Anda pernah stress?
Tahukah anda bahawa stress ini punca kulit tidak sihat?
Bukan itu sahaja, stress juga jadi punca pelbagai penyakit lain datang menyinggah.
Seperti anggota badan yang lain, kulit juga boleh berada pada tahap yang kurang sihat kesan daripada stress. Jika anda menghidapi jerawat stress, jerawat ini boleh tumbuh dengan tiba-tiba bila anda dalam keadaan tertekan. Jerawat seperti ini sebenarnya tidak boleh hanya dirawat di permukaan kulit tetapi perlu juga dirawat secara menyeluruh dan menumpukan kepada kesuluruhan sistem dalam badan termasuklah memperbaiki semula hormon supaya stabil.
Stress Punca Kulit Tidak Sihat
Jika tahap stress pada seseorang itu pada tahap yang tinggi, radang pada kulit akan tinggi. Radang inilah yang menjadi punca utama berlakunya pertumbuhan jerawat selain minyak yang terkumpul pada liang roma kulit. Tahap stress yang tinggi ini juga akan menyebabkan berlakunya radang pada kulit diseluruh anggota badan.
Apabila anda berada dalam keadaan stress, tubuh anda akan merembeskan hormon-hormon stress termasuklah kortisol. Hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah dan mengarahkan pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang dan meningkatkan tekanan darah anda. Respon sistem imun terhadap perubahan inilah yang membuatkan anda lebih bersedia menghadapi stress.
5 Jenis Masalah Kulit Muka Berpunca Daripada Stress
- Masalah kulit kusam.
Stress atau tekanan menyebabkan nutrisi musnah dan aliran darah menjadi kurang beroksigen.Akhirnya memberi kesan pada kulit muka menjadi semakin kusam hari ke hari.Paras hormon kortisol menjadi semakin meningkat yang mengurangkan proses regenerasi sel kulit. Ini juga menyebabkan kulit makin kusam kerana sel kulit kurang aktif membahagi dan menjalani proses regenerasi.
- Masalah kulit kering
Stress atau tekanan menyebabkan kulit akan kehilangan keupayaan untuk mengekalkan air pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi semakin kering dan kasar.
- Masalah jerawat
Hormon kortisol tadi yang dihasilkan daripada kesan stress mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan di muka.Ini menyebabkan kulit muka berminyak lantas menjadi penyumbang kepada masalah jerawat.
- Masalah kedutan
Hormon kortisol juga mengakibatkan penghasilan kolagen terbantut.Akhirnya memberi kesan pada kulit tidak anjal dan menjadi punca kehadiran garis halus dan kedutan di wajah.
- Masalah mata membengkak
Stress menyebabkan kita kurang tidur dan menyebabkan bendalir dalam badan akan berkumpul di bawah kelopak mata. Oleh itu, mata menjadi bengkak atau dipanggil dengan 'eye bag'. Ia juga menyebabkan penampilan kita terjejas dan kurang berkeyakinan.
Cara Mengawal Stress
1.Dapatkan rehat yang berkualiti.
Apabila stress datang melanda, kita disarankan untuk tarik nafas sedalam dalamnya dan bertenang. Dengan bertenang sambil mengamalkan teknik pernafasan yang betul, paras tekanan dalam badan boleh dikurangkan.Anda juga boleh pergi bercuti atau buatlah perkara yang membahagiakan. Pasti selepas itu anda lebih lega dan ceria!
2.Dapatkan tidur yang berkualiti.
Tahukah anda? Dengan mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, Kulit kita dapat diperbaiki daripada segala kerosakan.Ini dapat membantu kulit agar lebih sihat berseri dan memulihkan keseluruhan penampilan wajah menjadi lebih segar.Masalah 'eye bag' pun dapat diatasi.
3.Bersenam.
Aktiviti fizikal dapat meningkatkan pengaliran darah ke setiap salur darah pada kulit muka kita. Salur darah ini akan membawa sekali nutrisi baik yang sangat diperlukan oleh kulit untuk menjadi lebih cantik. Kekurangan nutrisi di salur darah pada kulit wajah menjadikan kita kelihatan kusam dan mulalah pelbagai masalah kulit timbul di wajah.
4.Makan dan minum dengan baik.
Mengambil makanan yang seimbang dan minum air masak dalam kuantiti yang banyak akan membantu badan sentiasa sihat, mengurangkan stress dan sentiasa cukup air dalam badan kita. Pengambilan makanan yang tinggi dan kaya antioksidan akan menyokong proses pemulihan kerosakan kulit wajah.
5.Pilih produk penjagaan kulit yang betul.
Pemulihan wajah dari kerosakan akibat kedutan, pigmentasi, kulit kusam dan jerawat boleh dibantu dengan pemilihan produk kulit wajah yang betul. Cucilah muka dengan pencuci muka tanpa sabun untuk tidak menambah kerosakan kulit muka supaya segala kekotoran dan minyak dimuka dapat dihilangkan dengan berkesan. Dapatkan pencuci yang membantu menghilangkan sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah semakin kusam.
Anda juga boleh lihat produk penjagaan kulit semulajadi yang berkesan seawal tempoh 7 hari dan sememangnya selamat.Klik DISINI.
Nak nampak lebih cantik dan berseri serta jauh lebih muda???
Rahsianya kawal stress dan uruskan dengan bijak!
Anda mampu mengubahnya😊
Nak nampak lebih cantik dan berseri serta jauh lebih muda???
Rahsianya kawal stress dan uruskan dengan bijak!
Anda mampu mengubahnya😊
Pengedar Shaklee Semenyih dan Seluruh Msia,
Ummu Safura_ +60182123051
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan