Fungsi motokondria dan kaitannya dengan tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam penuaan manusia. Resveratrol adalah polifenol tumbuhan sifat anti-penuaan yang pelbagai. Ayuh kita lihat bagaimana resveratrol dapat membantu membekalkan tenaga kepada sel.
Cuba kita lihat orang yang berumur 68 tahun. Kebiasaannya orang tua cepat letih dan lesu kerana tenaga sel semakin berkurang. Manakala orang muda lebih cergas dan bertenaga kerana tenaga sel maish banyak.
Tapi, ramai orang muda sekarang pun mengalami simptom orang tua iaitu cepat letih, kurang bertenaga, lesu. Ini disebabkan oleh berlakunya penuaan yang pantas pada tahap sel tubuh.
Jadi, bagaimana hendak mengelakkan penuaan dan meningkatkan tenaga sel?
Caranya mestilah dengan meningkatkan potensi motokondria anda. Walaupun umur sudah meningkat, anda masih sihat cergas seperti 20 tahun lalu.
Apakah Mitokondria Yang Dikatakan Tingkatkan Tenaga Sel?
Mitokondria merupakan kilang tenaga sel-sel badan. Lebih daripada 200 penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakkan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, Diabetes, Kanser, Jantung dan Strok.
Kebanyakkan sel mengandungi 200-5000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai kilang tenaga bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.
Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.
Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel badan dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.
Kecacatan Fungsi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel
Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNA nya.
Membran mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika terjadi kerosakan membran, tenaga akan kurang dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.
DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas yang mempunyai kaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer, parkinson, dan strok.
Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria.
Tanda Mitokondria Tidak Berfungsi Lagi!
Sejak fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Pelbagai jenis gangguan yang kelihatan tidak berkait akhirnya menunjukkan hubungkait dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.
Antara mitokondria tidak berfungsi termasuklah:
- Penyakit jantung dan strok
- alzheimer
- Demensia
- Parkinson
- Kanser
- Diabetes
- Sawan
- Tekanan darah tinggi
- Sakit kepala migrain
- Hati berlemak/fatty liver(bukan disebabkan alkohol)
- Keletihan
Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel?
Terdapat satu kajian memberi tumpuan kepada mekanisme molekul yang memberikan kesan perlindungan mitokondria resveratrol, yang boleh dieksploitasi bagi pencegahan penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Untuk pengetahuan anda, zaman sekarang bukan sahaja pada orang tua, namun orang muda pun sudah ada tanda penuaan.
Kelebihan Resveratrol yang sangat bagus adalah:
- Meningkatkan biogenesis mitokondria.
- Meningkatkan fungsi sel.
- Mengurangkan pengeluaran radikal bebas.
- Mengurangkan simpanan lemak.
- Meningkatkan jisim otot tanpa lemak.
- Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia.
Ummi mengesyorkan kepada anda untuk mengambil Vivix Shaklee yang mengandungi ramuan Resveratrol dan Polifenol yang mana ia berfungsi secara jelas meningkatkan tenaga sel sekaligus memberikan anda lebih bertenaga seharian.
Resipi terbaik Vivix ialah formulasi gabungan Resveratrol dan Polifenol yang sudah dipatenkan ini bertindak melalui 4 mekanisme utama:
- Melindungi dan membaiki kerosakan DNA yang dialami oleh setiap hari.
- Mengurangkan tekanan oksidatif akibat tindak balas tekanan biologi.
- Meningkatkan pengeluran tenaga di peringkat selular dengan meningkatkan bilangan mitokondria dalam sel-sel.
- Mengaktifkan pengawal selia genetik dan melambatkan pembentukan produk akhir glycation maju (AGE) protein. Protein AGE berlebihan menyebabkan kerosakan selular dan sering dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes.
Testimoni Vivix Bertenaga
Vivix memberikan tenaga dan kekal aktif
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, ummi telah pun memilih yang terbaik dan ummi yakin anda juga akan memilih yang terbaik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan Vivix Shaklee boleh tekan icon wassap di bawah dan boleh juga terus buat belian di link e-sell:
Ummu Safura @ Aina Nadzirah Mohd Yunus
ID 1180191
Pengedar Shaklee Semenyih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan