Bismillah...
Dalam Entri kali ini Ummu Safura nak berkongsi dengan semua cara -cara untuk mendapatkan kulit cantik berseri bak bidadari..



Pasti ramai yang mengidamkan kulit yang sihat, cantik, tanpa cacat cela, dan berseri selalu. Tahukah anda bahawa semua itu perlu diurus bermula dari dalam. Selain mengambil pemakanan yang sihat, cukup nutrisi, air yang cukup, senaman ,vitamin tambahan juga sangat diperlukan.

Suka untuk Ummu Safura mengesyorkan beberapa vitamin yang boleh membantu dalam penghasilan kulit yang cantik berseri.

#THE RADIANT 4 SET

Di dalam set ini mempunyai 4 jenis vitamin seperti kolagen, Esp, Vita-C dan GLA Complex.
Vitamin-vitamin bertindak melalui 4 fasa dan fasa-fasa inilah sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri serta sihat luar dan dalam.



1) Collagen powder Shaklee

Pasti ramai telah mengetahui bahawa kolagen Shaklee jauh lebih bagus dalam pasaran. Hal ini kerana setiap paket kolagen shaklee mengandungi 4000 mg kolagen daripada Red Snapper Scales(RSS) iaitu ikan merah mempunyai sisik yang berkualiti.

Antara kandungan lain yang terdapat dalam kolagen Shaklee:
-Ekstrak biji Camelia Japonica yang bertindak sebagai bahan pelembap dan membantu kesuburan rambut.
-Ekstrak Pfaffia yang menjadi perangsang penghasilan acid hyaluronic secara semulajadi yang membantu memelihara keanjalan kulit.
-Ekstrak kulit kerang lautan mempunyai glucosamine yang boleh membantu kesihatan sendi dan mengekalkan kelembapan bahagian mata.(elak eyebag dan bulatan hitam mata)
-Lactobacillus acidofilus bertindak mengekalkan kesihatan usus agar penyerapan kolagen dapat dimaksimumkan.
-Vitamin C yang menjadi bahan antioksidan dan agen awet muda.
-Vitamin B2 dan B6 bertindak membantu memetabolismakan protien dan karbohidrat supaya kulit dapat menghasilkan kolagen semulajadi.

2)Energyzing Soy Protien @ Esp Shaklee

Apa yang istimewa Esp Shaklee ni?  sehinggakan ramai yang mendambakannya.
Ia adalah daripada protien soya berkualiti tinggi.Dipatenkn dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo,horliks,susu atau jus buahan.Esp tidak digalakkan dibancuh dengan air panas bimbang menyebabkan protien termusnah.

Tahukah anda???
25 peratus tubuh badan kita adalah daripada protien.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot dan sebagainya.
SEL ~ TISU ~ ORGAN ~ SISTEM
Protien juga merupakan makanan utama bagi sel tubuh badan manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat sihat dan cergas.

3)Sustained Release Vita-C Plus

Merupakan vitamin C yang diformulasikan dalam bentuk sustained-release.Ini bermaksud ia dilepaskan secara berperingkat dalam tubuh badan kita.Selain memberikan kelebihan untuk cantik ia juga membantu melindungi kesihatan dengan lebih optimum.Jadi dengan mengambil vita-C ini akan mendapat kulit yang cantik dan sihat.

Vitamin C juga merupakan antara yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel kulit dari terdedah dengan sinaran matahari(UV) yang mampu merosakkan sel kulit kita.Apabila sel-sel kulit mula terjejas, ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakkan dan kesan terhadap kulit wajah.Contohnya seperti kulit kusam,sensitif,kulit menjadi merah-merah,jeragat dan jerawat mula membentuk.

Keistimewaan vita-C ini yang diekstrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Fungsi bioflavonoid ini membantu menentang bakteria dan radikal bebas.Ia juga bertindak meningkatkan tahap keberkesanan penyerapan vitamin c dalam tubuh badan.

4) GLA Complex

Kebanyakkan GLA(gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil(EPO). Manakala Gla Shaklee ini diekstrak daripada Borage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam EPO. Nampak tak kelebihan nya..
Borage ini juga adalah 3 kali lebih dari segi boiavailability dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
Setiap kapsul ini mengadungi lebih 300 mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik omega-6.Ia juga dipatenkan dengan gabungan minyak sunflower dan vitamin E umtuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.


Specialnya Gla Complex Shaklee...
Kesimpulannya, Gla Shaklee sangat bagus untuk mengatasi masalah jeragat(bintik penuaan),parut jerawat(tona kulit lebih sekata),kulit kering(kulit lebih lembut,lembap,berseri ,kemerahan),dan rambut kering.

Setelah mengetahui vitamin-vitamin yang diperlukan untuk kulit cantik berseri, anda juga perlu mengetahui setiap kandungan, kelebihan dan tahap keberkesanan. Hal ini kerana untuk memastikan setiap pelaburan kesihatan dan kecantikkan mendambakan hasil yang lumayan.



Maka Shaklee merupakan jenama pilihan ramai yang telah melalui "landmark Study" dan selamat,berkesan serta semulajadi.

Anda boleh terus hubungi Ummu Safura untuk membuat pesanan dan mendapatkan khidmat konsultasi yang paling eksklusif beserta jadual makan yang efektif.

Ummu Safura
ID 1180191

Whatapp +201121180773
FB Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email ohsemummi.blogspot.com




CINTA ITU BUTA: BETUL KE?

Assalamualaikum semua pembaca,
mudah-mudahan selalu berada dalam rahmat kasih sayang Allah.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Nya yang masih kekalkan kita dalam nikmat Iman dan Islam.
Selawat juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad yang membawa kita mengenal Allah Taala.

Buat entri pertama ini, suka untuk saya berkongsi pengalaman bagaimana jatuh cinta dengan Shaklee. Ia adalah satu produk kesihatan ternama yamg banyak membantu meningkatkan kualiti kesihatan saya dan keluarga.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.
Nama diberi oleh mak abah Aina Nadzirah Mohd Yunus. Dalam keluarga mesra dengan panggilan Kak Anne. Teman-teman boleh panggil dengan gelaran Ummu Safura. Alhamdulillah sudah menjadi surihati buat suami tercinta dan kini dikurniakan seorang mujahidah solehah lagi bijak.

Sekarang masih diberi rezeki untuk menuntut ilmu dalam pengajian Bahasa Arab dan kami sekeluarga tinggal di Mesir hampir 7 tahun. Menjadi cabaran yang besar dalam keadaan kita seorang pelajar, juga isteri dan ummi. Sebab itu nilai kesihatan sangat berharga buat saya dan suami supaya kami dapat laksanakan setiap tanggungjawab dengan sempurna.

# Travelog Shaklee
Kisah cintaku dengan Shaklee...

Alkisahnya bermula,
Pada tahun 2012 di Mesir, Ummu Safura merupakan antara pimpinan pelajar Selangor yang menguruskan kebajikan anak-anak Selangor dibumi Nabi Musa. Maka bermulalah kehidupan yang penuh tanggungjawab disamping tugas hakiki sebagai penuntut ilmu.

Siang hari masa ke kuliah, petang dan malam masa berpersatuan. Terlalu banyak kudrat yang diperlukan untuk melunaskan semua tanggunggjawab ditambag cara hidup di Mesir lebih banyak berjalan kaki. Sampailah satu keadaan dimana badan kerap tidak sihat. Kakak senior ada mencadangkan supaya mengambil vitamin tetapi Ummu Safura risau dan takut dengan ubat yang sebarangan.(masa ni tak tahu lagi beza ubat dengan vitamin)

Ummu Safura pun cuba mencari dan ikhtiar macam-macam. Tapi hasilnya tahap kesihatan tetap sama. Disamping Ummu Safura selalu doa minta pada Allah berikan jalan keluar.Sampailah bertemu dan terbaca satu perkongsian seorang kakak senior Ummu Safura pada tahun 2014.Kini dia menjadi leader yang hebat dalam bisnes Shaklee.

Itulah pertama kali Ummu Safura kenal SHAKLEE. Produk pertama yang Ummu Safura ambil ialah Alfalfa Complex. Masa ni nak ikhtiar penyakit gastrik Ummu Safura yang dialami sejak kecil. Disebabkan sudah tidak larat nak bergantung dengan ubat doktor yang pelbagai, dan fungsinya hanya mampu menahan daripada sakit gastrik sahaja, Ummu Safura sedar perlunya ikhtiar supaya cepat sihat. Mana tak nya daripada gastrik ni lah Ummu Safura akan dapat sakit yang pelbagai seperti pedih ulu hati, badan berangin sampai bengkak kaki tangan, sakit sendi dan lain-lain.

Untuk pengetahuan semua, dengan Alfalfa boleh merawat gastrik dan Ummu Safura juga ada ambil B-complex with folic acid. Boleh take note ye bakal-bakal pengantin, 3 bulan sebelum perlu ambil asid folik. Penting untuk proses hamil selepas tu.

Alhamdulillah, dengan izinNya keadaan gastrik semakin kurang. Tidak perlu lagi Ummu Safura membawa makanan setiap kali keluar rumah. Lagi-lagi kat mesir susah nak jumpa makanan ikut selera kita, maklumlah hidup kat negara orang kan..Teringat Ummu Safura pernah sampai tahap menggeletar satu badan sebab tahan sakitnya gastrik ni.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan masa tu.

Ummu Safura juga ada amalkan vitamin Shaklee semasa mengandung,pantang sampailah sekarang.Alhamdulillah berjaya menyusukan mujahidah solehah ummi yang sekarang sudah berusia setahun lima bulan. Dan sekarang Ummu Safura mengambil Esp, Vita-C, Ostemetrix, kolagen, dan banyak lagi.Rasa berbaloi melabur untuk kesihatan diri dan keluarga sendiri. Alhamdulillah asbab Ummu Safura amalkan Shaklee, kualiti kesihatan lebih baik, imunisasi pun lebih kuat. kalau rasa nak demam atau sakit-sakit badan cepat-cepat ambil Vita-c dengan Ostemetrix. Suami pun turut bagi sokongan untuk kita sama-sama bina keluarga yan sihat dan kuat.

# Kenapa Ummu Safura pilih bisnes Shaklee?



💖I love Shaklee very much. Ummu Safura gembira apabila hidup kita sihat, kita dapat bagi banyak manfaat buat orang tersayang khususnya buat Islam.
Jadi memang tidak rugi melabur buat kesihatan untuk hidup yang lebih bermakna. Sihat anugerah terindah buat kami sekeluarga.

💖Shaklee merupakan bisnes yang tidak perlu simpan stok. Hanya klik-klik online Shaklee2u barang pun boleh sampai pada pelanggan.Nampak macam mudah bukan, setiap bisnes perlukan semangat yang besar dan jiwa yang kental.

💖Paling penting Shaklee bukan produk biasa cap ayam ke, ia ada kajian klinikal(landmark study),ada saintis hebat yang banyak buat kajian dan setip kajian terdapat dalam jurnal shaklee.Hebatkan...

💖Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi yang pertama. syarikat ini juga sudah lebih 50 tahun kekal di pasaran.

 ðŸ’–Yang ni penting sangat..Shaklee produk yang Halal
Perkara pertama yang wajib tengok sebelum kita ambil sesuatu produk tu mesti kena tahu halal ke tak benda ni kan. Benda nak makan jadi perlu kepastian status halalnya. Alhamdulillah produk Shaklee ini halal untuk dimakan tau. Boleh rujuk sijil halal Shaklee.


Anda berminat nak tahu lagi?
Boleh join team Safura Empire..Kita belajar bersama menbina impian merealisasikan cita-cita..
Menukar jenama boleh mengubah hidup anda.

APA YANG ANDA FIKIR, ANDA LIHAT
APA YANG ANDA FIKIR, ANDA BUAT
APA YANG ANDA FIKIR, ITULAH ANDA

Salam Ukhuwah,
Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia Mesir

Whatapps +201121180773
FB Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email ummusafura2104@gmail.com
Blog ohsemummi.blogspot.com