Ketika kita berpuasa, kesegaran tubuh badan akan berkurangan. Kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Selain itu, bibir akan mula menggelupas dan kulit juga akan menjadi kering. Ini berpunca akibat dehidrasi dan kekurangan nutrien dalam badan kita.
Berdasarkan pengalaman ummi dan pembacaan daripada pelbagai sumber, ummi rangkumkan tips-tips untuk kekal cergas bertenaga ketika berpuasa.
Semoga ia bermanfaat dan membantu memudahkan kalian semua menjalani ibadah puasa kali ini.
KETIKA SAHUR.
1.Jangan skip sahur.
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi,air dan tenaga untuk amalan berpuasa.
2.Carbohydrate Complex.
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa sahur.Kenapa?
Kerana karbohidrat kompleks membekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Contoh sumber roti perang,nasi perang,atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI(Glicemic Index).
3.Target kalori:dalam 500 kcal.
Secara purata,target pengambilan kalori untuk hidangan sahur dalam lingkungan 500 kcal.Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.
4.Protein yang bersih.
Makanan yang berprotein seperti ayam dan ikan sangat mengenyangkandan mengambil masa berjam-jam untuk melalui proses penghadaman.
5.Elak garam.
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya, betul bahawa garam penting untuk kurangkan dehydration semasa bersukan tetapi dalam keadaan berpuasa pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng lagi mempercepatkan lagi dehydration dan akan membuatkan kita cepat berasa haus.
6.Elak Kafein.
Kafein dalam minuman seperti teh tarik,teh hijau,nescafe,kopi,milo dan lain-lain adalah deuretik.Ia bermaksud minuman jenis ini memaksa badan buang air.Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.
7.Kenali kandungan kafein minuman.
Air gas,teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein.Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza.Jadi kalau nak minum air coklat(contohnya) tidaklah menjadi masalah cuma perlu kurangkan kuantiti pengambilan.
KETIKA BERBUKA.
1.Bermula dengan kurma.
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama).Sebiji hingga 3 biji saiz sederhana sudah memadai untuk bekalan tenaga.
2.The 20 minit rule.
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang mengambil masa 20 minit.Kalau kita melantak makanan sepanjang 20 minit itu,kemungkinan besar kita akan makan berlebihan.
3.Target kalori:dalam 700 kcal.
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal.Tetapi, kita tidak kira betapa manis dan sedapnya kuih-muih yang disediakan.Maka bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan.
4.Tiga jenis air.
Semasa berbuka, sediakan tiga jenis air.Air panas untuk bantu panaskan sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam.Air kosong untuk hilangkan dahaga dan ia tidak berkalori.Air manis untuk nafsu tapi jangan minum berlebihan!
SENAMAN KETIKA BERPUASA.
Boleh lakukan senaman ringan lebih-lebih lagi ketika hampir ke waktu berbuka puasa.
SUPPLEMENT UNTUK BERPUASA.
Ummi mencadangkan untuk mengambil Set Mighty Triple Gems Shaklee.Ia membantu anda lebih bertenaga serta melengkapkan nutrisi dan zat kepada tubuh badan.
Boleh klik DISINI untuk mengetahui lebih lanjut.
Semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh berkualiti serta lebih proaktif.
Salam Ramadhan,
Ummu Safura.
Boleh klik DISINI untuk mengetahui lebih lanjut.
Semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh berkualiti serta lebih proaktif.
Salam Ramadhan,
Ummu Safura.
0 ulasan:
Catat Ulasan