Halaman

Ahad, 20 Mei 2018

Saya ingin menjadi Isteri,Ummi bekerjaya,dan Businesswoman hebat!

Bagaimana ummi terjebak untuk menjalankan bisnes Shaklee ini?


Ummi mengamalkan vitamin Shaklee sejak tahun 2014.Awalnya ummi mencari vitamin untuk merawat gastrik sendiri.Tertarik dengan apa yang dipost oleh seorang kakak senior yang dulunya kami sama-sama belajar di Mesir.Kini, ummi telah pun menjadi bisness partner bersamanya.Selepas beberapa bulan mengambil Alfalfa Complex,ummi merasakan kebaikan nya.Perut dah kurang pedih-pedih,kebas-kebas dan bengkak tangan kaki pun semakin hilang.Paling menakjubkan, gastrik yang ummi alami sejak kecil ini semakin dapat dikawal dan boleh sembuh dengan izin Allah jua.

Kemudian ummi mencuba vitamin B-complex Shaklee.Asalnya tujuan ambil vitamin ini sebagai persediaan kesihatan terbaik sebelum menjelang hari perkahwinan ummi.Untuk pengetahuan semua, B-complex Shaklee ini beserta asid folik yang sangat diperlukan untuk bayi dalam kandungan disamping memberikan kualiti darah merah yang sihat.

Sehinggalah ummi berkahwin, mengandungkan mujahidah solehah kami dan berpantang serta menyusukan cukup 2 tahun.Ummi kekal amalkan vitamin Shaklee.Vitamin Shaklee banyak merubah kualiti tahap kesihatan ummi dan keluarga kami.Teringat kenangan-kenangan di Mesir, ummi mengandungkan mujahidah solehah kami dalam keadaan masih belajar.Rutin harian ummi yang padat sebagai seorang pelajar, juga berkhidmat buat persatuan belajar disamping menggalas tanggungjawab hakiki sebagai seorang isteri. Bukan sesuatu yang mudah semua itu.

Pada tahun 2015 setelah mujahidah solehah kami dilahirkan,ummi bergiat aktif dalam bisnes Shaklee sambil belajar.Sebenarnya sebelum itu lagi ummi sudah pun berniaga.Tetapi apabila melihat dan berfikir pelbagai faktor, ummi memilih untuk serius dalam bisnes Shaklee ini.Banyak perkara yang ummi dapat dan belajar.Awalnya ummi menolak sangat bisnes MLM ini, tapi setelah mengkaji dan bertanya orang yang alim mengenainya, barulah ummi yakin untuk teruskan bisnes Shaklee ini.Dengan keizinan suami serta doa darinya, ummi terus melangkah laju menjalankan bisnes ini tanpa jemu. Ditambah lagi apabila memikirkan kami perlukan pendapatan yang lebih buat keluarga.

Pada awal kemunculan saya dalam dunia bisnes Shaklee, penjualan Shaklee ummi hanya menerusi facebook sahaja.Ummi masih belajar menyesuaikan diri lagi.Almaklum lah ummi sebenarnya sangat malu dan kurang mahir dalam menggunakan media sosial yang ada.Apabila ummi bertambah lama dalam bisnes Shaklee, ummi dapat menguruskan perasaan malu itu menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya.Kini, ummi bersyukur dapat wujudkan blog sendiri dan boleh berkongsi pelbagai kebaikan dengan semua pembaca.


Alhamdulillah, bisnes Shaklee ummi semakin berkembang di bawah team Safura Empire.Ditambah lagi sokongan dan dorongan yang padu daripada suami untuk lebih fokus dan bersungguh-sungguh.Ummi semakin bersemangat untuk mengembangkan lagi empayar bisnes ini bersama anak cucu Shaklee.Ummi akan mendidik mereka sehabis daya dan selalu berdoa buat kejayaan mereka kelak.Kalau nak tahu team ummi ada yang menjadi pengedar Shaklee di Mesir tau😉

Okay, sampai disini dulu ye, in sya Allah ummi akan berkongsi pada lain entri.
Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan..

Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan