ini.Apa pula persepsi pertama anda???
Woowww...menariknya..dekorasi yang simple, tenang, dan sedap mata memandang. Kalau nak tahu di ruang tengah itulah kami buat kelas Team Buiding Shaklee. Seronok dengan kehadiran anak-anak syurga. Mereka pun selesa berada di dalam HomeStay Rumah 2 Tingkat ini.
Cuba lihat ini pula!!!
Ruangan kecil di hadapan ruang tamu. Ada macam replika ala-ala rumah api gituu..Nampak seperti rumah di oversea kan😍 Disini juga antara tempat kami suka bergambar.hihi..
Okay, di bawah ini pula adalah ruang makan. Bagi ummi paling menarik pada lampu kristal tu. Cantik sangat.
Kemudian, kita masuk pula ruangan dapur rumah ini. Masya Allah...ummi rasa nak nangis..sebab inilah dapur idaman kalbu. ceh ceh..Antara impian ummi dengan suami, kami mahukan dapur yang luas, lengkap dan selesa. Sebab kami suami isteri suka memasak..Sweetkan..
Haa..nampak tak ada orang berbisnes online walaupun dari dapur. Sekarang, surirumah pun boleh berjaya tau. Caranya letak kelebihan diri TEPAT pada tempatnya dan jadikan kelemahan diri sebagai batu loncatan untuk berjaya bukan sebagai penghalang.
Okay, next jom kita naik tangga lihat apa yang ada diatas😉
Ini master bedroom. Besar sangat dan selesa.Paling mengujakan ummi time ini apabila ummi lihat semua bilik-bilik dicat dengan ungu. almaklumlah, warna kegemaranku.
Ini pula bilik air dan bilik mandi. Cantik kan? Ada shower, singki, tandas. Keluasan nya juga selesa.
Nak dikira harga dengan kelengkapan dan keselesaan rumah sangat berbaloi sebenarnya. Hanya dengan sewaan rm 200 lebih semalam, serta dengan isian rumah yang boleh lebih ramai, murah lah..Tidak rugi anda menyewa homestay ini. Boleh buat tempat kelas-kelas bisnes, hari keluarga, nak buat tempat honeymoon pun okay. Dah tak payah susah-susah pergi oversea..cewahhh...
Antara kenangan yang ummi tidak akan lupakan, kami sempat buat facial Youth Shaklee antara kami.Itu yang sampai jam dua pagi. Sekarang dah mahir cara pakai Youth tau. Boleh lah jemput order dengan ummi sekali dapat konsultasi yang eksklusif tau. Lepas pakai Skincare Youth, teruja dengan kelembutan kulit wajah sendiri.😎
Oh ya, bagi mereka yang nak rasa bagaimana keseronokkan tinggal di dalam Homestay Adelia's ni, boleh klik SINI
Daftar dahulu, kemudian cari sahaja Adelia's Bandar Mahkota Cheras dan book sepantas kilat tau!
Pasti rasa teruja sampai nak buat macam rumah sendiri.tak nak balik-balik. hihihi..
See You Again...Keep In Touch N Love.
0 ulasan:
Catat Ulasan