Pernahkah anda dengar tentang 'Landmark Study'?
Setiap orang yang mengamalkan makanan tambahan atau supplement pasti ingin mencari yang terbaik buat diri kerana ingin hasil yang terbaik serta tiada kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Ummi sendiri telah amalkan Shaklee sejak tahun 2014 dan dengan 'Landmark Study' Shaklee inilah yang meyakinkan ummi bahawa Shaklee adalah supplement terbaik dunia.
Apa maksud Landmark Study?
Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu, untuk mengkaji keberkesanan produk Shaklee dalam jangka masa panjang (40-50 tahun lepas makan produk Shaklee).
Landmark study dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkaitan dan kajian yang dibuat juga boleh dinilai semula oleh mana-mana pakar/pihak ketiga dibidang berkaitan.
Kenapa Shaklee sanggup buat Landmark Study?
Sebenarnya hanya Shaklee sahaja satu-satunya syarikat supplement di dunia yang ada Landmark Study. Shaklee bersungguh-sungguh nak buat Landmark study ni sebab bila Mr.Rojer Barnett (CEO Shaklee) beli company Shaklee, dia rasa tak puas hati sebab ada orang kata Shaklee ni bagus.Semua orang boleh claim produk dia bagus tapi mana landmark study nya? Betul tak? Atau apa buktinya...
Lagi pun, Shaklee nak buktikan bahawa produknya betul-betul mampu meningkatkan taraf kesihatan para penggunanya. Dengan sebab inilah pada tahun 2007, Mr Rojer Barnett telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat Landmark Study berkaitan Shaklee. Dahsyat bukan?
NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of Carlifornia, Berkely (UC-Berkely) untuk mengetuai study ini. Doktor ini bukan calang-calang orang. Beliau adalah orang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk daripada hasil ujikaji ini beliau tetap akan tetap publish kan. Yang buat piramid makanan yang biasa kita guna tu daripada doktor ni lah..Hebat tak hebat??
Macam mana Landmark Study dibuat?
Pada mulanya, pihak UC Berkeley School of Public ni memang dah ada kajian ke atas 2 golongan:
1. Golongan yang tidak ambil supplement langsung. Cuma jaga pemakanan/diet sahaja.
2. Golongan yang ambil 1 jenis supplement saja. Bukan jenama Shaklee.
Untuk Shaklee Landmark Study ni, Shaklee minta kepada pihak pengkaji untuk masukkan lagi satu golongan untuk ujikaji perbandingan. Iaitu mereka yang telah 20 tahun amalkan Vitalizer(multivitamin) Shaklee.
Apakah hasil Landmark Study Shaklee ini?
Tadaaaa...Inilah hasil keputusan secara detail Landmark Study yang dilakukan keatas 3 golongan ini oleh pihak UC Berkeley School of Public Health, dimana:
1.BIRU- Golongan yang tidak mengambil apa-apa supplement. Hanya menjaga pemakanan/diet sahaja.
2. MERAH- Golongan yang mengambil 1 jenis supplement sahaja. Bukan jenama Shaklee.
3. HIJAU- Golongan yang mengamalkan supplement Shaklee selama 20 tahun.
Keputusannya adalah seperti berikut:
👉Responden HIJAU mempunyai 11% paras nisbah kolestrol yang lebih rendah berbanding HDL. Dalam bacaan kolestrol badan kita, HDL mewakili 'kolestrol baik'. Manakala LDL adalah 'kolestrol jahat'. Responden hijau memiliki nisbah antara kedua nya lebih rendah. Bermaksud, paras HDL yang tinggi/baik dalam badan responden hijau mampu menyingkirkan LDL yang jahat bagi memastikan bacaan total kolestrol yang normal.
👉Responden HIJAU mempunyai 33% paras trigliserida yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Trigliserida adalah lemak dalam bentuk kimia yang terkandung di dalam makanan dan juga tubuh manusia. Lebih rendah kadar trigliserida bermaksud jantung dan badan seseorang itu adalah lebih sihat.
👉Responden HIJAU mempunyai 36% paras homocysteine yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Homocysteine adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Lebih rendah paras homocysteine ini, maka lebih optimum taraf kesihatan jantung dan badan kita.
👉Responden HIJAU mempunyai 59% paras protein C-Reaktif yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Protein C-Reaktif ini terkandung didalam darah kita. Lebih tinggi kadar protein C-Reaktif ini, maka badan kita akan lebih sensitif dan mudah terjejas oleh biological stress akibat respon badan terhadap ancaman-ancaman yang menjejaskan kesihatan. Bila kadar protien C-Reaktif lebih rendah, bermaksud badan kan lebih sihat dan taraf kesihatan sukar terjejas.
👉Responden HIJAU juga mempunyai risiko lebih rendah dalam mendapat penyakit kritikal seperti diabetes, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, stroke, dan penyakit koronari jantung.
💚Nota penting!
Responden HIJAU mengamalkan Vitalizer Shaklee yang mengandungi:
-Vitalea with iron formula(multivitamin lengkap)
-Caroto-E-Omega
-B+C Complex
-Optiflora Probiotics
Kesimpulannya...
Berdasarkan Landmark Study Shaklee yang di buat, jelas terbukti bahawa jenama supplement yang diambil adalah amat penting. Malah hanya dengan menjaga pemakanan/diet sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan kesihatan kita pada paras yang paling optimum.
Kenapa?
Kerana kita juga terdedah kepada pelbagai pencemaran tanpa sedar serta faktor fizikal dan biologi stress setiap hari, setiap waktu, setiap saat. Malah air kosong yang kita minum dan udara yang kita sedut setiap hari juga tidak suci sepenuhnya.
Maka atas bukti Landmark Study Shaklee inilah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan jenama lain di dunia. So, jangan kata"ala..sama je vitamin yang beli kat farmasi". No! it's totally different. Melainkan jenama yang anda ambil itu mempunyai bukti Landmark Study juga.
Jom amalkan Shaklee tanpa was-was sikit pun kerana Shaklee adalah supplement yang paling terbaik dunia.Berbanggalah kerana anda semua amalkan Shaklee.
Ummu Safura
+60182123051
Pengedar Shaklee Semenyih