Pernahkah anda dengar tentang 'Landmark Study'?

Setiap orang yang mengamalkan makanan tambahan atau supplement pasti ingin mencari yang terbaik buat diri kerana ingin hasil yang terbaik serta tiada kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Ummi sendiri telah amalkan Shaklee sejak tahun 2014 dan dengan 'Landmark Study' Shaklee inilah yang meyakinkan ummi bahawa Shaklee adalah supplement terbaik dunia.

Apa maksud Landmark Study?


Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu, untuk mengkaji keberkesanan produk Shaklee dalam jangka masa panjang (40-50 tahun lepas makan produk Shaklee). 

Landmark study dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkaitan dan kajian yang dibuat juga boleh dinilai semula oleh mana-mana pakar/pihak ketiga dibidang berkaitan.

Kenapa Shaklee sanggup buat Landmark Study?


Sebenarnya hanya Shaklee sahaja satu-satunya syarikat supplement di dunia yang ada Landmark Study. Shaklee bersungguh-sungguh nak buat Landmark study ni sebab bila Mr.Rojer Barnett (CEO Shaklee) beli company Shaklee, dia rasa tak puas hati sebab ada orang kata Shaklee ni bagus.Semua orang boleh claim produk dia bagus tapi mana landmark study nya? Betul tak? Atau apa buktinya...

Lagi pun, Shaklee nak buktikan bahawa produknya betul-betul mampu meningkatkan taraf kesihatan para penggunanya. Dengan sebab inilah pada tahun 2007, Mr Rojer Barnett telah melantik National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) iaitu satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US untuk membuat Landmark Study berkaitan Shaklee. Dahsyat bukan?

NHANES pulak telah melantik Dr. Gladys Block iaitu wakil dari satu institusi penyelidikan yang hebat iaitu University of Carlifornia, Berkely (UC-Berkely) untuk mengetuai study ini. Doktor ini bukan calang-calang orang. Beliau adalah orang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition. Baik buruk daripada hasil ujikaji ini beliau tetap akan tetap publish kan. Yang buat piramid  makanan yang biasa kita guna tu daripada doktor ni lah..Hebat tak hebat??

Macam mana Landmark Study dibuat?

Pada mulanya, pihak UC Berkeley School of Public ni memang dah ada kajian ke atas 2 golongan:
1. Golongan yang tidak ambil supplement langsung. Cuma jaga pemakanan/diet sahaja.
2. Golongan yang ambil 1 jenis supplement saja. Bukan jenama Shaklee.

Untuk Shaklee Landmark Study ni, Shaklee minta kepada pihak pengkaji untuk masukkan lagi satu golongan untuk ujikaji perbandingan. Iaitu mereka yang telah 20 tahun amalkan Vitalizer(multivitamin) Shaklee.



Apakah hasil Landmark Study Shaklee ini?


Tadaaaa...Inilah hasil keputusan secara detail Landmark Study yang dilakukan keatas 3 golongan ini oleh pihak UC Berkeley School of Public Health, dimana:

1.BIRU- Golongan yang tidak mengambil apa-apa supplement. Hanya menjaga pemakanan/diet sahaja.
2. MERAH- Golongan yang mengambil 1 jenis supplement sahaja. Bukan jenama Shaklee.
3. HIJAU- Golongan yang mengamalkan supplement Shaklee selama 20 tahun.

Keputusannya adalah seperti berikut:


👉Responden HIJAU mempunyai 11% paras nisbah kolestrol yang lebih rendah berbanding HDL. Dalam bacaan kolestrol badan kita, HDL mewakili 'kolestrol baik'. Manakala LDL adalah 'kolestrol jahat'. Responden hijau memiliki nisbah antara kedua nya lebih rendah. Bermaksud, paras HDL yang tinggi/baik dalam badan responden hijau mampu menyingkirkan LDL yang jahat bagi memastikan bacaan total kolestrol yang normal.

👉Responden HIJAU mempunyai 33% paras trigliserida yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Trigliserida adalah lemak dalam bentuk kimia yang terkandung di dalam makanan dan juga tubuh manusia. Lebih rendah kadar trigliserida bermaksud jantung dan badan seseorang itu adalah lebih sihat.

👉Responden HIJAU mempunyai 36% paras homocysteine yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Homocysteine adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita. Lebih rendah paras homocysteine ini, maka lebih optimum taraf kesihatan jantung dan badan kita.

👉Responden HIJAU mempunyai 59% paras protein C-Reaktif yang lebih rendah berbanding responden BIRU & MERAH. Protein C-Reaktif ini terkandung didalam darah kita. Lebih tinggi kadar protein C-Reaktif ini, maka badan kita akan lebih sensitif dan mudah terjejas oleh biological stress akibat respon badan terhadap ancaman-ancaman yang menjejaskan kesihatan. Bila kadar protien C-Reaktif lebih rendah, bermaksud badan kan lebih sihat dan taraf kesihatan sukar terjejas.

👉Responden HIJAU juga mempunyai risiko lebih rendah dalam mendapat penyakit kritikal seperti diabetes, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, stroke, dan penyakit koronari jantung.


💚Nota penting!
Responden HIJAU mengamalkan Vitalizer Shaklee yang mengandungi:
-Vitalea with iron formula(multivitamin lengkap)
-Caroto-E-Omega
-B+C Complex
-Optiflora Probiotics


Kesimpulannya...

Berdasarkan Landmark Study Shaklee yang di buat, jelas terbukti bahawa jenama supplement yang diambil adalah amat penting. Malah hanya dengan menjaga pemakanan/diet sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan kesihatan kita pada paras yang paling optimum. 

Kenapa?

Kerana kita juga terdedah kepada pelbagai pencemaran tanpa sedar serta faktor fizikal dan biologi stress setiap hari, setiap waktu, setiap saat. Malah air kosong yang kita minum dan udara yang kita sedut setiap hari juga tidak suci sepenuhnya.

Maka atas bukti Landmark Study Shaklee inilah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan jenama lain di dunia. So, jangan kata"ala..sama je vitamin yang beli kat farmasi". No! it's totally different. Melainkan jenama yang anda ambil itu mempunyai bukti Landmark Study juga.



Jom amalkan Shaklee tanpa was-was sikit pun kerana Shaklee adalah supplement yang paling terbaik dunia.Berbanggalah kerana anda semua amalkan Shaklee.

Ummu Safura
+60182123051
Pengedar Shaklee Semenyih







Assalamualaikum semua. Tengah-tengah ramadhan ni mesti dah buntu kan nak masak menu apa untuk berbuka. Apa kata cuba resipi udang masak lemak cili padi nenas pula. Anda juga boleh gantikan dan ubahsuai resipi dengan menggunakan ayam atau ikan.

Memasak ni mudah je.Yang penting kita kreatifkan bahan yang ada di rumah. Pasti ibu-ibu diluar sana dah jadi super power bab memasak ni😉

Okay lah jom mulakan dengan sediakan bahan-bahan memasak.

Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

  • 1/2 kg udang saiz sederhana(dibuang kepala)
  • 1 kotak santan kotak
  • 7 batang cili padi*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang merah*
  • 2 batang serai 
  • 1 inci halia*
  • serbuk kunyit*
  • 1/2 biji nenas 
  • garam & gula


Setelah selesai sediakan bahan-bahan, barulah kita mulakan kerja memasak pula.
Jooommmm....


1. Kisarkan semua bahan yang bertanda * di dalam blender. Kemudian tumiskan bahan dikisar dengan sedikit minyak sahaja.Jangan lupa masukkan serai yang telah diketuk.Tumiskan sekali sampai bahan masak dan wangi.

2. Kemudian tambahkan sedikit air barulah masukkan nenas. Masak sekejap.Setelah mendidih masukkan pula udang.Biarkan mendidih seketika.



3. Masukkan santan dan pastikan sentiasa dikacau sehingga mendidih.Berjaga-jaga supaya santan tidak pecah.

4. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing.Kemudian siap boleh dihidang.

5. Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh juga digantikan dengan kunyit hidup. Nenas boleh digantikan dengan tomato,belimbing,atau letakkan asam keping.


SELAMAT MENCUBA😊




Kalau sebut tentang 'cantik' biasa orang kaitkan dengan orang perempuan.Tetapi sebenarnya kaum adam juga tidak ketinggalan. Lelaki dan perempuan sama-sama punya hak untuk kelihatan cantik, sihat, bertenaga, ceria dan proaktif selalu.

Adakah anda tahu bahawa untuk cantik luar dan dalam bermula daripada pemakanan kita seharian?
Kerana apa yang kita makan itulah yang menjadi sumber atau bekalan kepada tubuh untuk menjalankan proses kehidupan.

Mari kita lihat 6 jenis makanan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kecantikan luar dan dalam.

1. Asam lemak Omega 3
Makanan seperti minyak biji rami,salmon, benih chia,kedelai,dan bayam. Fungsi omega 3 dapat memerangi keradangan yang seringkali menyebabkan jerawat pada kulit. Selain itu, omega 3 juga dianggap sebagai nutrisi paling penting untuk mendapatkan kulit cerah. Anda juga boleh dapatkan makanan tambahan seperti Omega Guard Shaklee iaitu minyak ikan terbaik dunia kerana ia diambil daripada ikan air laut sejuk. Bukannya daripada minyak hati ikan. Ketumpatannya pula 3 kali ganda berbanding minyak hati ikan biasa.

2. Antioksidan
Makanan seperti goji berry,blueberry,dark coklat,resviratrol,Muscadine grape,dan lain-lain. Sebenarnya antioksidan adalah kunci daripada detokfikasi yang mencegah munculnya jerawat dengan membatasi penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan kolagen. Selain itu, antioksidan juga melindungi kulit dengan menghalang racun agar tidak masuk lebih dalam dari lapisan dermal kulit.Kandungan antioksidan yang tinggi anda boleh dapatkan dalam Vivix Shaklee yang premium ini.

3.  Vitamin A
Makanan seperti ubi jalar,wortel,daun hijau,aprikot. Vitamin A juga sangat penting untuk penghasilan sel kulit yang sihat dan melindungi kulit daripada infeksi atau jangkitan. Selain itu ia berfungsi menguatkan penghalang kulit dari iritasi yang menyebabkan jerawat serta memerangi androgen yang menyebabkan kulit berminyak.

4.Vitamin C
Makanan seperti buah-buahan yang masam, lada merah,brokoli. Vitamin C berfungsi merawat kulit dari dalam dengan membantu kulit melawan radikal bebas,memudar kemerahan pada kulit,dan menghasilkan kolagen. Nanti penghasilan kulit baru akan berlaku dan sekaligus memudarkan kesan jerawat.Vitamin C ini juga bersifat anti-pengoksidaan. Sebenarnya banyak lagi manfaat vitamin C yang perlu anda tahu.

5. Vitamin E
Makanan seperti almond,daun hijau,alpukat,brokoli,dan zaitun. Ia berfungsi menghilangkan bekas jerawat, memudarkan bekas luka dan bintik hitam. Selain itu, vitamin E juga mudah larut dalam lemak dan melindungi kulit daripada pengoksidaan. Carilah vitamin E yang mengandungi selenium semulajadi kerana ia membantu penyerapan lebih baik kepada tubuh badan.

6. Air
Walaupun air bukan kumpulan makanan, tapi ia sangat penting untuk menjaga kelembapan kulit agar bersih dan cerah. Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kulit kering sehingga menjadi hidrasi.Air juga dapat menyembuhkan jerawat, melindungi kulit daripada racun bahaya, dan membuat kulit cerah.


Apa Yang Harus Dihindari Untuk Dapatkan Kulit Cantik?

2 perkara penting yang perlu dihindari adalah GULA dan ALKOHOL.

Gula merupakan karbohidrat yang mempunyai glisemik tinggi yang dapat menggalakkan proses keradangan.Perasan atau tidak, lagi banyak kita makan makanan bergula lagi mudah dan banyak jerawat timbul???
Gula juga adalah kesukaan untuk bakteria membiak.Sebab itu apabila tinggi kandungan gula dalam badan, kita mudah didatangi pelbagai penyakit.

Alkohol pula boleh membuatkan tubuh mengalami dehidrasi dan menghalang kulit menjadi sihat dan cerah.Sedangkan tubuh dan kulit kita memerlukan air yang cukup, apabila kita ambil alkohol terus menjadikan kandungan air kurang dalam badan.Maka sel-sel kulit pun kurang mendapat air dan menjadi kurang sihat.

Bermula dari sel lah setiap organ kita terbentuk.Begitu juga kulit yang merupakan organ terbesar.Apabila sel kita sihat dan cukup nutrisi, maka sihat jugalah organ- organ dalam tubuh khususnya kulit kita.

Kalaulah semua diatas tadi untuk cantik dari dalam, maka dari luar pula anda boleh gunakan skincare yang betul-betul selamat dan semulajadi. Ummi syorkan Set skincare Youth Shaklee yang premium dan boleh memberi kesan positif seawal 7 hari. Tidak percaya? Cubalah..

Semoga entri kali ini membantu anda semua yang nak cantik dan sihat luar dan dalam.
Buatlah pelaburan kesihatan anda dengan bijak.
Kesihatan adalah anugerah terindah.

Pencinta Kecantikan & Kesihatan,
Ummu Safura💖







Anda pernah stress?
Tahukah anda bahawa stress ini punca kulit tidak sihat?

Bukan itu sahaja, stress juga jadi punca pelbagai penyakit lain datang menyinggah.

Seperti anggota badan yang lain, kulit juga boleh berada pada tahap yang kurang sihat kesan daripada stress. Jika anda menghidapi jerawat stress, jerawat ini boleh tumbuh dengan tiba-tiba bila anda dalam keadaan tertekan. Jerawat seperti ini sebenarnya tidak boleh hanya dirawat di permukaan kulit tetapi perlu juga dirawat secara menyeluruh dan menumpukan kepada kesuluruhan sistem dalam badan termasuklah memperbaiki semula hormon supaya stabil.

Stress Punca Kulit Tidak Sihat

Jika tahap stress pada seseorang itu pada tahap yang tinggi, radang pada kulit akan tinggi. Radang inilah yang menjadi punca utama berlakunya pertumbuhan jerawat selain minyak yang terkumpul pada liang roma kulit. Tahap stress yang tinggi ini juga akan menyebabkan berlakunya radang pada kulit diseluruh anggota badan.

Apabila anda berada dalam keadaan stress, tubuh anda akan merembeskan hormon-hormon stress termasuklah kortisol. Hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah dan mengarahkan pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang dan meningkatkan tekanan darah anda. Respon sistem imun terhadap perubahan inilah yang membuatkan anda lebih bersedia menghadapi stress.


5 Jenis Masalah Kulit Muka Berpunca Daripada Stress


  • Masalah kulit kusam.
Stress atau tekanan menyebabkan nutrisi musnah dan aliran darah menjadi kurang beroksigen.Akhirnya memberi kesan pada kulit muka menjadi semakin kusam hari ke hari.Paras hormon kortisol menjadi semakin meningkat yang mengurangkan proses regenerasi sel kulit. Ini juga menyebabkan kulit makin kusam kerana sel kulit kurang aktif membahagi dan menjalani proses regenerasi.
  •  Masalah kulit kering
Stress atau tekanan menyebabkan kulit akan kehilangan keupayaan untuk mengekalkan air pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi semakin kering dan kasar.
  • Masalah jerawat
Hormon kortisol tadi yang dihasilkan daripada kesan stress mengakibatkan pengeluaran minyak yang berlebihan di muka.Ini menyebabkan kulit muka berminyak lantas menjadi penyumbang kepada masalah jerawat.
  • Masalah kedutan
Hormon kortisol juga mengakibatkan penghasilan kolagen terbantut.Akhirnya memberi kesan pada kulit tidak anjal dan menjadi punca kehadiran garis halus dan kedutan di wajah.

  • Masalah mata membengkak
Stress menyebabkan kita kurang tidur dan menyebabkan bendalir dalam badan akan berkumpul di bawah kelopak mata. Oleh itu, mata menjadi bengkak atau dipanggil dengan 'eye bag'. Ia juga menyebabkan penampilan kita terjejas dan kurang berkeyakinan.


Cara Mengawal Stress

1.Dapatkan rehat yang berkualiti.
Apabila stress datang melanda, kita disarankan untuk tarik nafas sedalam dalamnya dan bertenang. Dengan bertenang sambil mengamalkan teknik pernafasan yang betul, paras tekanan dalam badan boleh dikurangkan.Anda juga boleh pergi bercuti atau buatlah perkara yang membahagiakan. Pasti selepas itu anda lebih lega dan ceria!

2.Dapatkan tidur yang berkualiti.
Tahukah anda? Dengan mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, Kulit kita dapat diperbaiki daripada segala kerosakan.Ini dapat membantu kulit agar lebih sihat berseri dan memulihkan keseluruhan penampilan wajah menjadi lebih segar.Masalah 'eye bag' pun dapat diatasi.

3.Bersenam.
Aktiviti fizikal dapat meningkatkan pengaliran darah ke setiap salur darah pada kulit muka kita. Salur darah ini akan membawa sekali nutrisi baik yang sangat diperlukan oleh kulit untuk menjadi lebih cantik. Kekurangan nutrisi di salur darah pada kulit wajah menjadikan kita kelihatan kusam dan mulalah pelbagai masalah kulit timbul di wajah.

4.Makan dan minum dengan baik.
Mengambil makanan yang seimbang dan minum air masak dalam kuantiti yang banyak akan membantu badan sentiasa sihat, mengurangkan stress dan sentiasa cukup air dalam badan kita. Pengambilan makanan yang tinggi dan kaya antioksidan akan menyokong proses pemulihan kerosakan kulit wajah.

5.Pilih produk penjagaan kulit yang betul.
Pemulihan wajah dari kerosakan akibat kedutan, pigmentasi, kulit kusam dan jerawat boleh dibantu dengan pemilihan produk kulit wajah yang betul. Cucilah muka dengan pencuci muka tanpa sabun untuk tidak menambah kerosakan kulit muka supaya segala kekotoran dan minyak dimuka dapat dihilangkan dengan berkesan. Dapatkan pencuci yang membantu menghilangkan sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah semakin kusam. 

Anda juga boleh lihat produk penjagaan kulit semulajadi yang berkesan seawal tempoh 7 hari dan sememangnya selamat.Klik DISINI.

Nak nampak lebih cantik dan berseri serta jauh lebih muda???

Rahsianya kawal stress dan uruskan dengan bijak!

Anda mampu mengubahnya😊


Pengedar Shaklee Semenyih dan Seluruh Msia,
Ummu Safura_ +60182123051
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com






  • Facebook

  • Twitter

  • Google+

  • Pinteres
    Stress menyebabkan kita kurang tidur. Ini akan menyebabkan bendalir dalam badan akan berkumpul di bawak kelopak mata dan menyebabkan mata membengkak atau eye bag. Ia juga menyebabkan penampilan kita terjejas, b



Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 17 gunakan produk Youth Shaklee ni. Hari-hari rasa nak mengusap pipi yang semakin moist dan halus lembut ni.Cewahh! Ni bukan overclaim tau.Bagi ummi yang sebelum ini memang mengalami masalah kulit wajah yang teruk, dengan jerawat dan kulit berminyak seluruh wajah, dengan breakout sana sini sebab sudah pelbagai produk di pasaran cuba pakai tapi tiada kesan positif. Memang sedih sangat..Jadi, ummi kuatkan tekad kali ini untuk mencuba sendiri Skincare Youth Shaklee.Bersyukur sangat Shaklee ada patenkan Set Skincare Youth ni.Ini adalah satu perubahan yang baru buat ummi menjelang usia 30-an.

Almaklumlah, kolagen dalam badan semakin berkurang, kulit sudah tidak anjal dan elastik lagi..Maka ummi kena buat pilihan yang terbaik untuk memilih produk yang betul-betul selamat dan berkesan untuk diri sendiri.

Anda pun nak bagi yang TERBAIK buat diri anda? Ok, jom baca dan kenal tentang Youth Shaklee.Nanti mudahlah nak risik dan beli terus dengan ummi kan? hehe

Pengenalan YOUTH Skincare


Satu keterujaan bila Shaklee mengumumkan kemasukan produk skincare Youth Shaklee ke Malaysia.Youth Shaklee terhasil setelah melalui lebih daripada 8 tahun kajian dan sepanjang tempoh kajian ini, CEO Shaklee- Mr. Rojer Barnett sendiri yang guna dulu.Selagi beliau tidak berpuas hati dengan kesannya,selagi itulah Shaklee teruskan kajian dalam menghaislkan produk yang premium ini.

Selain itu, Youth Shaklee telah diuji oleh pakar Ophthalmologist membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata,tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif.

Skin Age Index

Skin age index adalah data klinikal daripada 100 orang wanita berusia 20,30,40,50 dan 60 tahun yang dikumpul untuk mengukur tanda-tanda utama penuaan. Setiap kumpulan umur terdiri daripada 20 orang peserta. Peserta buka hanya terdiri daripada orang putih, malah orang asia juga ada.

Tanda-tanda penuaan ini diukur berdasarkan 8 kondisi utama kulit:

  • Kedutan kulit
  • Saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran
Skin age index sebenarnya bukanlah dibangunkan oleh Shaklee. Sebaliknya ia adalah satu index yang dibagunkan oleh pihak ketiga yakni oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa. Selain daripada Shaklee, pihak ketiga ini juga turut membuat ujian untuk syarikat kecantikan dunia yang lain. Namun, untuk skin age index hanya Shaklee yang boleh menggunakan data klinikal yang diperolehi.

Daripada data skin age index ini, barulah Shaklee jalankan kajian klinikalnya yang tersendiri. Dan melalui kajian klinikal Shaklee, 60 peserta telah diuji menggunakan YOUTH.

Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ini terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya. Hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar. Amazing sangat!!!

Produk Skincare Youth Shaklee


Terdapat 6 produk utama di dalam set penjagaan kulit YOUTH iaitu:

  1. Luminous Gel Oil Cleanser sebagai pencuci muka
  2. Perfecting Skin Toner sebagai toner
  3. Youth Activating Serum sebagai serum
  4. Age Defense Moisturiser SPF50 sebagai pelembap dan sunblock
  5. Advance Renewal Night Cream sebagai krim malam
  6. Radiance C+E sebagai pencerah dan pemudar garisan penuaan.

Bahan Dan Kandungan Dalam Produk Premium Skincare Youth Shaklee

Antara bahan yang terdapat dalam produk YOUTH SHAKLEE ini adalah:

  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A- Sel epal merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia sebab itu dia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract- berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins,Botanicals)- untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract- untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
  5. Muscadine Grape Polyphenols- untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

High Safety Standard

1. Youth adalah 100% Vegan.

Sesuatu skincare tidak boleh meletakkan label Vegan sesuka hati. Ia mestilah memenuhi beberapa syarat seperti bebas daripada menggunakan sumber haiwan termasuklah madu,beewax,atau milk-drive lactic acid. Secara ringkasnya, ia adalah 100% bersumberkan tumbuh-tumbuhan.

2. Cruelty Free.

Tidak diuji keatas haiwan dan juga tidak menggunakan sumber haiwan.
Sesuai dengan kulit sensitif. R&D YOUTH dibuat selama 8 tahun dan diuji sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya diperbuat daripada tumbuhan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya yang boleh jaid trigger kepada kulit. Tiada keraguan untuk mencuba!

3. Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang berbahaya.

4. Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa.

5. Hypoallergenic- Jaminan tidak menyebabkan alahan pada kulit.

6. Non-Comodogenic- Tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

7. Diuji oleh ahli Dermatologi.

8. Diuji oleh ahli Oftalmologi.

9. Selamat digunakan oleh ibu mengandung.

10. Boleh digunakan seawal umur 20an.


TAWARAN ISTIMEWA MEI INI

Shaklee adakan promosi fullset Youth Skincare ni dengan percuma Radiance C+E yang 
bernilai RM 437! 

Hanya bulan ini sahaja. Dapatkan sekarang while stock last.





























Now Everyone Can Creat Healthier Lives
Dapatkan vitamin Shaklee dengan pengedar sah Shaklee sahaja!

Ummi mulakan entri kali ini dengan tagline 'Now everyone can creat healthier lives' kerana ramai yang mempunyai kesedaran akan kepentingan mengamalkan pengambilan vitamin sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Ramai yang pilih untuk cuba vitamin Shaklee samada untuk pelihara kesihatan yang ada ataupun tingkatkan kesihatan ke arah lebih baik.Tetapi maish ramai lagi di luar sana yang sebenarnya tidak kenal lagi dengan vitamin Shaklee.

Untuk yang masih belum tahu, jom ummi kongsikan :

  • Produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh ISA iaitu badan halal di Amerika Syarikat dan mendapat pengiktirafan JAKIM.
  • Produk Shaklee terdiri daripada supplement/ makanan tambahan, produk penjagaan kulit wajah, produk penjagaan rambut, produk pencucian dan penjagaan rumah serta penapis air.
  • Vitamin Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang selamat untuk tubuh, terbukti berkesan berserta dengan ujian klinikal dan menyihatkan tanpa bahan kimia, pewarna, dan perasa tiruan.
  • Produk Shaklee adalah berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan yang mampu milik oleh semua golongan.
  • Produk Shaklee yang pertama dihasilkan pada tahun 1956 dan kini sudah lebih 50 tahun Syarikat Shaklee kekal kukuh di pasaran.


CARA BELI ATAU ORDER PRODUK SHAKLEE

1.Anda boleh terus hubungi ummi di nombor 0182123051 untuk pertanyaan mengenai vitamin dan membuat belian. Juga boleh terus wassap ummi dengan klik di bawah.


Selepas sudah confirm untuk belian, anda hanya perlu buat bayaran ke akaun bank ummi. Berikan kepada ummi bukti bayaran dan maklumat penghantaran. Ummi akan terus submit order secara online dan Shaklee akan terus proses order.Order akan sampai ke rumah anda dengan kurier GDEX, Cityliner ataupun pos laju dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja.

ATAU 

2.Kalau suka beli sendiri, anda boleh pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan di seluruh Malaysia.

Sekiranya anda tinggal di kawasan berdekatan dan sekitar Semenyih, ummi boleh COD mengikut masa dan perbincangan bersama.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Sekiranya anda ingin mencuba produk Shaklee, terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda mendaftar sebagai ahli:

1.Anda dapat beli produk Shaklee dengan harga ahli iaitu anda boleh jimat sebanyak 15% hingga 25% berbanding harga jual.

2.Anda layak mendapat cash rebate sekiranya belian terkumpul bulanan mencecah point minimum 150UV. Cash rebate akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada bulan berikutnya.

3.Anda layak mengikut dan menghadiri aktiviti-aktiviti anjuran Shaklee untuk menambah pengetahuan perniagaan, ilmu kesihatan, serta motivasi seperti dalam bengkel nutrisi,bussiness opportunity meeting, motivation rally dan sebagainya.

4. Anda akan mendapat no ID peribadi dan akaun online Shaklee2u.Anda boleh membuat belian vitamin sendiri pada masa akan datang atau maklumkan kepada ummi untuk buatkan pembelian bagi pihak anda.

5.Anda layak mendapat konsultasi dan bimbingan berterusan daripada ummi dan layak menyertai secret group khas sekiranya berdaftar keahlian dengan ummi.


BAYARAN KEAHLIAN

Sangat mudah sebenarnya untuk mendaftar keahlian Shaklee. Bayaran pendaftaran pun hanya RM 79.50 termasuk kos postage Member Kit buat rujukan dan pembacaan anda.

CARANYA:
1.Boleh terus hubungi ummi di nombor 0182123051 dan ummi akan terus uruskan pendaftaran secara online.Kemudian pesanan dan Member Kit akan dihantar terus ke rumah dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja.

2.Anda juga boleh pergi mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan dan buat pendaftaran di kaunter.Letakkan no ID ummi 1180191 di ruangan Sponsor's ID ataupun upline.Pendaftaran dan order akan terus diproses dan anda boleh terus ambil produk yang dibeli bersama Member Kit.

ADAKAH WAJIB BUAT BELIAN SEKIRANYA MENDAFTAR AHLI SHAKLEE?

TIDAK. Anda boleh daftar sahaja keahlian terlebih dahulu dan akan mendapat Member Kit.Belian produk boleh dilakukan di lain masa.

ADAKAH WAJIB BERBISNES?

TIDAK dan tiada paksaan untuk berbisnes. Setelah mendaftar anda digalakkan menghubungi ummi untuk mendapatkan nasihat, bimbingan, konsultasi cara makan vitamin yang betul.Sekiranya berminat untuk menjana pendapatan, Boleh maklumkan kepada ummi supaya ummi dapat memberikan bimbingan dan tunjuk ajar fokus kepada bisnes.

Anda juga boleh lihat bisnes online pilihan ramai DISINI.

PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH,
Aina Nadzirah Mohd Yunus (1180191)
Call/sms/wassap: +60182123051
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com






Assalamualaikum..hari ini ummi terdetik nak berkongsi dengan anda semua kisah perjalanan ummi dalam bisnes yang sudah menjadi sebahagian dalam hidup ummi, iaitu bisnes Shaklee.Bisnes yang membolehkan ummi bekerja dari rumah dan tidak perlu terikat dengan masa kerja.Inilah pilihan ummi dan apa yang ummi impikan sejak dulu...

Bagi yang belum kenal, dan baru sahaja jumpa blog picisan ummi ini,let me introduce my self ya...

Nama diberi Aina Nadzirah Mohd Yunus, berasal daripada Selangor.Telah menjadi surihati buat suami tercinta dan ummi kepada seorang mujahidah solehah bernama Safura Thuwaibah.Dan sekarang masih lagi belajar dalam bidang Bahasa arab di Mesir sambil menjalankan bisnes Shaklee sepenuh jiwa dan masa..Bukan mudah ye tapi tidak mustahil..

Anda juga boleh lihat kelebihan bisnes shaklee kepada student DISINI.

Perniagaan internet atau bisnes online memang sudah mula terkenal sekarang.Ramai usahawan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan hasil daripada peluang yang ada dalam perniagaan internet.Mungkin anda juga sedang membaca blog ini memikirkan jalan untuk menjadi usahawan.Anda juga mungkin sedang mencari pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan bisnes online.

Untuk pengetahuan semua, ummi bemula menggunakan supplement Shaklee sejak tahun 2014.Pada masa ini ummi mencari supplement yang boleh membantu merawat masalah gastrik ummi. Alhamdulillah dengan izin Allah, ummi terlihat iklan tentang Shaklee di facebook.Ummi terus membeli dengan mendaftar ahli dengan tujuan untuk mendapat harga yang lebih murah.

Pada tahun 2015, ummi berkahwin pada bulan Mac dan Allah rezekikan untuk hamil pada bulan Ogos.Biasa pengalaman kandungan pertama ini kita lebih berhati-hati dan banyak mencari ilmu tambahan yang baru.Ketika ini ummi masih konsisten mengamalkan supplement Set Hamil Shaklee.Memandangkan ummi hamil ketika belajar di Mesir dan berpantang pun disana,ummi sangat mencari Set Berpantang yang mudah,berkesan dan fleksibel.Berdasarkan penelitian dan pembacaan, Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee sangat sesuai.

Melalui pengalaman hamil dan berpantang dengan supplement Shaklee, sebenarnya banyak membantu.Ummi tiada masalah darah rendah, atau masalah pada kandungan.Setiap kali berjumpa doktor pasti doktor berpuas hati. Disamping juga ummi amalkan amalan-amalan untuk ibu hamil sepanjang kehamilan. Semasa berpantang hari ke-14,ummi telah berjalan keluar untuk menduduki peperiksaan.Dengan asbab ummi ambil Set Berpantang Shaklee ini, tahap kesihatan ummi pada masa itu sangat baik.Tidak lupa juga pertolongan dengan ditemani kawan-kawan ke dewan peperiksaan.

Setelah melalui tempoh kehamilan dan berpantang, ummi teruskan lagi dengan supplement Shaklee memandangkan ummi dapat rasa kesan yang baik pada diri.Sejak itu ummi mula serius untuk berbisnes.Rasa seronok kongsi kebaikkannya dengan orang ramai.Sebelum ini pernah juga berbisnes produk kecantikan yang lain, tapi setelah diajar dengan ilmu Shaklee Landmark Study lagi membuatkan ummi yakin bahawa produk Shaklee adalah yang terbaik! Dan inilah sebab utama ummi pilih Shaklee.Tiada keraguan kerana semuanya telah dikaji dan sememangnya telah mendapat Sijil Halal.

Masa demi masa, ummi gigih kembangkan empayar bisnes dengan bantuan leader yang hebat serta sokongan daripada suami tercinta serta doanya.Bukan mudah dalam keadaan belajar, ummi akan bangun seawal jam 2 atau 3 pagi untuk lunaskan tanggungjawab edit dan post task demi task mengikut masa malaysia.Apabila ingat semula detik kesusahan itu, sungguh menyentuh jiwa..sebak di dada..

Kini berkat doa semua orang terutamanya suami dan mak abah tercinta, team Safura Empire semakin berkembang.Sudah menjadi tanggungjawab ummi pula untuk mengajar serta mendidik mereka supaya sama-sama boleh mencapai impian masing-masing. Sungguh! Kejayaan bersama itu lebih manis dan bermakna buat ummi.

"Welcome Aboard My Bussiness Partner😊"

Inilah sedikit perkongsian bagaimana ummi mula berbisnes dan kini tiba giliran anda pula untuk mencuba.Percayalah! tidak salah untuk kita berimpian besar.

Berimpian besar adalah salah satu tanda kita mempercayai bahawa Allah itu Maha Besar

Jom mulakan sekarang!



Bakal Mentor Bisnes Shaklee Anda,
Ummu Safura_ 0182123051 











Ada yang bertanya, mengapa perlu konsisten dalam pengambilan supplement?

Ada juga yang kata "kenapa makan vitamin ni tak nampak kesan pun"

Mudah sahaja.Kita boleh ibaratkan mengapa kita perlu konsisten letakkan baja pada pokok jika ingin hasilkan buah yang sedap ranum dan berkualiti.Ia memerlukan masa bukan?

Begitu juga jika kita melakukan amalan kebaikkan.Contohnya amalan sunat seperti solat dhuha,tahajjud,istikharah. Amalan-amalan ini perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil dan perubahan dalam diri ke arah kebaikkan.Tidak boleh lah kita hanya melakukan sehari kemudian kita kata tidak ada kesan pun. Jangan menyombong diri dengan Penciptamu.Mintalah sebanyak mana yang kamu inginkan.

Back to the topic, kadangkala kesan supplement ke atas seseorang individu tidak sama. Ada yang cepat dan ada yang lambat.Bergantung kepada sistem badan seseorang dan jenis penyakit yang dihidapi. Apabila kita membaca dan melihat berdasarkan fakta, sebenarnya pengambilan vitamin atau supplement perlu konsisten sekurang-kurangnya dalam tempoh 90 hingga 120 hari. Dianggarkan sekitar 3 hingga 4 bulan.

KENAPA???

Untuk pengetahuan semua,sel hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka dalam tempoh itu kita haruslah konsisten dan istiqomah untuk mendapat kesan yang baik.Ini kerana tempoh 90 hingga 120 hari merupakan tempoh penggantian sel, yang mana sel lama yang telah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat. Ini merupakan kesan selepas konsisten amalkan supplement.


Bagaimana mahu konsisten ambil supplement setiap hari? 

Pertama sekali set target kita.Tanya kepada diri sendiri "kenapa saya perlukan supplement?"
Katakan kepada diri "Ingin sihat untuk menjaga keluarga".
Anda juga perlu kuatkan azam mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak.(menyususkan anak,menjaga anak,menjaga rumahtangga dll)
Ingin sihat dan cantik sentiasa untuk suami tercinta.

Antara tips yang boleh ummi kongsikan untuk konsisten ambil supplement:
1.Letak segala supplement yang perlu dimakan ditempat yang berdekatan dengan tempat air.Tapi pastikan suhu yang bersesuaian untuk vitamin ya.Jauhkan vitamin daripada tempat yang tinggi haba atau panas.
2.Letak vitamin atau supplement dalam pill box yang comel serta cantik.Bagi sesetengah orang lebih menarik kepada benda yang cantik.

Maka apabila sudah ada target, ada juga plan-plan yang mewajibkan untuk ummi makan vitamin.Tiada lagi alasan terlupa, tertinggal, tercicir dan sebagainya.

Kenapa perlu konsisten makan vitamin Shaklee?

Shaklee adalah vitamin atau supplement yang terdiri daripada zat-zat nutrien yang sepatutnya kita boleh makan daripada makanan kita.Tapi hakikatnya makanan sekarang ini zatnya makin berkurang.Paling mengejutkan adalah zat-zat daripada sayur dan buah juga sudah berkurangan.Kalau dahulu kita makan semangkuk sayur sudah mencukupi untuk mendapatkan khasiat tetapi sekarang mungkin kita perlukan bermangkuk mangkuk untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan.Persoalannya,adakah kita makan bermangkuk-mangkuk sayur setiap hari?

Maka,dari situ kita sudah tahu kemampuan untuk mendapatkan nutrisi yang cukup tidak mudah.Apabila tubuh badan tidak mendapat nutrisi secukupnya,itu adalah punca pelbagai penyakit datang menyinggah ke tubuh badan kita.

Adakalanya kemungkinan besar kita nampak sihat tetapi hakikatnya badan kita sudah lama 'menderita'.Cuma tunggu waktu sahaja untuk muncul iaitu semasa tahap imunisasi kita lemah.Kalau diperhatikan,kebiasaannya apabila umur mencapai 50-an mulalah pelbagai penyakit yang datang menjengah.Seperti sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,kanser dan sebagainya.

Kenapa?
Kerana ketika usia sebeginilah tahap imunisasi atau daya tahan penyakit kita sudah pun lemah.
Bukankah sepatutnya pada waktu begini, kita sepatutnya sedang bermain dengan cucu, mengecapi kehidupan yang kita telah usahakan semasa muda dahulu.
Dan bukannya menghabiskan sebahagian atau kesemua simpanan untuk kesihatan,dan menanggung kos perubatan,apatah lagi terlantar sakit.

Ya betul,sihat dan sakit,ajal dan maut di tangan tuhan.Tapi apakah usaha kita untuk mendapatkan kesihatan?Bukan kah tuhan akan berikan kepada mereka yang berusaha.Kalau kita tidak berusaha bagaimana nak dapat?betul ke betul?Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan makan makanan berkhasiat dan topup dengan supplement untuk mencukupkan nutrisi seharian,in sya Allah segala masalah kesihatan dapat dijauhkan.

Maka disini lah perlunya kita konsisten mendapatkan nutrisi secukupknya setiap hari iaitu dengan makan makanan berkhasiat dan ditambah dengan supplement.Supplement pula pastikan yang halal, selamat digunakan untuk jangka masa pendek dan panjang kerana kita mahu konsisten menggunakannya.

Bagi mengoptimumkan kadar serapan vitamin atau supplement yang diambil,anda boleh mulakan:

1)Program DETOX-bertujuan untuk proses perbersihan organ dalaman terutamanya usus.
2)Ambil sumber protein terbaik seperti Esp Shaklee atau Meal Shakes.Bertujuan untuk menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat disamping memperbaiki sel-sel yang lama dan rosak.

Semoga anda semua lebih bersemangat untuk konsisten dan hidup lebih sihat.

SIHAT ITU JIHAD😊

By,
Ummu Safura.










Ketika kita berpuasa, kesegaran tubuh badan akan berkurangan. Kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Selain itu, bibir akan mula menggelupas dan kulit juga akan menjadi kering. Ini berpunca akibat dehidrasi dan kekurangan nutrien dalam badan kita.

Berdasarkan pengalaman ummi dan pembacaan daripada pelbagai sumber, ummi rangkumkan tips-tips untuk kekal cergas bertenaga ketika berpuasa.
Semoga ia bermanfaat dan membantu memudahkan kalian semua menjalani ibadah puasa kali ini.

KETIKA SAHUR.

1.Jangan skip sahur.
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi,air dan tenaga untuk amalan berpuasa.

2.Carbohydrate Complex.
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa sahur.Kenapa?
Kerana karbohidrat kompleks membekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Contoh sumber roti perang,nasi perang,atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI(Glicemic Index).

3.Target kalori:dalam 500 kcal.
Secara purata,target pengambilan kalori untuk hidangan sahur dalam lingkungan 500 kcal.Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.

4.Protein yang bersih.
Makanan yang berprotein seperti ayam dan ikan sangat mengenyangkandan mengambil masa berjam-jam untuk melalui proses penghadaman.

5.Elak garam.
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya, betul bahawa garam penting untuk kurangkan dehydration semasa bersukan tetapi dalam keadaan berpuasa pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng lagi mempercepatkan lagi dehydration dan akan membuatkan kita cepat berasa haus.

6.Elak Kafein.
Kafein dalam minuman seperti teh tarik,teh hijau,nescafe,kopi,milo dan lain-lain adalah deuretik.Ia bermaksud minuman jenis ini memaksa badan buang air.Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa.

7.Kenali kandungan kafein minuman.
Air gas,teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein.Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza.Jadi kalau nak minum air coklat(contohnya) tidaklah menjadi masalah cuma perlu kurangkan kuantiti pengambilan.

KETIKA BERBUKA.

1.Bermula dengan kurma.

Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama).Sebiji hingga 3 biji saiz sederhana sudah memadai untuk bekalan tenaga.

2.The 20 minit rule.
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang mengambil masa 20 minit.Kalau kita melantak makanan sepanjang 20 minit itu,kemungkinan besar kita akan makan berlebihan.

3.Target kalori:dalam 700 kcal.
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal.Tetapi, kita tidak kira betapa manis dan sedapnya kuih-muih yang disediakan.Maka bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan.

4.Tiga jenis air.
Semasa berbuka, sediakan tiga jenis air.Air panas untuk bantu panaskan sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam.Air kosong untuk hilangkan dahaga dan ia tidak berkalori.Air manis untuk nafsu tapi jangan minum berlebihan!


SENAMAN KETIKA BERPUASA.
Boleh lakukan senaman ringan lebih-lebih lagi ketika hampir ke waktu berbuka puasa.

SUPPLEMENT UNTUK BERPUASA.
Ummi mencadangkan untuk mengambil Set Mighty Triple Gems Shaklee.Ia membantu anda lebih bertenaga serta melengkapkan nutrisi dan zat kepada tubuh badan.
Boleh klik DISINI untuk mengetahui lebih lanjut.

Semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh berkualiti serta lebih proaktif.

Salam Ramadhan,
Ummu Safura.











Assalamualaikum w.b.t..
Pejam celik pejam celik kita sudah pun memasuki 6 Ramadhan berpuasa.Masih panjang lagi tempoh untuk kita menjalani ibadah puasa hingga selesai Ramadhan kali ini.Walaupun berpuasa, tugas-tugas harian tetap perlu dijalankan seperti biasa dan ditambah dengan ibadah sunat seperti solat terawih, sunat tahajjud, bertadarus dan banyak lagi. Sebab itu sangat penting untuk kita kekal cergas bertenaga ketika berpuasa sepanjang hari.Rasanya tidak terlambat untuk ummi memperkenalkan Set Mighty Triple Gems Shaklee kepada semua.

Apa itu Set Mighty Triple Gems Shaklee?
Ia adalah gabungan tiga jenis supplement dari Shaklee iaitu Esp Shaklee, Meal Shakes dan Performance Drink.

Siapa yang sesuai untuk mengambil Set Mighty Triple Gems Shaklee?

  1. Ibu yang menyusukan anak
  2. Ibu yang sedang mengandung
  3. Individu yang kerap diserang gastrik
  4. Kanak-kanak yang hendak puasa
  5. Golongan tua yang kurang makan pada waktu sahur
  6. Individu yang ingin kekal bertenaga sampai ke petang
  7. Individu yang sedang berpuasa sunat
Okay, mari kita lihat kebaikkan setiap supplement dalam Set Mighty Triple Gems ini.

1.Energizing Soy Protein(ESP Shaklee)
  • Ia adalah sumber protien terbaik dan lengkap yang mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan dalam pembentukan sel badan.
  • Membekalkan tenaga yang berpanjangan.
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama dari biasa.
  • Sumber protein ini diperlukan untuk kuku,rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan(milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik index yang rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
2.Meal Shakes Vanilla Shaklee.
  • Dinamakan juga 'easy-the-go-meal' kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kadungannya yang lengkap membekalkan nutrien keperluan harian.
  • Ia sesuai untuk kanak-kanak yang aktif serta mereka yang tidak sempat ambil sarapan dan hidangan seimbang.Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar menelan supplemen berbentuk pil terutamanya golongan tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih)Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang dipelukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium,fiber dan protein.
  • Pilihan terbaik dan rendah lemak serta rendah glisemik indeks.
  • Rasa French Vanilla yang enak, boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu dan minuman kegemaran lain.
3.Shaklee Performance Pure Hydration Drink.
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milkbooster atau minuman penambah susu sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan  tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa.
Banyak lagi manfaat dan kelebihan Shaklee Performance Pure Hydration Drink DISINI.


Anda berminat untuk dapatkan Set Mighty Triple Gems ini beserta konsultasi yang eksklusif, boleh klik:


Ummu Safura,
Pengedar Shaklee Semenyih & Seluruh Msia.
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email:ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com











Assalamulaikum..apabila tiba bulan Ramadhan,ramai yang mencari juadah berbuka yang ringkas tetapi menyelerakan.Jadi, kali ini ummi kongsikan satu resipi bubur lambuk.Mudah sahaja cara membuatnya.Resipi ini adalah untuk sukatan yang ramai makan.Sesuai untuk buat jamuan makan  atau untuk disedekahkan kepada jiran tetangga.

Bahan-bahan:

6 pot beras Cap Rambutan
2 biji bawang merah/besar(dikisar)
5 ulas bawang putih(dikisar)
3 biji bawang besar(dihiris)
5 ulas bawang putih(dihiris)
1 inci halia(dikisar)
3 batang serai(diketuk)
4 sekawan(bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih)
1@ 2 sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk jintan dan serbuk ketumbar
3 sudu besar biji lada hitam(ditumbuk)
Isi ayam @ daging atau ayam kisar(ikut kehendak masing-masing, lagi banyak lagi sedap😋)
4 ketul kiub ayam
daun sup
kacang mata hitam
3 batang lobak merah
5 biji kentang
1 kilo santan pekat/santan kotak



Cara-cara:

1.Basuh beras dan rebuskan dahulu sehingga lembut.Sambil basuh beras boleh berzikir "Ya Latiff".Mudah-mudahan orang yang makan menjadi lembut hati dan mudah melakukan kebaikkan.


2.Sediakan bahan yang dikisar serta bahan menumis.

Ini adalah bahan untuk dikisar.Potong kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar dengan blender.


Di atas papan cencang itu adalah bahan menumis.Bawang merah, bawang putih dan 4 sekawan.


3.Panaskan periuk dengan minyak.Kemudian tumiskan 4 sekawan dan bahan menumis sehingga wangi barulah masukkan bahan yang dikisar tadi. Jangan lupa masukkan serai ye..Biarkan seketika sehingga separuh garing.

4.Masukkan rempah sup,serbuk jintan,serbuk ketumbar ke dalam periuk.Tumis sehingga rempah masak.



5.Kemudian masukkan sedikit air,isi ayam yang dipotong kecil,sup bunjut,kiub ayam,kacang mata hitam yang telah direndam tadi.Biarkan sehingga mendidih atau isi ayam dan kacang lembut.



6.Setelah mendidih, masukkan lobak merah dan kentang.Biarkan ia masak sekejap kemudian masukkan beras yang telah direbus tadi.Kacau hingga sebati.Biarkan seketika.

7.Masukkan santan pekat serta perasakan dengan gula dan garam.Masak ikut kepekatan bubur yang dikehendaki.Biarkan mendidih sehingga bubur masak semuanya.

8.Setelah siap boleh dihidangkan dengan hiasan daun sup serta bawang goreng.

💖Selamat mencuba dan menjamu selera💖

By Ummu Safura...

Bagaimana ummi terjebak untuk menjalankan bisnes Shaklee ini?


Ummi mengamalkan vitamin Shaklee sejak tahun 2014.Awalnya ummi mencari vitamin untuk merawat gastrik sendiri.Tertarik dengan apa yang dipost oleh seorang kakak senior yang dulunya kami sama-sama belajar di Mesir.Kini, ummi telah pun menjadi bisness partner bersamanya.Selepas beberapa bulan mengambil Alfalfa Complex,ummi merasakan kebaikan nya.Perut dah kurang pedih-pedih,kebas-kebas dan bengkak tangan kaki pun semakin hilang.Paling menakjubkan, gastrik yang ummi alami sejak kecil ini semakin dapat dikawal dan boleh sembuh dengan izin Allah jua.

Kemudian ummi mencuba vitamin B-complex Shaklee.Asalnya tujuan ambil vitamin ini sebagai persediaan kesihatan terbaik sebelum menjelang hari perkahwinan ummi.Untuk pengetahuan semua, B-complex Shaklee ini beserta asid folik yang sangat diperlukan untuk bayi dalam kandungan disamping memberikan kualiti darah merah yang sihat.

Sehinggalah ummi berkahwin, mengandungkan mujahidah solehah kami dan berpantang serta menyusukan cukup 2 tahun.Ummi kekal amalkan vitamin Shaklee.Vitamin Shaklee banyak merubah kualiti tahap kesihatan ummi dan keluarga kami.Teringat kenangan-kenangan di Mesir, ummi mengandungkan mujahidah solehah kami dalam keadaan masih belajar.Rutin harian ummi yang padat sebagai seorang pelajar, juga berkhidmat buat persatuan belajar disamping menggalas tanggungjawab hakiki sebagai seorang isteri. Bukan sesuatu yang mudah semua itu.

Pada tahun 2015 setelah mujahidah solehah kami dilahirkan,ummi bergiat aktif dalam bisnes Shaklee sambil belajar.Sebenarnya sebelum itu lagi ummi sudah pun berniaga.Tetapi apabila melihat dan berfikir pelbagai faktor, ummi memilih untuk serius dalam bisnes Shaklee ini.Banyak perkara yang ummi dapat dan belajar.Awalnya ummi menolak sangat bisnes MLM ini, tapi setelah mengkaji dan bertanya orang yang alim mengenainya, barulah ummi yakin untuk teruskan bisnes Shaklee ini.Dengan keizinan suami serta doa darinya, ummi terus melangkah laju menjalankan bisnes ini tanpa jemu. Ditambah lagi apabila memikirkan kami perlukan pendapatan yang lebih buat keluarga.

Pada awal kemunculan saya dalam dunia bisnes Shaklee, penjualan Shaklee ummi hanya menerusi facebook sahaja.Ummi masih belajar menyesuaikan diri lagi.Almaklum lah ummi sebenarnya sangat malu dan kurang mahir dalam menggunakan media sosial yang ada.Apabila ummi bertambah lama dalam bisnes Shaklee, ummi dapat menguruskan perasaan malu itu menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya.Kini, ummi bersyukur dapat wujudkan blog sendiri dan boleh berkongsi pelbagai kebaikan dengan semua pembaca.


Alhamdulillah, bisnes Shaklee ummi semakin berkembang di bawah team Safura Empire.Ditambah lagi sokongan dan dorongan yang padu daripada suami untuk lebih fokus dan bersungguh-sungguh.Ummi semakin bersemangat untuk mengembangkan lagi empayar bisnes ini bersama anak cucu Shaklee.Ummi akan mendidik mereka sehabis daya dan selalu berdoa buat kejayaan mereka kelak.Kalau nak tahu team ummi ada yang menjadi pengedar Shaklee di Mesir tau😉

Okay, sampai disini dulu ye, in sya Allah ummi akan berkongsi pada lain entri.
Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan..

Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza!