Halaman

Rabu, 2 Mei 2018

Kepentingan Mengekalkan Hidrasi Tubuh


Semua orang tahu bahawa air merupakan keperluan paling penting dalam kehidupan. Tubuh badan manusia sendiri mempunyai 75% air manakala selebihnya 25% adalah bahan pejal. Begitu juga dengan otak kita, mengandungi 75% air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kebanyakkan dari kita tidak menyedari akan kepentingan untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika kita mengamalkan gaya hidup yang aktif. Keperluan badan terhadap cecair(air) adalah meningkat di dalam persekitaran yang panas dan lembap. Seperti cuaca di Malaysia yang mana badan kita akan mengeluarkan peluh lebih banyak sekaligus akan meningkatkan kadar kehilangan air.

Analogi mudah kita lihat tumbuh-tbuhan yang ditanam di halaman rumah. Apabila kita menyiram dan membajai dwngan baik pasti hasilnya pun baik. Apa akan jadi sekiranya tidak disiram selama seminggu? pasti akan layu bukan?
Itulah yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan yang cukup).

Kadang kala, dalam persekitaran yang lebih sejuk mahupun berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, dan semakin bertambah cecair yang badan kita perlukan.

Justeru, adalah sangat penting untuk kita ambil air yang cukup, minuman isotonik, makan buah dan sayur secukupnya.

PERANAN AIR DALAM TUBUH BADAN



Air membantu hampir kebanyakkan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan.Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.

1)Otak kita adalah 75% air manakala darah,tulangdan otot-otot masing-masing mewakili sebanyak 92%, 22% dan 75% air.

2)Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan.

3)Air juga penting bagi melindungi dan melapik organ-organ utama termasuklah sendi tulang.

4)Air berfungsi membawa nutrien(zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien.

5)Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak diperlukan tubuh kita.

Okay, setelah kita mengetahui dan memahami betapa peri pentingnya AIR kepada tubuh badan manusia, barulah kita dapat mencari solusi beberapa keadaan masalah/penyakit tubuh kita.



Jom!
Amalkan minum air secukupnya dalam rutin harian kita.
Gaya hidup sihat bermula dengan minda yang sihat dan kesedaran diri sendiri.

SIHAT ANUGERAH TERINDAH
Yang Setia Menulis,
 Ummu Safura

Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Pengedar Shaklee Semenyih
ID 1180191

Tiada ulasan:

Catat Ulasan