Pernah tak berlaku kepada anda kebas-kebas?Saya yakin dan pasti setiap orang pernah merasainya. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan juga kaki.
Tahukah anda jika mengalami masalah kebas di tangan berkemungkinan bukan kebas tangan biasa. Jom ikuti perkongsian kali ini mengenai cara atasi masalah kebas kronik.
Mengapa kebas boleh berlaku?
Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa(sensation). Kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf peri-peri terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan tempat saraf yang terlibat.
Penyempitan Salur Darah
Ia berkait rapat dengan gaya hidup seharian kita. Dari segi pemakanan yang kurang sihat, tidak bersenam serta amalan seperti merokok dan minum alkohol adalah antara punca kepada penyempitan saluran darah.
Jadi, proses aliran darah ke seluruh tubuh akan terganggu dan menyebabkan seseorang itu mudah berasa kebas, sesemut atau sakit dihujung jari dan kaki. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit yang mempunyai kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, pesakit kencing manis dan juga strok.
Masalah Pada Saraf
Saraf yang tercedera akibat kemalangan. Saraf juga boleh bermasalah akibat daripada pengumpulan bahan toksin di dalam badan. Dalam sesetengah kes, tekanan juga boleh menyebabkan masalah kebas ini seperti penyakit Carpal Tunnel Syndrom.
Menurut perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenalpasti berkaitan kebas tangan ialah Sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome(CTS).
CTS adalah satu keadaan dimana berlakunya tekanan kepada saraf Median (median nerve) itu sendiri. Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf.
Dalam kata lain, CTS merupakan penyakit berkaitan saraf dimana saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan yang betul.Tekanan berterusan kepada saraf median menyebabkan kebas-kebas pada jari.Jika keadaan ini dibiarkan boleh menyebabkan lemah pada tangan dan lagi buruk otot juga boleh jadi makin mengecil dan tidak berfungsi. Jadi masalah kebas-kebas tidak boleh dipandang mudah.
Punca Kebas/ Carpal Tunnel Syndrome
- Wanita/Ibu yang banyak melakukan kerja rumah
- Boleh dikaitkan dengan penyakit arthritis dan gout
- Disebabkan oleh patah atau cedera pada pergelangan tangan
- Sindrom pra-haid(PMS)
- Ibu hamil
- Kesan sampingan ubat
- Kekurangan vitamin B12
- Kekurangan darah, terlalu gemuk, kadang berlaku juga pada orang yang kurang kalsium
- Penggunaan tangan berlebihan seperti menaip dalam tempoh lama, bersukan,
- Merokok
Simptom Sindrom Carpel Tunnel
- kebas pada pergelangan atau hujung jari
- lebih kebas apabila tidur di waktu malam atau bangun pagi
- susah untuk memegang objek, tangan menjadi semakin kebas dan sakit
- kebas berkurang apabila tangan dalam keadaan rehat
Langkah dan Penjagaan Kesihatan
Sebaik nya dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor/pegawai perubatan anda.
- Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ambil supplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin.
- Lakukan senaman ringan bagi melancarkan peredaran darah.
- Berhenti merokok kerana nikotin boleh menyebabkan pembuluh darah mengecut
- Rehatkan minda dan elakkan daripada situasi tekanan
- Mengambil makanan yang sihat dan semulajadi
Bagaimana Pil Kalsium Ostematrix Shaklee membantu Atasi Masalah Kebas Kronik?
Dengan pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee secara konsisten sebelum tidur, mampu mengurangkan kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi dan arthritis.
Ia berfungsi dengan cara membantu proses pengecutan pada otot dan saraf supaya darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Kandungan gabungan magnesuim dan vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang. Selain menjaga kekuatan tulang, ia juga dapat membantu mengelakkan masalah kekejangan atau simpul biawak buat wanita hamil.
Sekiranya hendak membuat pembelian sendiri dengan debit/kredit kad, boleh klik imej e-sell di bawah:
Untuk dapatkan promosi Ostematrix Shaklee bulan ini, boleh klik [ BELI DISINI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5% ]
BACA JUGA:
0 ulasan:
Catat Ulasan