Assalamualaikum..
Pejam celik berbaki lebih kurang seminggu kita nak menyambut hari kemenangan buat umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pasti sekarang para ibu bapa lah yang paling sibuk membuat persiapan termasuklah menyediakan pakaian raya buat anak-anak. Membeli baju raya anak perlukan kepada perancangan bersama lagi-lagi apabila anak kita sudah ada citarasa tersendiri. Menjadi ibu bapa yang hebat adalah pandai menghormati pilihan anak selagi tidak mendatangkan keburukan buat mereka. Elakkan membeli tanpa perancangan kerana dikhuatiri pelbagai risiko buruk mendatang.
Perkara utama yang ibu bapa perlu paham adalah bahawa dalam Islam tidak semestinya berhari raya dengan pakaian atau semua yang baru tetapi yang lebih tepat ialah memakai pakaian yeng bersih dan terbaik yang dimiliki. Perkara ini perlulah para ibu bapa terapkan dalam minda anak-anak supaya nilai-nilai Islam itu subur dalam keluarga.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #1
UMUR - Bagi anak-anak keci yang sedang membesar, pastikan anda membeli satu saiz lebih besar supaya baju raya yang dibeli dapat bertahan lebih lama dan anak-anak puas memakainya.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #2
CITARASA - Buat anak-anak kecil biasanya ibu bapa lah yang menentukan. Kenali jiwa anak-anak anda.Ada yang gemarkan kartun tertentu, ada yang gemarkan baju fesyen dress ala-ala princess, ada juga yang gemarkan pakaian lengkap bertudung, bersampin,bersongkok. Apabila anak-anak ini mendapat sesuatu yang digemari pasti suka memakainya berulang kali. Sekiranya anak-anak semakin dewasa, biasanya citarasa pun sudah berubah. Ibu bapa lah yang berperanan menjadi pembimbing fesyen buat anak-anak disamping citarasa mereka tidak diketepikan.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #3
KESESUAIAN MASA & PRAKTIKAL - Kebiasaannya bagi anak lelaki, hanya memakai baju melayu/ baju raihan dan dikenakan dengan seluar biasa. Apabila ibu bapa belikan mereka baju melayu sepasang dikhuatiri hanya dipakai sekali dalam setahun. Ia lebih praktikal kerana baju melayu/baju raihan ini boleh juga dipakai untuk solat jumaat, atau apa sahaja majlis yang sesuai.
Bagi anak perempuan pula, terdapat pelbagai fesyen yang dijual diluar sana. Namun ibu bapa perlulah bijak dalam membuat pilihan serta membimbing mereka. Boleh juga hanya sediakan sehelai dua pakaian raya seperti baju kurung atau jubah/dress labuh untuk dipakai pagi raya atau raya pertama. Selepas itu, boleh beraya dengan pakaian yang lebih ringkas disamping bab aurat tetap dijaga.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #4
FABRIK - Kebiasaannya anak-anak ini aktif dan lasak, jadi pilihlah fabrik yang tahan serta mudah dicuci. Dalam cuaca Malaysia yang sentiasa meningkat suhunya, pentingkan juga jenis fabrik yang bagus peredaran udara dan tidak panas seperti kain kapas. Pastikan juga warna baju tidak luntur selepas dicuci.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #5
POKET - Ini satu elemen pada baju. terutama baju kurung. Poket sebenarnya amat berguna dan praktikal. Bagi kanak-kanak boleh dijadikan tempat menyimpan duit raya dan sapu tangan apabila pergi keluar beraya.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #6
KESELESAAN - Perkara ini amat penting untuk menentukan berapa lama anak-anak akan bertahan memakai baju raya mereka. Elakkan terlalu mengikut fesyen dan kurangkan hiasan-hiasan pada baju anak-anak terutama yang kecil. Kerana sifat anak-anak ini aktif dan banyak akal bermainnya.
Panduan Memilih Pakaian Raya Anak #7
AKSESORI TAMBAHAN - Jika perlu membeli pastikan pin tudung atau jarum cukup tajam. Jika tidak ia akan merosakkan kain tudung. Beli yang simple dan ringkas serta mudah dipakai.
P/S: Jangan lupa untuk membasuh dahulu setiap pakaian baru yang dibeli sebelum anak-anak anda memakainya. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak-anak daripada dijangkiti bahan yang terlekat pada pakaian yang mungkin menyebabkan masalah kulit pada mereka.
Praktikal Mengajar Anak Berbelanja
Jika setiap tahun, anda yang membeli baju raya buat anak-anak termasuk yang telah bersekolah. Apa kata tahun ini anda minta mereka membuat persediaan raya sendiri dengan pantauan dan bimbingan ibu bapa. Syaratnya berbelanja raya mengikut bajet duit masing-masing.
Contoh: Bagi anak yang bersekolah dalam bajet RM 200.Biarkan mereka membuat pilihan fesyen, kuantiti, dan gabungan yang dirasakan sesuai. Jika inginkan kasut yang agak mahal, mereka perlu berfikir untuk kurangkan bajet belanja pakaian. Mungkin saja mereka membuat keputusan memakai pakaian sedia ada yang masih baik dan elok keadaannya.
Para ibu bapa jangan lupa untuk selalu menasihati dan membimbing mereka dalam menguruskan kewangan yang ada. Boleh juga sekiranya anak-anak mahukan sesuatu, ibu bapa ajarkan mereka cara menabung dari awal. Itu lebih baik.
Bagaimana anda membuat pilihan baju raya untuk anak-anak? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah😊
Ummu Safura (Pengedar Shaklee Semenyih)
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com
018-2123051