Halaman

Selasa, 29 Mei 2018

6 Jenis Makanan Untuk Cantik Luar Dalam



Kalau sebut tentang 'cantik' biasa orang kaitkan dengan orang perempuan.Tetapi sebenarnya kaum adam juga tidak ketinggalan. Lelaki dan perempuan sama-sama punya hak untuk kelihatan cantik, sihat, bertenaga, ceria dan proaktif selalu.

Adakah anda tahu bahawa untuk cantik luar dan dalam bermula daripada pemakanan kita seharian?
Kerana apa yang kita makan itulah yang menjadi sumber atau bekalan kepada tubuh untuk menjalankan proses kehidupan.

Mari kita lihat 6 jenis makanan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kecantikan luar dan dalam.

1. Asam lemak Omega 3
Makanan seperti minyak biji rami,salmon, benih chia,kedelai,dan bayam. Fungsi omega 3 dapat memerangi keradangan yang seringkali menyebabkan jerawat pada kulit. Selain itu, omega 3 juga dianggap sebagai nutrisi paling penting untuk mendapatkan kulit cerah. Anda juga boleh dapatkan makanan tambahan seperti Omega Guard Shaklee iaitu minyak ikan terbaik dunia kerana ia diambil daripada ikan air laut sejuk. Bukannya daripada minyak hati ikan. Ketumpatannya pula 3 kali ganda berbanding minyak hati ikan biasa.

2. Antioksidan
Makanan seperti goji berry,blueberry,dark coklat,resviratrol,Muscadine grape,dan lain-lain. Sebenarnya antioksidan adalah kunci daripada detokfikasi yang mencegah munculnya jerawat dengan membatasi penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan kolagen. Selain itu, antioksidan juga melindungi kulit dengan menghalang racun agar tidak masuk lebih dalam dari lapisan dermal kulit.Kandungan antioksidan yang tinggi anda boleh dapatkan dalam Vivix Shaklee yang premium ini.

3.  Vitamin A
Makanan seperti ubi jalar,wortel,daun hijau,aprikot. Vitamin A juga sangat penting untuk penghasilan sel kulit yang sihat dan melindungi kulit daripada infeksi atau jangkitan. Selain itu ia berfungsi menguatkan penghalang kulit dari iritasi yang menyebabkan jerawat serta memerangi androgen yang menyebabkan kulit berminyak.

4.Vitamin C
Makanan seperti buah-buahan yang masam, lada merah,brokoli. Vitamin C berfungsi merawat kulit dari dalam dengan membantu kulit melawan radikal bebas,memudar kemerahan pada kulit,dan menghasilkan kolagen. Nanti penghasilan kulit baru akan berlaku dan sekaligus memudarkan kesan jerawat.Vitamin C ini juga bersifat anti-pengoksidaan. Sebenarnya banyak lagi manfaat vitamin C yang perlu anda tahu.

5. Vitamin E
Makanan seperti almond,daun hijau,alpukat,brokoli,dan zaitun. Ia berfungsi menghilangkan bekas jerawat, memudarkan bekas luka dan bintik hitam. Selain itu, vitamin E juga mudah larut dalam lemak dan melindungi kulit daripada pengoksidaan. Carilah vitamin E yang mengandungi selenium semulajadi kerana ia membantu penyerapan lebih baik kepada tubuh badan.

6. Air
Walaupun air bukan kumpulan makanan, tapi ia sangat penting untuk menjaga kelembapan kulit agar bersih dan cerah. Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kulit kering sehingga menjadi hidrasi.Air juga dapat menyembuhkan jerawat, melindungi kulit daripada racun bahaya, dan membuat kulit cerah.


Apa Yang Harus Dihindari Untuk Dapatkan Kulit Cantik?

2 perkara penting yang perlu dihindari adalah GULA dan ALKOHOL.

Gula merupakan karbohidrat yang mempunyai glisemik tinggi yang dapat menggalakkan proses keradangan.Perasan atau tidak, lagi banyak kita makan makanan bergula lagi mudah dan banyak jerawat timbul???
Gula juga adalah kesukaan untuk bakteria membiak.Sebab itu apabila tinggi kandungan gula dalam badan, kita mudah didatangi pelbagai penyakit.

Alkohol pula boleh membuatkan tubuh mengalami dehidrasi dan menghalang kulit menjadi sihat dan cerah.Sedangkan tubuh dan kulit kita memerlukan air yang cukup, apabila kita ambil alkohol terus menjadikan kandungan air kurang dalam badan.Maka sel-sel kulit pun kurang mendapat air dan menjadi kurang sihat.

Bermula dari sel lah setiap organ kita terbentuk.Begitu juga kulit yang merupakan organ terbesar.Apabila sel kita sihat dan cukup nutrisi, maka sihat jugalah organ- organ dalam tubuh khususnya kulit kita.

Kalaulah semua diatas tadi untuk cantik dari dalam, maka dari luar pula anda boleh gunakan skincare yang betul-betul selamat dan semulajadi. Ummi syorkan Set skincare Youth Shaklee yang premium dan boleh memberi kesan positif seawal 7 hari. Tidak percaya? Cubalah..

Semoga entri kali ini membantu anda semua yang nak cantik dan sihat luar dan dalam.
Buatlah pelaburan kesihatan anda dengan bijak.
Kesihatan adalah anugerah terindah.

Pencinta Kecantikan & Kesihatan,
Ummu Safurađź’–





Tiada ulasan:

Catat Ulasan