Ada yang bertanya, mengapa perlu konsisten dalam pengambilan supplement?
Ada juga yang kata "kenapa makan vitamin ni tak nampak kesan pun"
Mudah sahaja.Kita boleh ibaratkan mengapa kita perlu konsisten letakkan baja pada pokok jika ingin hasilkan buah yang sedap ranum dan berkualiti.Ia memerlukan masa bukan?
Begitu juga jika kita melakukan amalan kebaikkan.Contohnya amalan sunat seperti solat dhuha,tahajjud,istikharah. Amalan-amalan ini perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil dan perubahan dalam diri ke arah kebaikkan.Tidak boleh lah kita hanya melakukan sehari kemudian kita kata tidak ada kesan pun. Jangan menyombong diri dengan Penciptamu.Mintalah sebanyak mana yang kamu inginkan.
Back to the topic, kadangkala kesan supplement ke atas seseorang individu tidak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat.Bergantung kepada sistem badan seseorang dan jenis penyakit yang dihidapi. Apabila kita membaca dan melihat berdasarkan fakta, sebenarnya pengambilan vitamin atau supplement perlu konsisten sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hingga 120 hari. Dianggarkan sekitar 3 hingga 4 bulan.
KENAPA???
Untuk pengetahuan semua,sel hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka dalam tempoh itu kita haruslah konsisten dan istiqomah untuk mendapat kesan yang baik.Ini kerana tempoh 90 hingga 120 hari merupakan tempoh penggantian sel, yang mana sel lama yang telah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat. Ini merupakan kesan selepas konsisten amalkan supplement.
Bagaimana mahu konsisten ambil supplement setiap hari?
Pertama sekali set target kita.Tanya kepada diri sendiri "kenapa saya perlukan supplement?"
Katakan kepada diri "Ingin sihat untuk menjaga keluarga".
Anda juga perlu kuatkan azam mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak.(menyususkan anak,menjaga anak,menjaga rumahtangga dll)
Ingin sihat dan cantik sentiasa untuk suami tercinta.
Antara tips yang boleh ummi kongsikan untuk konsisten ambil supplement:
1.Letak segala supplement yang perlu dimakan ditempat yang berdekatan dengan tempat air.Tapi pastikan suhu yang bersesuaian untuk vitamin ya.Jauhkan vitamin daripada tempat yang tinggi haba atau panas.
2.Letak vitamin atau supplement dalam pill box yang comel serta cantik.Bagi sesetengah orang lebih menarik kepada benda yang cantik.
Maka apabila sudah ada target, ada juga plan-plan yang mewajibkan untuk ummi makan vitamin.Tiada lagi alasan terlupa, tertinggal, tercicir dan sebagainya.
Kenapa perlu konsisten makan vitamin Shaklee?
Shaklee adalah vitamin atau supplement yang terdiri daripada zat-zat nutrien yang sepatutnya kita boleh makan daripada makanan kita.Tapi hakikatnya makanan sekarang ini zatnya makin berkurang.Paling mengejutkan adalah zat-zat daripada sayur dan buah juga sudah berkurangan.Kalau dahulu kita makan semangkuk sayur sudah mencukupi untuk mendapatkan khasiat tetapi sekarang mungkin kita perlukan bermangkuk mangkuk untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan.Persoalannya,adakah kita makan bermangkuk-mangkuk sayur setiap hari?
Maka,dari situ kita sudah tahu kemampuan untuk mendapatkan nutrisi yang cukup tidak mudah.Apabila tubuh badan tidak mendapat nutrisi secukupnya,itu adalah punca pelbagai penyakit datang menyinggah ke tubuh badan kita.
Adakalanya kemungkinan besar kita nampak sihat tetapi hakikatnya badan kita sudah lama 'menderita'.Cuma tunggu waktu sahaja untuk muncul iaitu semasa tahap imunisasi kita lemah.Kalau diperhatikan,kebiasaannya apabila umur mencapai 50-an mulalah pelbagai penyakit yang datang menjengah.Seperti sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,kanser dan sebagainya.
Kenapa?
Kerana ketika usia sebeginilah tahap imunisasi atau daya tahan penyakit kita sudah pun lemah.
Bukankah sepatutnya pada waktu begini, kita sepatutnya sedang bermain dengan cucu, mengecapi kehidupan yang kita telah usahakan semasa muda dahulu.
Dan bukannya menghabiskan sebahagian atau kesemua simpanan untuk kesihatan,dan menanggung kos perubatan,apatah lagi terlantar sakit.
Ya betul,sihat dan sakit,ajal dan maut di tangan tuhan.Tapi apakah usaha kita untuk mendapatkan kesihatan?Bukan kah tuhan akan berikan kepada mereka yang berusaha.Kalau kita tidak berusaha bagaimana nak dapat?betul ke betul?Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan makan makanan berkhasiat dan topup dengan supplement untuk mencukupkan nutrisi seharian,in sya Allah segala masalah kesihatan dapat dijauhkan.
Maka disini lah perlunya kita konsisten mendapatkan nutrisi secukupknya setiap hari iaitu dengan makan makanan berkhasiat dan ditambah dengan supplement.Supplement pula pastikan yang halal, selamat digunakan untuk jangka masa pendek dan panjang kerana kita mahu konsisten menggunakannya.
Bagi mengoptimumkan kadar serapan vitamin atau supplement yang diambil,anda boleh mulakan:
1)Program DETOX-bertujuan untuk proses perbersihan organ dalaman terutamanya usus.
2)Ambil sumber protein terbaik seperti Esp Shaklee atau Meal Shakes.Bertujuan untuk menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat disamping memperbaiki sel-sel yang lama dan rosak.
Semoga anda semua lebih bersemangat untuk konsisten dan hidup lebih sihat.
SIHAT ITU JIHAD😊
By,
Ummu Safura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan