Assalamulaikum..apabila tiba bulan Ramadhan,ramai yang mencari juadah berbuka yang ringkas tetapi menyelerakan.Jadi, kali ini ummi kongsikan satu resipi bubur lambuk.Mudah sahaja cara membuatnya.Resipi ini adalah untuk sukatan yang ramai makan.Sesuai untuk buat jamuan makan atau untuk disedekahkan kepada jiran tetangga.
Bahan-bahan:
6 pot beras Cap Rambutan
2 biji bawang merah/besar(dikisar)
5 ulas bawang putih(dikisar)
3 biji bawang besar(dihiris)
5 ulas bawang putih(dihiris)
1 inci halia(dikisar)
3 batang serai(diketuk)
4 sekawan(bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih)
1@ 2 sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk jintan dan serbuk ketumbar
3 sudu besar biji lada hitam(ditumbuk)
Isi ayam @ daging atau ayam kisar(ikut kehendak masing-masing, lagi banyak lagi sedap😋)
4 ketul kiub ayam
daun sup
kacang mata hitam
3 batang lobak merah
5 biji kentang
1 kilo santan pekat/santan kotak
Cara-cara:
1.Basuh beras dan rebuskan dahulu sehingga lembut.Sambil basuh beras boleh berzikir "Ya Latiff".Mudah-mudahan orang yang makan menjadi lembut hati dan mudah melakukan kebaikkan.
2.Sediakan bahan yang dikisar serta bahan menumis.
Ini adalah bahan untuk dikisar.Potong kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar dengan blender.
Di atas papan cencang itu adalah bahan menumis.Bawang merah, bawang putih dan 4 sekawan.
4.Masukkan rempah sup,serbuk jintan,serbuk ketumbar ke dalam periuk.Tumis sehingga rempah masak.
5.Kemudian masukkan sedikit air,isi ayam yang dipotong kecil,sup bunjut,kiub ayam,kacang mata hitam yang telah direndam tadi.Biarkan sehingga mendidih atau isi ayam dan kacang lembut.
6.Setelah mendidih, masukkan lobak merah dan kentang.Biarkan ia masak sekejap kemudian masukkan beras yang telah direbus tadi.Kacau hingga sebati.Biarkan seketika.
7.Masukkan santan pekat serta perasakan dengan gula dan garam.Masak ikut kepekatan bubur yang dikehendaki.Biarkan mendidih sehingga bubur masak semuanya.
8.Setelah siap boleh dihidangkan dengan hiasan daun sup serta bawang goreng.
💖Selamat mencuba dan menjamu selera💖
By Ummu Safura...
0 ulasan:
Catat Ulasan