Assalamualaikum..Semalam ummi berkongsi tentang kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh. Memandangkan cuaca negara Malaysia kini mengalami kadar yang panas tahap global,sebenarnya ramai dalam kalangan kita mengalami penyahidrasi tubuh badan.
Jadi kali ini ummi berkongsi pula tentang tanda-tanda penyahidratan. Cuba lihat tanda-tanda ini.Mungkin salah satu nya ada pada anda.Secara umumnya, setiap tanda-tanda mungkin berbeza mengikut individu.
Penyahidratan yang tidak begitu kuat.
-Rasa dahaga.
-Sakit kepala kesan daripada tekanan/stres mental atau fizikal yang berpunca daripada tidak mendapat bekalan air yang cukup.
-Mengalami keadaan letih/lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan ketidakseimbangan cecair.
-Mulut dan tekak terasa kering.
Penyahidratan sederhana.
-Rasa keliru.Ini terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang buat keputusan. Otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala yang serius.
-Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala,dan mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah.
-Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair dimana jumlah darah boleh menurun sekaligus boleh menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita.
-Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot.
Penyahidratan teruk.
-Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa.Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu.
-Lidah bengkak.
-Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang berkurangan.
-Rasa lemah dan tidak bermaya yang ketara.
-Buah pinggang tidak berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang cukup untuk menyingkirkan toksin.
Untuk pengetahuan semua, minuman isotonik mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi.Terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan rutin harian yang padat.
Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakkan rasa tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.
Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.
Kesimpulannya, adalah penting untuk kekal dalam keadaan terhidrasi yang secukupnya kerana dengan cara itu suhu badan kita mampu dikawal atur.
Dalam masa yang sama, bahan-bahan buangan dapat disingkirkan dari badan manakala sendi organ serta tisu badan kita pula mendapat perlindungan dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat.
SIHAT ITU JIHAD!
Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih
Id 1180191
Tiada ulasan:
Catat Ulasan