Halaman

Jumaat, 18 Mei 2018

7 Tips terbukti berkesan menjaga wajah dan kecantikan kulit



Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasn diri.Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat islam. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakkan wanita sangat mementingkan kecantikan dan kalau boleh sehingga usia mencecah 40 tahun keatas wajah masih nampak muda bertenaga. Tambahan pula,sebagai seorang isteri, wanita dianjurkan untuk berhias di depan suami.

INNALLAH JAMIL, WA YUHIBBU JAMAL : Allah itu CANTIK dan sukakan KECANTIKAN.
Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri. Itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya.Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit,kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk,itu sudah mencukupi.Sampaikan wajah kusam tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat,bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Cuba tanya pada diri anda:

  • sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat,muda bertenaga?
  • Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?
Oleh itu,artikel kali ini menyenaraikan 7 tips yang terbukti berkesan untuk menjaga wajah dan kecantikan kulit.

  • JANGAN TINGGALKAN SOLAT KERANA WUDUK ITU PENTING.
Sebabnya selain memang diwajibkan,air wuduk yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.


  • MENJAGA KECANTIKAN KULIT DENGAN MINUM AIR SUAM SEBAIK BANGUN DARI TIDUR.
Sejurus bangun pada waktu pagi,iaitu sebelum mandi dan gosok gigi,minum air suam terlebih dahulu.Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air didalam mulut kira 10 saat sambil selawat 3 kali,kemudian baru ditelan.Amalan ini dilakukan kerana air liur basi mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.Boleh juga amalkan minum segelas air suam dicampur sedikit madu.Madu ialah penawar berbagai penyakit.

  • MENGURUT WAJAH DARI BAWAH DENGAN SELAMAT.
Kemudian urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.Amalkan setiap hari.Elakkan buat urutan dari atas ke bawah.Dikhuatiri kulit akan makin cepat berkedut pula.
Anata zikir yang boleh diamalkan adalah:

  1. Baca "Ya Badiyah"(1x)
  2. Baca "Ya Nur"(1x)
  3. Baca "Ya Hadi"(1x)
  4. Baca "Ya Allah"(3x)

  • BACA SURAH AL-WAQI'AH.
Amalkan membaca ayat 35-38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.Dianjurkan membaca pada curahan pertama,dimulakan dari kepala.Sekiranya mandi menggunakan shower,bacalah masa mula-mula nak mandi.Niatkan dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit(diri) dan untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

  • BACA SURAH YUSUF SELEPAS SOLAT SUBUH.
Setiap kali selepas solat subuh,amalkan baca surah Yusuf,kemudian minum air suam 3 teguk.Amalkan dengan jujur dan ikhlas.In Sya Allah,wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

  • BERDOA SETIAPKALI MELIHAT CERMIN.
Setiap kali berhias di depan cermin,bacalah doa.Kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.Amalkan setiap pagi.Doanya berbunyi:

"Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku.Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka"

Berdoa untuk kecantikan dan wajah:


  • MENGGUNAKAN PRODUK YANG HALAL LAGI BAGUS UNTUK MENJAGA KESIHATAN KULIT DAN WAJAH.
Salah satu usaha untuk menjaga kecantikkan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua serta tips-tips,boleh juga usaha dengan mengambil produk kesihatan atau makanan tambahan (supplement) yang terbukti halal dan berkesan serta mempunyai Landmark Study oleh ahli saintis hebat.
Antara bahan makanan yang memberi kesan yang baik kepada kecantikan adalah kacang soya.


Semoga 7 tips diatas membantu pembaca semua untuk lebih menjaga kecantikan serta menghargai pemberian daripada Allah ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan