Halaman

Rabu, 19 September 2018

Set Hamil Shaklee: 8 Soalan Yang Kerap Ditanya


Apabila tiba promosi Set Kehamilan Shaklee, ramai yang tanya nak tahu apa keistimewaan nya. Jom ummi kongsikan 8 soalan yang kerap ditanya oleh prospek.

8 Soalan Yang Kerap Ditanya

Soalan 1# Apakah produk Shaklee yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung?



Vitamin asas seperti Vita-lea Iron Formula, B-Complex, SR Vita-c, dan Ostematrix.
Optional: ESP Shaklee, Meal Shake, Omega Guard, dan Performance Drink.

Soalan 2# Apakah peranan setiap produk dalam Set Kehamilan Shaklee ini?

Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin lengkap dengan zat besi(Iron). Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah HB rendah (tanda HB rendah seperti mudah pitam, pening, sejuk kaki dan tangan, kulit dan kuku pucat)

B-Complex with Folic acid
Lengkap dengan kumpulan 8 kumpulan B termasuk asid folik. Ibu mengandung perlukan minima 400mcg asid folik untuk persediaan hamil. Terutama sepanjang trimester pertama dan sepanjang mengandung. 400mcg asid folik ini boleh diperolehi melalui 1 biji B-ComplexShaklee+ 1 biji Vita-lea Shaklee.(Sila lihat label pada botol vitamin)

SR Vita-C
Untuk antibodi ibu hamil. Membantu mengurangkan masalah gusi berdarah, sumber kolagen agar kulit perut dapat menegang dengan cantik(kurangkan kesan stretch mark).

Ostematrix
Merupakan sumber kalsium dan magnesium, vitamin D dan lain-lain. Sangat membantu elakkan rasa kebas-kebas, cramp kaki, lenguh badan dan tegang urat.

ESP Shaklee
Sumber protein, non-GMO SOY. Sangat baik untuk pembentukan organ bayi seperti kulit, mata dan lain-lain. Baik diamalkan oleh ibu hamil untuk mengelakkan/mengurangkan kesan stretch mark.

Meal Shake
Multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk. Mengandungi protein dan fiber. Sesuai diamalkan terutama peringkat awal kehamilan di mana ibu hamil mengalami morning sickness, tidak lalu makan, kerap muntah dan lain-lain.

Omega Guard
Merupakan minyak ikan Shaklee yang mengandungi sumber DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dan membantu mengurangkan kolestrol buat ibu hamil.

**Ada hujah mengatakan tentang EPA yang tinggi tidak sesuai untuk ibu hamil. Disyorkan tidak lebih 3g sehari. Sebab itu kita ambil sebiji sehari je. Kandungan EPA yang tinggi dikhuatiri beri kesan pada perkembangan motor anak. Kelebihan Omega Guard Shaklee ialah ia diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan. Shaklee menggunakan teknologi terkini, iaitu Triple Molecular Distillation (Tapis 3 kali) untuk menyingkirkan pencemaran yang bahaya seperti merkuri dan lain-lain. Bagi minyak ikan yang diperbuat daripada hati ikan, boleh menjadi toksin jika diambil berlebihan.

Performance Drink (PD)
Badan kita akan terhidrat sentiasa terutama ketika cuaca panas terik, menghidap selesema/demam, beri tenaga berpanjangan terutama jika ibu hamil dan berpuasa. Lebih baik minum PD ini untuk memastikan paras gula di dalam darah stabil/normal. Ingat! wajib simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama. Tidak perlu minum setiap hari, jika perlu sahaja.

Soalan 3# Apakah produk Shaklee yang tidak boleh diamalkan oleh ibu mengandung?

Terutama vitamin yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi seperti Vivix, Caratomax, dan Vita-E Complex.

Ringkasnya, apabila hamil terutama waktu benih baru melekat (trimester 1), antibodi ibu hamil direndahkan bagi memberi jalan kepada pelekatan benih dan kehadiran sel baru(iaitu baby). Apabila kita ambil makanan yang tinggi antioksidan, antibodi kita meningkat dan badan kita akan anggap 'sel baru' itu bendasing dan akan cuba untuk menolak benda tersebut. Na'uzubillahi min zalik..

Soalan 4# Bagaimana cara pengambilan vitamin untuk ibu mengandung?

Asasnya sama sahaja dengan pengambilan supplemen biasa. Cuma untuk trimester pertama cukup dengan 4 vitamin asas ( B-Complex, SR Vita-C, Vita-Lea Iron Formula, Ostematrix). Apabila kandungan sudah stabil, iaitu pada trimester 2 dan 3, boleh tambah dengan pengambilan vitamin lain.(Esp, Omega Guard, dll). Sentiasa rujuk doktor anda.

TRIMESTER 1
Bangun pagi/sebelum sarapan: 1 hidangan Esp Shaklee/Meal Shake
Selepas sarapan: 1 biji SR Vita-C, 1 biji B-Complex, 2 biji Vita-Lea Iron Formula.
Selepas makan tengah hari: 1 biji B-Complex
Sebelum tidur: 3 biji Ostematrix

TRIMESTER 2 &3
Bangun pagi/Sebelum sarapan: 1 hidangan Esp Shaklee/Meal Shake
Selepas sarapan: 1 biji SR Vita-C, 1 Biji B-Complex, 2 biji Vita-Lea Iron Formula
Selepas makan tengah hari: 1 biji B-Complex, 1 biji Omega Guard
Sebelum tidur: 4 biji Ostematrix

Soalan 5# Apa logiknya jadual pengambilan diatas?

-Esp Shaklee dan meal Shake cukup dengan pengambilan 3 sudu sehari.Diambil semasa sarapan untuk memberikan tenaga seharian dan rasa kenyang.
-Vita-Lea Iron Formula diambil serentak dengan SR Vita-C kerana vitamin c membantu penyerapan zat besi yang optimum.
-Elakkan pengambilan Vita-Lea dengan Ostematrix kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi.
-Pengambilan B-Complex akan menyebabkan rasa lapar kerana B-Complex membakar makanan/gula menjadi tenaga. Jadi perlu ambil B-Complex selepas makan sebagai tenaga sepanjang hari dan apabila terfikir lapar perlu ambil air secukupnya.
-Ostematrix ambil sebelum tidur kerana ia mudah diserap ketika kita kurang minum air/buang air/waktu tidur. Kandungan kalsium dan magnesium di dalamnya membantu tidur yang lebih lena dan berkualiti.

Soalan 6# Apabila ambil set hamil Shaklee, perlu lagi tak ambil Obimin dan Neurogain secara berasingan?

Tidak perlu, nanti jadi over dose. Umumnya:
Obimin= Vita-Lea
Neurogain= Omega Guard

Tak pasti tentang Obimin dan Neurogain, tetapi tetap nak makan vitamin shaklee, boleh ambil supplemen yang tidak bertindan dengan apa yang sedang ibu hamil ambil tu. Seperti Esp Shaklee dan Ostematrix.

Paling penting, jika menggabungkan supplement Shaklee dengan jenama lain, sentiasa baca label dan buat kiraan nilai vitamin/nutrisi yang diambil dalam masa 24 jam sehari.
Dan suppelement Shaklee ini betul-betul semulajadi dan berkesan serta selamat. Boleh lihat pada rujukan Landmark Study Shaklee.

Soalan 7# Apa tips ibu hamil dan berpuasa dengan vitamin Shaklee?

Ibu hamil wajib minum bancuhan Esp Shaklee+Performance Drink waktu sahur. Caranya ambil secawan air kosong/jus + 1 sudu besar Esp Shaklee + 1 sudu besar PD.

Vitamin-vitamin lain :
-Vitamin selepas diambil selepas sahur sebelum waktu sahur habis.
-Vitamin selepas makan tengah hari diambil selepas berbuka.

In sya Allah badan akan rasa bertenaga dan boleh menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Anda juga boleh ambil minuman PD semasa berbuka atau malamnya supaya anda dapat kesegaran berpanjangan.

Soalan 8# Bolehkan ibu hamil dan ada Diabetes/GDM ambil Esp Shaklee?

Sebaiknya rujuk dahulu doktor anda. Jika ibu hamil tiada masalah buah pinggang, boleh cuba ambil Esp Shaklee dengan dos yang rendah dahulu iaitu 1 sudu besar sehari.

Bulan ini merupakan promosi Set Kehamilan Shaklee dan merupakan peluang terbaik anda untuk dapatkan.Sebarang pertanyaan lanjut boleh klik imej wasap di bawah:




Ingin membuat belian Set Kehamilan Shaklee secara online menggunakan kad kredit/kad debit boleh klik imej e-sell di bawah:
Ummu Safura@ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih



Selasa, 11 September 2018

Cara Kawal Stress dan Anxiety Disorder


Assalamualaikum

Saya Azliana Mohd Azlan(Yana). Berusia 34 tahun. Bekerja sebagai Pegawai Kewangan di Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu.
.

Saya berminat untuk berkongsi kisah bagaimana saya menangani stress dan anxiety disorder dengan produk Shaklee.
.

Tugas di pejabat, berdepan dengan dateline. Pelbagai bentuk tugas adhoc, dan pegawai atasan yang sangat demanding menjadikan stress saya semakin menjadi-jadi.
.

Apabila stress menyerang, saya sering menjadikan makanan sebagai stress booster. Ini adalah sangat tidak sihat!
.

Oleh itu, tabiat meredakan stress dengan makan membuatkan saya yang juga merupakan seorang isteri yang sedang ikhtiar hamil (TTC) menjadi sukar.
.

Mengapa sukar? Kerana susah nak turunkan berat badan dek kerana tabiat makan yang tidak sihat.
.

Ditambah lagi dengan anxiety disorder yang makin teruk dek kerana stress yang melanpau tadi.
.

Anxiety Disorder bukanlah perkara main-main. Ianya membantutkan perjalanan kehidupan seharian sebenarnya. Tak percaya? Tanyalah mereka yang sering mengalami nya.
.

Sweaty palm yang teruk adalah antara simptom anxiety disorder yang paling jelas.
.

Akhirnya demi untuk memastikan stress dan anxiety disorder level berada di tahap yang terkawal, dan tidak memudaratkan diri sendiri, Yana dicadangkan untuk consume B-complex Shaklee.
.

B-complex banyak membantu Yana jadi lebih tenang dan tidak terlalu stress. Kalau dulu asyik nak marah-marah je walaupun sikit hal. Tapi sekarang lebih tenang dan tak stress kerana benda-benda kecil. Anxiety level pun dah makin baik.
.

Kalau dulu rasa asyik nak makan je setiap kali stress. Tapi sekarang Yana perasan selera makan dah sederhana. Maksudnya tak lah fikir asyik nak makan je. Badan pun rasa lebih ringan.
.

Satu lagi, dek kerana B-complex ni Yana perasan dulu rambut banyak gugur tapi sekarang dah tak teruk! Dulu sampai tahap terpaksa potong rambut sebab rambut selalu gugur. Penuh atas katil rambut gugur, masa mandi jangan cakaplah..lagi banyak..Tapi sekarang alhamdulillah tidak lagi.
.

Satu lagi paling best badan dah tak lesu, walaupun seharian melayan kerja di pejabat.
.

Selain consume B-complex, Yana juga consume Ostematrix Shaklee. Yang ni memang favourite supplement sebab ianya bantu Yana lebih semangat untuk beribadat.
.

Nak tahu kenapa? Sebab kaki dah tak 'kruk kruk'.Dah tak sakit. Kalau dulu masa nak solat sakit lutut dan terpaksa guna kerusi walaupun hakikatnya umur tidaklah tua sangat. Tapi sebab badan yang berat dan kaki letih tampung berat badan. Alhamdulillah sekarang tidak lagi.
.

Selain itu, Yana rasa proses membuang pun makin lancar dan selesa. Tak simpan lama-lama dalam usus. Ini buatkan badan tak lesu dan letih. Badan pun rasa ringan.
.

Yana kalau badan letih, ambil 2 biji Ostematrix Shaklee, alhamdulillah tidur dengan lena macam bayi. Bak kata suami lah..hehe.
.

Alhamdulillah dengan produk Shaklee yang banyak manfaatnya, kesihatan dapat diperbaiki. Jika konsisten tentu akan dapat lihat kesannya. Semua atas izin Allah jua.
.

Sekarang Yana baru berjinak-jinak nak consume GLA complex untuk betulkan hormon dan cantikkan menstruation cycle. Kalau dah cantik cycle, barulah senang nak lekat! Doakan Yana ye.
.

Ini adalah sedikit kisah testimoni Shaklee effect Yana.
Semoga dapat memberi manfaat kepada ramai orang diluar sana. Pasti Allah suka hambaNya yang berusaha kan? Tidak ada benda yang jatuh dari langi tiba-tiba.Semuanya perlu usaha.Nak sihat pun kena usaha tau.


Ummu Safura@ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih
018-2123051

Isnin, 10 September 2018

Osteoporosis: Pembunuh Senyap Bagi Wanita Yang Kurang Kalsium


Assalamualaikum

Teringat sebelum ini ummi pernah masuk hospital atas sebab mujahidah solehah ummi demam panas tiba-tiba.

Berjumpa dengan seorang mak cik tua. Mak cik kongsikan pengalaman sakit beliau yang mana beliau menghidapi tulang rapuh sangat sampai tercucuk ke bahagian isi. Nak buat operation pun tak boleh disebabkan faktor usia. Jadi beliau terpaksa bertahan dengan ubat je.

Bila dengar cerita mak cik tadi, seram pula rasanya. Selalu berdoa dalam hati sendiri nak lalui usia tua dengan kesihatan yang baik, mampu lagi untuk menjelajah seluruh dunia melihat kebesaran Allah, dan boleh laksanakan ibadah dengan penuh nikmat.

Doa sangat minta kita semua dipanjangkan umur dengan penuh keberkatan olehNya.

Okay, nak katanya, sebenarnya penyakit tulang rapuh atau Osteoporosis pembunuh senyap wanita yang kurang kalsium.

Apa pentingnya Ostematrix Shaklee untuk mencegah Osteoporosis ini?


Sebenarnya Ostematrix Shaklee ini adalah kalsium. Yang istimewanya mineral dalam Ostematrix ini sebiji dengan kalsium yang ada di tulang kita. Senang diserap sebab badan kita kenal, tu sebab siapa yang ambil Ostematrix Shaklee ni rasa berkesan je...

Start umur 30-an, tulang kita mula berhenti simpan kalsium. Kira macam bank kalsium tu penuh dah. Jadi, kita perlu makan kalsium setiap hari untuk tampung keperluan harian. Kalau ikutkan kita kena ada supply 1000mg sehari.

Kalau keperluan kalsium anda cukup, apa akan jadi?

Badan akan tarik kalsium dari tulang dan kepatan tulang akan mula menurun.

Apabila kepadatan tulang menurun, yang paling teruk adalah penyakit Osteoporosis. Ramai yang dapat sebenarnya, bila terjatuh biasa kaki boleh patah, tangan boleh retak.

Baaayanngkannnn..memang betul-betul pembunuh senyap.

Selain itu, kalsium ada banyak fungsi. Boleh bantu stabilkan tekanan darah, bantu dalam mengatasi masalah senggugut, pastu sakit belakang, lenguh sana sini, sakit gigi pun boleh tau!

Oh ya, Ostematrix bagus untuk elak sembelit juga. Special ramuan Ostematrix ni sebab ada magnesium sekali. Dia lah yang tarik masuk dalam saluran najis supaya najis lembut. Siapa pernah sembelit pasti tahu nikmatnya lepas telan ostematrix ni😂

Sekarang, masih tak nak konsisten ambil kalsium Ostematrix ni?
Sayangilah tulang kita💖

Berminat nak dapatkan boleh hubungi dan wassap no 018-2123051.

Atau nak mudah klik je imej wassap ni:



Nak buat belian dengan kredit/debit kad pun boleh.Klik imej e-sell dibawah:






Baca juga:

15 Fakta tentang Ostematrix yang perlu anda tahu

8 Kelebihan pil kalsium Ostematrix Shaklee

Kalsium terbaik untuk tulang dan gigi yang sihat

Kenapa kalsium sangat penting buat ibu hamil?

Cara atasi masalah kebas kronik

Sabtu, 8 September 2018

Cara Atasi Masalah Kebas Kronik


Pernah tak berlaku kepada anda kebas-kebas?Saya yakin dan pasti setiap orang pernah merasainya. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan juga kaki.

Tahukah anda jika mengalami masalah kebas di tangan berkemungkinan bukan kebas tangan biasa. Jom ikuti perkongsian kali ini mengenai cara atasi masalah kebas kronik.

Mengapa kebas boleh berlaku?

Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa(sensation). Kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf peri-peri terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan tempat saraf yang terlibat.

Penyempitan Salur Darah

Ia berkait rapat dengan gaya hidup seharian kita. Dari segi pemakanan yang kurang sihat, tidak bersenam serta amalan seperti merokok dan minum alkohol adalah antara punca kepada penyempitan saluran darah.

Jadi, proses aliran darah ke seluruh tubuh akan terganggu dan menyebabkan seseorang itu mudah berasa kebas, sesemut atau sakit dihujung jari dan kaki. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit yang mempunyai kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, pesakit kencing manis dan juga strok.

Masalah Pada Saraf

Saraf yang tercedera akibat kemalangan. Saraf juga boleh bermasalah akibat daripada pengumpulan bahan toksin di dalam badan. Dalam sesetengah kes, tekanan juga boleh menyebabkan masalah kebas ini seperti penyakit Carpal Tunnel Syndrom.



Menurut perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenalpasti berkaitan kebas tangan ialah Sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

CTS adalah satu keadaan dimana berlakunya tekanan kepada saraf Median (median nerve) itu sendiri. Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf.



Dalam kata lain, CTS merupakan penyakit berkaitan saraf dimana saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan yang betul.Tekanan berterusan kepada saraf median menyebabkan kebas-kebas pada jari.Jika keadaan ini dibiarkan boleh menyebabkan lemah pada tangan dan lagi buruk otot juga boleh jadi makin mengecil dan tidak berfungsi. Jadi masalah kebas-kebas tidak boleh dipandang mudah.

Punca Kebas/ Carpal Tunnel Syndrome

  • Wanita/Ibu yang banyak melakukan kerja rumah
  • Boleh dikaitkan dengan penyakit arthritis dan gout
  • Disebabkan oleh patah atau cedera pada pergelangan tangan
  • Sindrom pra-haid(PMS)
  • Ibu hamil
  • Kesan sampingan ubat 
  • Kekurangan vitamin B12
  • Kekurangan darah, terlalu gemuk, kadang berlaku juga pada orang yang kurang kalsium
  • Penggunaan tangan berlebihan seperti menaip dalam tempoh lama, bersukan, 
  • Merokok 

Simptom Sindrom Carpel Tunnel
  • kebas pada pergelangan atau hujung jari
  • lebih kebas apabila tidur di waktu malam atau bangun pagi
  • susah untuk memegang objek, tangan menjadi semakin kebas dan sakit
  • kebas berkurang apabila tangan dalam keadaan rehat

Langkah dan Penjagaan Kesihatan

Sebaik nya dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor/pegawai perubatan anda.
  • Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ambil supplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin.
  • Lakukan senaman ringan bagi melancarkan peredaran darah.
  • Berhenti merokok kerana nikotin boleh menyebabkan pembuluh darah mengecut
  • Rehatkan minda dan elakkan daripada situasi tekanan
  • Mengambil makanan yang sihat dan semulajadi

Bagaimana Pil Kalsium Ostematrix Shaklee membantu Atasi Masalah Kebas Kronik?

Dengan pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee secara konsisten sebelum tidur, mampu mengurangkan kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi dan arthritis.
Ia berfungsi dengan cara membantu proses pengecutan pada otot dan saraf supaya darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Kandungan gabungan magnesuim dan vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang. Selain menjaga kekuatan tulang, ia juga dapat membantu mengelakkan masalah kekejangan atau simpul biawak buat wanita hamil.



Berminat untuk dapatkan Ostematrix Shaklee ini, boleh terus klik imej wassap dibawah:



Sekiranya hendak membuat pembelian sendiri dengan debit/kredit kad, boleh klik imej e-sell di bawah:



Untuk dapatkan promosi Ostematrix Shaklee bulan ini, boleh klik [ BELI DISINI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5% ]

BACA JUGA:






Jumaat, 7 September 2018

Kenapa Kalsium Sangat Penting Buat Ibu Hamil?



Ketika hamil, keperluan nutrisi dalam badan semakin bertambah. Kerana ibu hamil juga perlu memenuhi keperluan nutrisi untuk kandungannya supaya bole membesar dengan baik. Salah satu keperluan yang sangat penting ketika hamil adalah kalsium.

Kenapa Kalsium Sangat Penting Ketika Hamil?

Kalsium ini merupakan mineral yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat. Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan kalsium ibu bertambah kerana kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Gigi bayi sebenarnya sudah pun terbentuk ketika dalam kandungan lagi dan ia akan tumbuh sekitar usia 5 bulan.

Kalsium juga diperlukan untuk pertumbuhan hati, saraf, otot bayi yang sihat. Dan juga sangat membantu perkembangan denyutan jantung bayi yang normal dan menyokong kemampuan tubuh bayi untuk membekukan darah.

Untuk ibu hamil, kalsium juga dapat membantu mengurangkan risiko darah tinggi ketika hamil dan pre eklamsia, yang mana kedua-dua penyakit ini boleh memberi kesan yang buruk kepada perkembangan bayi.

Kalsium tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, dan hanya dapat daripada luar iaitu pemakanan dan supplemen tambahan. Apabila ibu hamil gagal memenuhi keperluan kalsium bayi dalam kandungan, bayi akan mengambil kalsium daripada tulang ibu dan ini boleh mengganggu kesihatan ibu sendiri.

Berapa kalsium yang diperlukan ibu hamil setiap hari?



Keperluan kalsium untuk ibu hamil bertambah 200mg daripada keperluan biasa. Namun menurut kajian, keperluan kalsium ibu hamil berbeza mengikut umur.

  • Ibu hamil yang berusia 18 tahun ke bawah memerlukan kalsium sebanyak 1400mg sehari.
  • Ibu hamil yang berusia 19-29 tahun memerlukan kalsium sebanyak 1300mg sehari.
  • Ibu hamil yang berusia 30-49 tahun memerlukan kalsium sebanyak 1200mg sehari.
Keperluan kalsium wanita hamil yang masih muda lebih banyak dibandingkan yang sudah berumur.

Kenapa ini berlaku?

Ini kerana ibu hamil yang masih muda juga perlu mencukupkan kalsium bagi badannya sendiri untuk pertumbuhan tulang yang masih berlaku. Selain memenuhi keperluan kalsium untuk bayi dalam kandungan.

Bagaimana cara memenuhi keperluan kalsium tersebut?

Salah satu sumber kalsium yang terkenal adalah susu. Selain itu, keju dan yougurt merupakan sumber kalsium yang paling tinggi.

Paling mudah, selamat dan berkesan, dengan mengambil supplemen Ostematrix Shaklee.

Berminat untuk dapatkan Ostematrix Shaklee dengan saya, boleh klik imej wassap dibawah jika ada sebarang pertanyaan:


Sekiranya hendak membuat pembelian sendiri dengan debit/kredit kad, anda boleh klik imej e-sell di bawah:


Untuk dapatkan dapatkan promosi Ostematrix Shaklee bulan ini, boleh klik [ BELI DISINI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5% ]

Baca juga:




Ummu Safura @ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih

Rabu, 5 September 2018

Kalsium Terbaik Untuk Tulang Dan Gigi Yang Sihat



Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Diperkaya dengan kandungan kalsium paling stabil bagi fungsi penyerapan maksimum oleh tubuh.

Pelbagai fungsi! Bukan sekadar KALSIUM BIASA...

Formula unik daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.



Kesemua nutrien penting ini perlu diambil secara pakej bagi memastikan keberkesanan maksimum serta mengelakkan enapan mineral dalam tubuh.

8 Fungsi & Manfaat Ostematrix Shaklee

1# Menguatkan tulang dan gigi- mencegah osteoporosis, menguatkan enamel, serta mengelakkan gejala gusi berdarah.

2# Membantu menurunkan kadar stress- kalsium terbukti dalam mengawal tekanan darah tinggi yang mengakibatkan stress, kemurungan, migrain serta ketidakstabilan emosi.

3# Membantu mengekalkan tekanan darah normal- 1% daripada kandungan kalsium dalam tubuh terdapat dalam darah, membantu meregang dan mengembang salur darah untuk kestabilan peredaran serta mencegah tekanan darah tinggi.

4# Membantu atasi masalah sembelit- memperbaiki sistem penghadaman serta melembutkan najis bagi melancarkan sistem pembuangan.

5# Mengatasi masalah PMS atau Pra-haid bagi wanita- berkesan membantu mengurangkan gejala akibat kedatangan haid dan melawaskan pembuangan air kecil.

6# Mengatasi kekejangan dan sakit tulang belakang- pengambilan 4 biji Ostematrix sebelum tidur membantu mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh badan dan sakit pinggang serta mudah untuk bangun seawal pagi.

7# Pengalkalian tubuh- kandungan mineral alkali dalam kalsium membantu mengawal keseimbangan PH dalam tubuh bagi mengelakkan keasidan penyebab toksin dan toksik.

8# Membantu pengeluaran optimum susu ibu(milkbooster)- merangsang pengeluaran susu ibu dengan lebih banyak bagi memenuhi keperluan penting tumbesaran bayi dan mengatasi penggunaan susu formula.

Sumber makanan yang mempunyai kalsium


Keistimewaan Ostematrix Shaklee


  • 99% mudah diserap oleh tubuh
  • 100 % tulen dan semulajadi
  • Didatangkan dlam bentuk caplet: tablet bentuk oval mudah ditelan dan mudah larut
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau bahan pengawet.
  • Hanya 4 tablet sehari untuk manfaat keseluruhan. Memng TERBAIK dipasaran!

Untuk pembelian sendiri dengan debit/kredit kad, anda boleh klik imej e-sell di bawah:



Jika anda berminat untuk dapatkan promosi Ostematrix bulan ini, hanya perlu klik [ BELI DISINI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5% ]

Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau klik imej wassap di bawah:


Ummu Safura @ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih

Selasa, 4 September 2018

8 Kelebihan Pil Kalsium, Ostematrix Shaklee



Apa itu Ostematrix?

Pil kalsium yang menjadi kegilaan ramai termasuk diri sendiri. Ada antara mereka yang mengamalkan Ostematrix bagi masalah lenguh-lenguh badan, sembelit, kejang kaki, dan ada yang mengambilnya bagi memenuhi keperluan kalsium harian mereka. 

Apa Kelebihan Ostematrix?

1# Mengatasi masalah sembelit.

Pengguna paling suka ambil Ostematrix ni disebabkan membantu mereka mengurangkan penderitaan sembelit. Selepas mengambil Ostematrix, proses perkumuhan kembali lancar. Kandungan kalsium dan magnesium yang diadun di dalam Ostematrix ini membuatkan proses pembuangan najis berlaku dengan lawas.

2# Mengatasi rasa kejang dan kebas.

Pengambilan Ostematrix secara konsisten mampu membantu kita semua mengatasi masalah kejang dan kebas. Ini kerana Ostematrix merupakan sumber kalsium. Masalah kekejangan, sakit sendi, dan arthritis juga boleh diatasi.

3# Mengurangkan stress dan membantu tidur yang lebih lena.

Kandungan di dalam Ostematrix ini berfungsi antara satu dengan yang lain dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf serta membaiki rentak jantung berdebar. Sebab itulah mereka yang mengamalkan Ostematrix secara konsisten boleh mengurangkan stress dan membantu tidur yang lebih lena. 

4# Membantu mengatasi Gout.

Dengan pengambilan gabungan Ostematrix, Alfalfa Complex, dan Performance drink dapat membantu meringankan masalah pesakit Gout.

5# Baik untuk ibu hamil.

Ostematrix membekalkan kalsium untuk nutrisi ibu hami. Ibu berpantang sangat suka ambil pil kalsium Shaklee ini kerana mencegah sembelit ketika pantang. Kalsium dapat membantu pertumbuhan dan pembentukan tulang serta gigi janin. Selain itu, Ostematrix berfungsi mencegah penyakit osteoporosis bagi ibu hamil.

6# Menguatkan tulang dan kuku.

Ostematrix adalah sumber kalsium terbaik dan bertindak dengan berkesan dalam proses menguatkan tulang dan kuku. Dengan kandungan kalsium yang cukup dalam tubuh dapat mengatasi penyakit reput tulang atau osteoporosis.

7# Membantu mengurangkan kesakitan semasa haid/period pain.

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, mampu mengurangkan kesakitan semasa haid/period pain. Oleh sebab inilah Ostematrix sering diburu oleh kaum wanita.

8# Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

Salah satu keistimewaan Ostematrix ini adalah ia didatangkan bersama zink, boron, mangan, dan kuprum. Gabungan kesemua mineral ini membuatkan Ostematrix dapat mengatasi masalah kesihatan lain bukan sekadar kalsium sahaja.

Selain anda mengamalkan pengambilan Ostematrix ini, anda juga mestilah mengambil makanan lain yang berusurkan kalsium supaya nutrien zat tubuh dapat dipenuhi dengan sempurna. Ingat! gaya pemakanan yang sihat penting dan pengambilan supplement adalah alternatif lain yang menjadi keperluan zaman sekarang.


Untuk pembelian sendiri dengan debit/kredit kad, anda boleh klik imej e-sell di bawah:

Jika anda berminat untuk dapatkan promosi Ostematrix bulan ini, hanya perlu klik [ BELI DISINI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5% ]

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi atau klik imej wassap di bawah:


Ummu Safura @ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih

Isnin, 3 September 2018

15 Fakta Tentang Ostematrix Yang Perlu Anda Tahu!


Assalamualaikum semua..

Ummi nak kongsikan sedikit tentang Ostematrix keluaran Shaklee. Disebabkan promosi bulan ini, ramai yang bertanya dan mencari-cari maklumat tentang kehebatan Ostematrix ini. Mudahlah nak buat rujukan nanti😊




15 Fakta Tentang Ostematrix Yang Perlu Anda Tahu

1# Ostematrix adalah kalsium yang mudah diserap oleh tubuh kerana mengandungi magnesium yang membantu memaksimakan kadar penyerapan.

2# Pengambilan secara konsisten 600mg kalsium setiap hari sebelum tidur akan membantu menyelesaikan masalah kebas-kebas, kejang otot, sakit sendi dan arthritis.

3# Pengambilan 1000mg Ostematrix yang mengandungi kalsium dan magnesium setiap hari dapat melegakan PMS.

4# Magnesium dan terkandung dalam Ostematrix membantu menstabilkan pergerakan otot. Pergerakan usus(peristalsis) juga turut berjalan lancar dengan kehadiran magnesium dan air yang mencukupi. Sekaligus akan mengurangkan masalah sembelit.

5# Wanita mempunyai risiko lebih tinggi berbanding lelaki untuk mengalami masalah kerapuhan tulang atau osteoporosis akibat dari proses haid, kehamilan dan kelahiran. Terutama bagi mereka yang kurang pengambilan kalsium dalam di dalam makanan dan minuman.

6# Ostematrix mengandungi kalsium tinggi yang mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, kerana fungsinya yang mengekalkan saiz pembuluh darah yang sihat. Ini sekaligus menggalakkan tidur yang selesa, menstabilkan degupan jantung, mengurangkan perasaan gementar dan stress.

7# Kalsium daripada Ostematrix lebih efektif berbanding kalsium dari sumber tenusu untuk menguatkan tulang dan memadatkan tulang sekaligus mencegah sakit seperti osteoporosis dan arthritis.

8# Saiz hidangan bagi 1 biji tablet Ostematrix adalah 250 mg. Sehari tubuh kita memerlukan 1000mg untuk keperluan kalsium yang mencukupi. Bermakna 4 biji tablet Ostematrix sudah cukup membekalkan kalsium seharian kita.

9# Kandungan vitamin D dan kalsium dalam Ostematrix mampu mengatasi penyakit rickets. 400 IU vitamin D yang terkandung dalam Ostematrix mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan kepadatan tulang dan menguatkan tulang.

10# Kalsium adalah mineral alkalin dan berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ostematrix adalah tablet kalsium yang tinggi, Sangat membantu mengimbangi PH tubuh anda.

11# Selain kalsium dan magnesium, kandungan zink, boron, manganese, dan kuprum yang terkandung dalam Ostematrix dapat memelihara metabolisma kerangka dan sistem otot.

12# Sebotol Ostematrix mengandungi 120 biji tablet Ostematrix. Pengambilan 4 biji tablet sehari  boleh membekalkan 1000mg kalsium dengan penggunaan selama 1 bulan.

13# Pengambilan Ostematrix juga membantu mengatasi masalah migrain, masalah kolestrol dan menggalakkan kulit yang cantik kerana gabungan bahan terutama kalsium yang menjadikan peredaran darah lebih stabil.

14# Ostematrix sangat sesuai bagi wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak bagi menggantikan kalsium yang banyak disalurkan kepada bayi dalam proses kehamilan dan penyusuan.

15# Ostematrix dihasilkan daripada garam mineral. Tidak mengandungi logam berat dan plumbum sebagaimana kalsium dari sumber tulang  dan dolomite.


Berminat untuk dapatkan Ostematrix Shaklee klik link ini [ BELI 3 OSTEMATRIX DISKAUN 5%]

Atau sebarang pertanyaan boleh klik image wassap di bawah:


Ummu Safura@ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih



Ahad, 2 September 2018

Promosi Shaklee September 2018 Yang Patut Anda Rebut!





Alhamdulillah, rasa gembira dan nak senyum lebar-lebar hari ni tau☺

In sya Allah hari ini ummi nak kongsikan dengan semua promosi super duper best yang Shaklee offer untuk bulan september 2018 ni. Tentunya menarik dan sangat berbaloi serta jimat duit poket anda.

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2018

1# OSTEMATRIX SHAKLEE

Ini adalah promosi yang ditunggu oleh peminat Ostematrix seluruh negara. Offer yang best untukbeli banyak-banyak. Siapa yang pernah ambil Ostematrix ni sangat suka dan teruja dengan Shaklee Effect nya.

Pembelian 3 botol Ostematrix ni dapat diskaun 5% tau!






2# PRENATAL SET

Set ini sangat sesuai diambil bermula kehamilan. Ia membekalkan nutrisi yang sihat kepada ibu dan bayi. Sangat mudah diamalkan dan memberikan tahap kualiti kesihatan yang terbaik di samping memelihara mood ibu dengan bahagia dalam penyusuan serta pantang.

Shaklee sentiasa komited membantu ibu-ibu semua menghasilkan susu yang terbaik untuk diberikan kepada bayi anda!
Berikan bayi anda peluang memulakan kehidupan yang sihat dan menyeronokkan.

Dengan pembelian Prenatal Set ini anda akan dapat percuma 1 bag 'Why I Love Shaklee'.






3# SKINCARE YOUTH SHAKLEE

Yeahhh, ini adalah Skincare Terbaik 2018 yang terbukti berkesan atasi pelbagai masalah wajah.

Setiap pembelian RENEW ANDA MAINTAIN SET atau INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET, akan dapat FREE gajet best Facial Clean & Firm Device tau. Berbaloi sangat-sangat!




4# SHAKLEE BABY

Pembelian Set Shaklee Baby ini adalah BELI 1 PERCUMA 1! Jom rebut sebelum habis stok.






Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi ummi semudah klik ikon whatsapp di bawah ya☺



Ummu Safura@ Aina Nadzirah Mohd Yunus
Pengedar Shaklee Semenyih
Id 1180191
+60182123051

Jumaat, 10 Ogos 2018

Punca Keputihan Wanita Yang Mesti Diambil tahu!



Keputihan adalah masalah yang sering melanda kaum wanita. Penyebab utama dikenalpasti adalah disebabkan oleh kulat candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh kulat ini dinamakan sebagai vulvovaginal candidaisis.

Masalah ini kerap berlaku pada gadis dan wanita dewasa. Gejala-gejala yang biasa berlaku adalah kemaluan berasa amat gatal, kadang-kadang bahagian luar kemaluan kemerah-merahan, cairan kemaluan faraj banyak berketul-ketul berwarna putih menyerupai susu basi. Juga ada berlaku semasa hubungan kelamin berasa tidak selesa dan sakit.

Candida albicans ini adalah kulat yang normal berada dalam alat kelamin wanita dan selalunya tidaklah menimbulkan masalah. Gangguan hanya akan ada jika berlaku ketidakseimbangan populasi flora dalam vagina ini. Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan pertumbuhan kulat ini menjadi terlampau banyak dan menimbulkan masalah pula.

Penyebab Keputihan

Apa yang boleh mengganggu-gugat ekosistem falam vagina?


  1. Membasuh vagina dengan pencuci feminin wanita.
  2. Membasuh vagina dengan sabun secara berlebihan.
  3. Pengambilan antibiotik secara berlebihan.
  4. Kencing Manis.
  5. Stress.
  6. Kehamilan/Datang haid.
  7. Vaginal douching.
  8. Meruang.


Sebenarnya, apabila berlaku perubahan PH pada bahagian faraj wanita sekaligus menyebabkan perubahan flora pada faraj.

Rawatan Keputihan


  • Ubat antikulat- ubat dimasukkan ke dalam faraj(vaginal pessary)
  • Hindarkan dari mengguna pencuci wanita.
  • Hindarkan dari mengguna sabun pada bahagian faraj.
  • Menjaga kebersihan faraj supaya kekal bersih dan kering.
  • Elakkan pakaian dalam yang ketat dan tidak menyerap peluh.
  • Mengambil vitamin/supplemen yang semulajadi yang membantu atasi masalah keputihan.


Antara vitamin yang boleh diambil untuk masalah keputihan ini adalah minuman yang tinggi antioksidan seperti Vivix Shaklee.



Bagaimana Vivix Shaklee Berfungsi?

Penggunaan konsisten vivix mampu mengurangkan masalah keputihan

Tak sampai sebulan amalkan vivix dan GLA Complex, masalah keputihan saya dah takde. Sekarang memang selesa sangat sebab dah tak rimas macam dulu, kalau dulu keputihan saya teruk.Memang tak selesa keluar jalan-jalan.

Vivix mengandungi ramuan semulajadi yang sangat istimewa dan baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita. Vivix mengandungi resveratrol yang baik untuk melawan jangkitan kuman dan virus.

Selain itu, vivix juga mengandungi anggur muscadine yang merupakan antioksidan yang sangat tinggi yang boleh membantu anda melawan serangan radikal bebas.

Satu kajian yang diterbitkan "Journal of Agricultural and Food Chemistry" mendapati bahawa anggur muscadine adalah sumber terbaik ellagic acid. Ellagic acid mampu untuk menyekat penghasilan sel kanser.

Kaitannya dengan keputihan ini adalah sekira tidak dirawat awal, bermula dengan keputihan akan berakhir pula menjadi kanser servik.

Sungguh menakutkan!

Jom bertindak sebelum terlambat.
Anda boleh klik ikon wassap di bawah untuk sebarang pertanyaan.



Jika anda ingin buat belian Vivix Shaklee sendiri, boleh klik ikon e-sell di bawah. Pastikan selepas membuat belian dapatkan pula konsultasi istimewa khusus buat pelanggan ummi.



Ummu Safura @Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih
Pos seluruh Msia

Khamis, 9 Ogos 2018

9 Jenis Keputihan Yang Wanita Perlu Tahu! Normal Atau Tidak?


Terdapat banyak jenis keputihan yang dialami wanita setiap hari. Ketahui cara untuk mengenalpasti jenis keputihan mana yang normal dan mana perlu rawatan.



Mungkin ada yang berasa sensitif terhadap isu ini kerana malu dan bimbang namun perbincangan tentang kesihatan wanita lebih-lebih lagi amat penting untuk dikongsikan bersama.

Memahami jiwa wanita itu pasti kalian pernah terfikir...

"Adakah keputihan saya normal jika ia berwarna putih atau kuning?"
"Atau keputihan saya berlendir seperti gel?"
"Kenapa keputihan saya berbau?"

Ummi akan jawab semua persoalan ini di sini.

Keputihan itu apa? Keputihan adalah...

Terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks. Keputihan yang dialami adalah unik pada setiap wanita.

Dan keputihan adalah fungsi badan yang yang normal untuk memastikan faraj sihat.

Biasanya keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak ada sebarang bau.
Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza, kadang-kadang ia nipis dan berair.

Adakalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut tahap kesihatan wanita dan juga hari-hari berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.

9 Jenis Keputihan Wanita


Jenis Keputihan #1 Keputihan Kering

Juga dikenali sebagai hari kering. Keputihan yang dialami bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat tipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini adalah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.

Jenis Keputihan #2 Keputihan bak krim

Apabila tahap estrogen bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa mwlwkit atau basah.
Anda juga mungkin akan dapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.Tempoh ini biasanya diantara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kiyaran 28 hari.
Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.

Jenis Keputihan #3 Keputihan seperti putih telur

Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin berasa kurang selesa disebabkan keputihan seperti putih telur dan mungkin juga keluarnya bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik.
Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti masuk rahim.

Jenis Keputihan #4 Keputihan warna putih

Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atah akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimana pun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, kemungkinan ia dijangkiti dengan yis.(sejenis kulat)
Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung, dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.

Jenis Keputihan #5 Keputihan yang licin

Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Ini kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.

Jenis Keputihan #6 Keputihan jernih dan sangat cair

Antara semua jenis keputiha  wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.

Jenis Keputihan #7 Keputihan warna perang atau sedikit berdarah

Sebaik sahaja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa.
Ini adalah cara faraj bersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, anda boleh jumpa pakar wanita dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi untuk wanita yang sudah putus haid, mungkin ini adalah tanda kanser serviks. Jadi rajin-rajinlah lakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelakkan keraguan itu.

Jenis Keputihan #8 Keputihan warna kuning

Keputihan jenis ini mungkin tanda jangkitan. Biasanya ia tebal dan berbau busuk.
Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin. Kebanyakkan wanita yang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan mewujudkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.

Jadi, dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.

Jenis Keputihan #9 Keputihan warna hijau

Ini adalah jenis yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga merupakan tanda penyakit trichomoniasis.

***

Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita tadi, kini anda lebih berilmu dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil.

Anda perlu berjumpa pakar wanita dan mulakan cara hidup yang sihat. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk menguatkan imun tubuh serta ambil antioksidan yang boleh repair tisu sel dari dalam.


Antara vitamin yang boleh diambil untuk mengatasi masalah keputihan wanita.

Minuman yang tinggi antioksidan sangat sesuai untuk mengatasi masalah keputihan wanita.


Semoga artikel kali membantu lebih ramai wanita diluar sana sedar tentang kesihatan aset wanita.

Love,
Ummu Safura@Aina Nadzirah Mohd Yunus
Pengedar Shaklee Semenyih

Rabu, 8 Ogos 2018

Keistimewaan Dan Kebaikkan Vivix Shaklee


BERBALOI KE VIVIX SHAKLEE NI???

Ramai yang masih berkira-kira dengan harga Vivix Shakle super premium ni. Sedangkan jika nak dibandingkan dengan kos rawatan setiap penyakit berbahaya amatlah mahal sekiranya mahu sembuh.

Minuman Vivix Shaklee ini sebenarnya lebih baik diamalkan sebelum badan kita sakit-sakit teruk. Kebiasaannya tempoh masa untuk badan mengesan  penyakit kronik sekitar 20-30 tahun selepas penyakit itu berada di dalam tubuh kita. Jadi, amatlah bagus untuk kita ambil Vivix Shaklee ini bermula SEKARANG!

Dengan mengetahui KEISTIMEWAAN dan KEBAIKKAN Vivix Shaklee ini, pasti anda semakin sedar bahawa AMAT BERBALOI-BALOI apabila anda buat pelaburan kesihatan dengan nya.

KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE

  • Memperbaiki DNA.
Sebenarnya setiap hari tubuh kita mengalami kerosakkan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

  • Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu menguatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini. Ingatan pun semakin pudar. Dengan pengambilan Vivix ini membantu mengembalikan keremajaan organ dan sel-sel.


KEBAIKKAN VIVIX SHAKLEE
  1. Menggalakkan penuaan yang sihat- awet muda dan anti penuaan
  2. Membantu mengelakkan kanser- merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung- melindungi jantung
  4. Mengurangkan komplikasi diabetes/ kencing manis
  5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi- melindungi saraf
  6. Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk- merawat Alzheimer
  7. Membantu merawat penyakit Parkinson
  8. Membantu memulihkan penyakit Strok- angin ahmar
  9. Meningkatkan kesihatan imun badan
  10. Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani yang mana merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah, dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix Shaklee begitu unik dan premium. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.

Boleh klik link di bawah untuk membantu kefahaman mengenai Vivix Shaklee.

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi
Resveratrol Dalam Vivix Bantu Mitokondria Tingkatkan Tenaga Sel
Ketahui Cara Semulajadi Cantik Dan Awet Muda
Vivix Membantu Pesakit Vertigo Dengan Cepat, Berkesan Dan Selamat
Mengawal Kencing Manis Dengan Vivix Shaklee 



Sempena promosi Vivix Shaklee bulan ini, anda boleh dapatkan melalui ummi dengan klik di bawah:


Anda juga boleh buat belian sendiri menggunakan kredit kad atau debit kad dengan klik e-sell di bawah:


Ummu Safura @ Aina Nadzirah Moha Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih


Jumaat, 3 Ogos 2018

Shaklee Landmark Study


SHAKLEE...
Merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan vitamin yang mempunyai Landmark Study yang mengkaji tahap keberkesanan dan kesihatan orang yang makan vitamin Shaklee berbanding dengan mereka yang makan vitamin jenama lain di pasaran dan mereka yang langsung tidak mengamalkan vitamin.


KENAPA LANDMARK STUDY INI PALING KOMPREHENSIF?

  1. Shaklee satu-satunya syarikat vitamin yang berani buat.
  2. Membandingkan pengguna yang dah makan Shaklee 20 tahun ke atas, dengan pengamal vitamin jenama lain dan yang tidak makan apa-apa vitamin langsung.
  3. Dikaji oleh Dr. Gladys Block; Top epidemiologist USA.
  4. Keputusan akan tetap di publish walaupun tidak menyebelahi Shaklee.
  5. Peer Review dan disahkan oleh saintis luar.


KEPUTUSAN UJIKAJI dari LANDMARK STUDY







Pastinya keputusan bagi mereka yang mengamalkan vitamin Shaklee jauh lebih sihat daripada yang tidak mengambil sebarang vitamin. Dan apa yang paling mengejutkan ialah mereka yang tidak mengamalkan sebarang jenis vitamin pula lebih sihat berbanding yang mengamalkan vitamin jenama lain selain Shaklee.

Bermakna, mereka yang mengamalkan vitamin selain Shaklee lebih baik tidak payah amalkan vitamin langsung kerana jika amalkan vitamin lain kesihatan pula makin terjejas.

Jadi, jangan main hentam saja. Semak dahulu kandungan dan pastikan beli yang benar-benar selamat dan telah diuji keatas manusia dan bukannya haiwan. Untuk pengetahuan semua, vitamin Shaklee ini telah pun diuji ke atas manusia bukannya tikus makmal.

Jadi, disini kita dapat lihat bahawa Shaklee merupakan agen untuk memenuhi lompong-lompong nutrisi tadi. Tetapi dengan syarat:
  • makan makanan yang berkhasiat
  • bersenam untuk fizikal
  • melakukan aktiviti kerohanian untuk menjadikan diri lebih positif kepada yang beragama islam, lakukan lah perkara yang diperintah oleh Allah. Dan kepada yang beragama lain pasti ada aktiviti kerohanian tersendiri.( supaya minda positif dan tenang jiwa)

KELEBIHAN DAN PERBEZAAN VITAMIN SHAKLEE


Shaklee tidak dicipta daripada bahan-bahan yang diwujudkan di lab atau makmal, tetapi daripada bahan semulajadi dari alam. Ia membawa energi alam kepada diri kita. Bezanya Shaklee dengan sayur ialah Shaklee terdiri daripada nutrien yang pekat dan padat untuk keperluan tubuh.

Jadi bila kita makan Shaklee, fikirkanlah ia adalah buah-buahan dan sayuran yang telag dipermudahkan untuk kita dapatkan khasiat dalam bentuk tablet. 

Sanggup kah kita untuk makan 9 mangkuk sayur untuk tengah hari?
Belum tentu lagi untuk makan 7 biji oren sehari..
5 ekor ikan sehari?

Semestinya kita tidak sanggup bukan? Apatah lagi semua makanan seharian kita dimasak terlampau menyebabkan suhu yang panas itu menghapuskan nutrisi dalam makanan seharian.

Oleh itu, kita makan cukup sekadar nya dan kita ambil makanan tambahan dengan Shaklee. Kembalikan segalanya kepada Allah, atas usaha kita jaga kesihatan. Mudah-mudahan kita makin sihat, makin kuat dan makin catik awet muda.
Amennn...

Love,
Ummu Safura @ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih