Pernah tak anda terfikir adakah sumber protein yang diambil selama ini terbaik?

Protein adalah kunci untuk memperbaiki sel, membangun otot,membakar beberapa kilogram lemak, mempengaruhi kerja enzim, hormon, kekebalan tubuh, dan keseimbangan cairan dalam organ tubuh.

Tanpa protein, sistem dalam badan tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Jika kekurangan protein yang serius, boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dan seterusnya menyebabkan kematian.

Sebenarnya, yang terpenting bukan hanya seberapa banyak protein yang kita ambil tetapi perlu juga melihat sumber proteinnya.

Ummi sendiri amalkan Esp Shaklee. Setelah melalui banyak ujian klinikal yang luas dan menyeluruh, Dr.Shaklee berjaya hasilkan Energizing Soy Protein(ESP) dengan menggunakan kacang soya Non-GMO(Genetically Modified Organism), melalui  Identity Preserved Program(IPP). Ini bermaksud kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubah genetiknya secara kimia.

Untuk pengetahuan semua, kacang soya NON-GMO ini dicuci dengan air dan diproses pada suhu yang sangat rendah untuk mengekalkan kualiti dan zat yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ianya tidak diproses dengan alkohol seperti pemprosesan kacang soya lain.

Walaupun protein soya ESP terkenal dengan kualitinya yang terbaik, ada juga segelintir yang mempersoalkannya.

Kenapa tak makan daging, minum susu lembu, atau makan keju untuk dapatkan sumber protein?

Kenapa perlu ambil protein soya?

Apa hebatnya protein soya ESP ni?

Kalau nak tahu, sebenarnya sumber protein soya ESP ni daripada tumbuhan. Daripada kacang soya. Biasa kita ambil sumber protein haiwan seperti daging lembu dan lain-lain.

Protein soya ESP Shaklee ni mengandungi karbohidrat dan serat, manakala daging tidak. Protein soya juga tidak mengandungi lemak tepu tetapi sumber protein daripada daging mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan penyakit jantung jika diambil berlebihan. Protein soya mengandungi lemak tidak tepu termasuklah asid lemak Omega-3 yang mana sangat diperlukan untuk kesihatan jantung sekaligus dapat menurunkan risiko penyakit kronik.

Kalau sumber daripada WHEY PROTEIN???
Pun TIDAK BAGUS!

Whey adalah bahan yang terhasil semasa pembuatan keju. Ini bermaksud, Whey dibuat daripada susu lembu dan tidak sesuai untuk mereka yang lactose intolerant atau alah dengan susu lembu.


ESP Shaklee ini juga mengandungi 9 jenis asid amino penting yang lengkap yang mana tubuh badan kita tidak dapat hasilkannya. Serta diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungannya yang rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik, dan rendah Indeks Glisemik(GI) mampu memberi rasa puas dan kenyang yang lama.

Anda dah jumpa sumber protein TERBAIK untuk diamalkan dalam diet seharian?

Ummu Safura ada jawapannya.

Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Blog: ohsemummi.blogspot.com
Wassap: +201121180773
Email: ummusafura2104@gmail.com

Shaklee Semenyih
Shaklee Seluruh Msia Mesir
ID 1180191










Assalamualaikum..
Pasti ramai antara kita pernah melalui masa-masa lemah semangat, atau semangat jatuh. Kali ini ummi kongsikan antara tips untuk membangkitkan kembali semangat kita setiap hari. 

1.BERSYUKUR
Sebenarnya rasa syukur terhadap apa yang telah dicapai akan membuatkan anda lebih inspirasi untuk mencapai hal yang lebih besar. Anda akan bersemangat untuk mencapai impian seterusnya. Walaupun pasti akan datang ujian-ujian kecil disepanjang perjalanan hidup.


2.SENYUM
Semua orang tahu, senyum adalah hal kecil yang paling mulia dan mudah nak buat. Senyum memiliki manfaat yang besar terhadap tubuh badan kita. Dengan senyum akan memberi energi positif terhadap orang yang melakukannya. Seteruk manapun mood kita pada waktu itu, dengan senyum akan memberi kekuatan semangat untuk mencapai tujuan hidup.Rasulullah bersabda:"senyummu dihadapan saudaramu(sesama muslim) adalah bernilai (sedekah) bagimu".


3.MEMOTIVASI DIRI
Ini juga merupakan tips penting untuk membuat kita semangat setiap hari. Dengan motivasi diri kita mampu cipta semangat yang luar biasa dalam menolak energi negatif yang membuatkan kita lesu dan lemah. Setiap orang pasti ada tujuan hidupnya.Fikirkan lah..Fokus, kemudian beri pilihan pada diri untuk mencapai tujuan dan impian tersebut dengan bersemangat setiap hari.


4.PERCAYA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI
Apabila percaya dengan kemampuan diri, ini bermakna selangkah makin hampir dengan impian anda. Anda akan terus bersemangat untuk mencapai impian walaupun diuji dengan kegagalan, anda ambil ia sebagai pelajaran hidup.Hidup perlu diteruskan.


5.NIKMATI PAGIMU!
Bermaksud dengan bangun pagi awal, kemudian solat subuh awal, nikmati sinar pagi yang bermanfaat,olahraga ringan, sarapan. Cara ini sangat mempengaruhi tubuh dan hormon kita yang mencipta energi positif dan memberi semangat setiap pagi.

Itulah 5 tips yang ummi kongsikan. Jangan lupa untuk sentiasa lebih berdoa dan beribadah untuk dekat kepada Sang Pencipta.Kerana hanya 50% sahaja kejayaan hidup datang dari semangat diri, manakala selebihnya adakah daripada doa dan munajat sepertiga malam bersama Allah..

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal😊


Assalamualaikum..


Sedarkah kita sekarang sudah masuk Syaaban dalam bulan Islam. Maka ramailah yang bersegera nak habiskan puasa yang belum diganti. Tidak ketinggalan juga buat ibu yang sedang hamil atau menyusukan anak. Kerisauan yang paling besar adalah keupayaan berpuasa ketika Ramadhan nanti. Mana tidaknya, ditambah pula cuaca Malaysia yang semakin panas membuatkan kita cepat letih dan lesu.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya dengan pengambilan makanan tambahan dan nutrien yang cukup boleh membantu mengatasi masalah ini. Disamping mengambil pemakanan yang betul dan air yang cukup.

Ummi suka berkongsi pengalaman sendiri setelah hampir 3 tahun mengambil Esp Shaklee semasa sahur. Kesan nya sangat berbeza daripada sebelum-sebelum ini. Tambahan pula, pada waktu itu ummi berpuasa sambil menyusukan mujahidah solehah kami di bumi Mesir yang mana semua orang tahu kepanasannya lebih daripada Malaysia.


Antara kebaikkan yang ummi dapat rasa adalah rasa kenyang lebih lama. Biasa ummi ambil Esp Shaklee semasa sahur dikisar dengan kurma dan madu. Rasanya sangat lazatt..nak sedap lagi buat malam sebelum sahur. Kiranya dibiarkan semalaman.Boleh juga ia dibancuh begitu sahaja atau campur dengan jus buah. Selepas minum Esp Shaklee, ummi akan makan sedikit nasi atau sedikit roti. Sekiranya tidak sempat, ummi hanya bersahur Esp Shaklee sahaja.

Kebiasaannya, ummi akan pastikan kuantiti air masak yang diambil cukup. Jadi ummi akan rasa segar seharian berpuasa. Ditambah lagi dalam keadaan menyusu anak, keperluan air dalam badan perlu lebih lagi.

Bagaimana Esp Shaklee ni berfungsi?



Untuk pengetahuan semua, kandungan Esp Shaklee terdiri daripada 9 jenis amino asid penting yang tubuh badan kita tidak dapat hasilkan. Jadi kita perlu ambil daripada makanan tambahan seperti Esp Shaklee. Esp ini juga adalah berasaskan soya non- GMO yang mana tidak diubahsuai genetiknya.

Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Esp Shaklee ini juga rendah index glisemik. Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.

Apabila sahur ambil Esp Shaklee, protein soya ini lambat terurai dan tenaga sel kekal berpanjangan dan memberikan rasa kenyang yang lama.

Sekarang sudah jelas bukan?
Kenapa ramai orang mencari Esp Shaklee. Lagi-lagi nak masuk bulan puasa ni. Oh ya, sekarang masih promosi Esp Shaklee..Jemput beli ye.

Ummu Safura

Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Blog: ohsemummi.blogspot.com
Wassap: +201121180773
Email: ummusafura2104@gmail.com

Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia Mesir



Assalamualaikum..


Hari ini bersamaan 21 April, genap mujahidah solehah kami berusia 2 tahun dihidupkan atas muka bumi Mu. Seinfiniti kesyukuran kami panjatkan kepada Mu kerana masih izinkan kami menjaga anugerah terindah ini.


Diberi nama Safura Thuwaibah sempena mengambil keberkatan nama mujahidah islam. Safura merupakan isteri kepada nabi Musa dan anak kepada nabi Yaakob.

Safura adalah seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya, dia juga isteri yang kuat memberi dorongan serta semangat berjuang buat suami tercinta.

Thuwaibah pula merupakan nama ibu susuan Nabi Muhammad yang pertama sebelum Halimatussa'diah. Juga digelar dengan Thuwaibatul Islamiyah..


Setiap ibu bapa pasti punya harapan buat amanah mereka. Begitu juga kami. Jauh dari sudut hati kami berdoa selalu, semoga mujahidah solehah kami ini taat perintah Allah dan Rasul Nya, diberi kefahaman islam yang jelas, memberi manfaat buat agama dan seluruh manusia.

Buat pembaca yang soleh dan solehah semua, doakan mujahidah solehah kami ini sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan moga dalam jagaan peliharaan  Allah selalu.

'Coretan Baby Shaklee Ummi'

Ummu Safura
21 April 2018
11.32 pm


Assalamualaikum...
Bagi sesiapa yang pernah mengalami gastrik pasti tahu sejauh mana kesakitannya. Ada orang sampai muntah, ada juga yang sampai terguling-guling menahan sakitnya. Tidak ketinggalan juga orang yang pitam, sukar bernafas dengan baik, dan macam-macam lagi.

Satu cara yang paling berkesan dan semulajadi ummi kongsikan kali ini untuk merawat gastrik.

Bagaimana ESP SHAKLEE merawat gastrik dengan berkesan?

Untuk pengetahuan semua, salah satu fungsi Esp Shaklee adalah untuk merawat gastrik.

Gastrik berlaku apabila kelenjar perut kita merembeskan asid hodrolik berlebihan. Dengan pengambilan Esp Shaklee setiap hari mampu bertindak meneutralkan asid tadi kerana ia bersifat alkali.

Selain itu, Esp Shaklee juga mampu membina sel-sel lama yang rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan berlaku.


Bagi keadaan seorang pesakit gastrik, perutnya bukan sahaja mengalami masalah asid yang berlebihan, malah keadaan dinding mukosa perut telah menipis. kemudian berlaku luka-luka dan keradangan pada dinding perut sehingga tahap kronik menjadi ulser.


Sebenarnya, ubat untuk meneutralkan lebihan asid perut sahaja tidak cukup sebab perut kita masih perlu bekerja untuk proses makanan yang telah dimakan. Dan perut juga terus-menerus menghasilkan asid untuk proses penghadaman kita.

Oleh sebab itu, sumber protein yang lembut, bersifat alkali dan mampu meneutralkan lebihan asid dalam perut. Dalam masa yang sama menggalakkan penghasilkan sel-sel baru perut yang sedang mengalami keradangan.


Gabungan Esp Shaklee dalam menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru bersama B-complex, ostematrix dan papermint ginger untuk mengawal lebihan asid dalam perut serta membuang angin membantu mempercepatkan proses penyembuhan gastrik.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cara pengambilan vitamin Shaklee untuk sakit gastrik, boleh hubungi Ummu Safura:

Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Blog: ohsemummi.blogspot.com
Wassap: +201121180773
Email: ummusafura2104@gmail.com

Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia Mesir



Assalamualaikum..semoga semua pembaca dalam keadaan sihat selalu😊

Apabila kita mencari vitamin C dan mengambilnya sebagai makanan tambahan harian, haruslah kita mengetahui tentang manfaat nya supaya kita amalkan dengan ilmu.

Secara amnya, vitamin C Shaklee ini banyak manfaatnya.


Pertama, vitamin C Shaklee membantu dalam pembentukan kolagen kulit.
Sebenarnya, ia bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, tulang rawan. Oleh sebab itu, vitamin C mampu kurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik sebab vitamin C jadi perangsang pembentukan kolagen.

Manfaat yang kedua, vitamin C memperbaiki simptom pendarahan.
Untuk pengetahuan semua, vitamin C sangat sinonim dengan pendarahan. Sekiranya kurang pengambilan vitamin C dalam pemakanan seharian kita, gusi akan berdarah, ada lebam di kulit, kecenderungan pemulihan yang sangat lambat, kulit kering, ruam dan kasar.

Peningkatan sistem imun juga merupakan manfaat penting yang kita perolehi daripada vitamin C.
Vitamin C sangat sinonim sebagai imun booster. Ia bertindak dengan membantu membina sel darah merah  yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ia juga mencegah sel darah putih daripada bakteria dan kuman. Selain itu, vitamin C Shaklee ini berfungsi mengukuhkan sistem imun meningkatkan alergi hidung dan kulit, asma, meningkatkan waktu pemulihan tubuh badan, mengurangkan simptom flu dan selesema.

Manfaat keempat, membantu dalam memerangi kanser.
Vitamin C ini dikenali sebagai agen anti-oksidan yang berkuasa, mampu melawan sel kanser dan melawan kimia berbahaya di tubuh badan dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas yang serang sel kita.

Manfaat kelima ini pasti ramai wanita diluar sana paling suka.
Mencantikkan kulit. Dengan pengambilan vitamin C setiap hari, ia memberikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmentasi kerana pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Manfaat keenam pula, memperbaiki insomnia.
Sangat sesuai buat mereka yang sukar tidur. Jika diamalkan vitamin C Shaklee setiap hari, mampu memperbaiki gaya tidur kita, sebab vitamin C berkeupayaan memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Manfaat ketujuh, membantu mengekalkan kolestrol sihat.
Selain itu juga, vitamin C Shaklee mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan dalam darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arterioselerosis trombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah.

Jika nak dikongsikan manfaat vitamin C shaklee ini terlalu banyak. Bagi mereka yang telah ambil sebagai supplemen harian pasti telah merasai Shaklee Effect.

Sekiranya anda berminat kepada vitamin c Shaklee yang istimewa ini, boleh pm @ hubungi...

Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia Mesir
ohsemummi.blogspot.com
fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus

Keep In Touch n Love💖


Assalamualaikum semua pembaca.. Ummi doakan semua diberi kesihatan yang terbaik dan mampu melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan dengan sempurna.In sya Allah..

Alhamdulillah kali ini ummi masih diberi lagi kudrat untuk berkongsi dengan semua pembaca. Pasti ramai diluar sana yang masih mencari-cari bisnes yang sesuai untuk dibuat. Lagi-lagi kehidupan sekarang yang menuntut pendapatan lebih daripada biasa.

Untuk pengetahuan semua, ummi sendiri mula berbisnes semasa belajar lagi. Ummi merasakan dengan bisnes Shaklee ini sangat sesuai dilakukan oleh pelajar yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Jom!
Ummi kongsikan Kelebihan Bisnes Shaklee Kepada Student.

(1) YURAN RENDAH
Nak jadi ahli Shaklee hanya bayar rm79.50 sahaja. Itu pun termasuk kos postage member kit ke rumah. Sangat murah kan..Lebih murah daripada bajet kita makan seminggu agaknya. Kalau yang nak buat makan sendiri pun boleh jimat 20-30% untuk sebotol vitamin. Apalagi kalau nak buat bisnes Shaklee, pulangan sebulan boleh dapat banyak tau. Belum lagi masuk bonus-bonus yang Shaklee tawarkan..woowww nya..



(2) BISNES SECARA ONLINE
Dengan Shaklee kita ada peluang cari wang cara mudah. Bukan maksud ummi dengan goyang kaki pun duit masuk. Tapi kita boleh manfaatkan media elektronik yang ada sebagai mesin atm duit kita. Maksudnya buat bisnes secara online yang boleh dibuat dimana-mana. Jadi, sangat mudah bagi ummi yang masih belajar. Online di rumah boleh, di kuliah boleh, semasa perjalanan pun boleh. Hanya perlukan medium pengiklanan seperti fb, blog, instagram dan lain-lain. Dengan cara ini kedai ummi beroperasi 24 jam tanpa henti. Nak order barang, nak daftar ahli baru, nak cek bonus, semua dengan online.

(3) MASA YANG FLEKSIBEL
Dengan berbisnes online ini, kita tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun kita boleh jenguk kedai. Tidak perlu menghadap komputer atau handphone sahaja. Kebiasaannya waktu siang ummi sibuk menguruskan hal rumahtangga, anak dan bersiap ke kuliah. Jadi, ummi akan peruntukkan masa-masa terluang dengan berkualiti. Kalau ada kecemasan atau sakit ke, ummi tidak risau lagi. Tidak perlu untuk minta cuti. Kita boleh susun 24 jam masa dengan sebaiknya. Nanti kan perkongsian ummi tentang pengurusan masa antara bisnes, belajar, dan surirumahtangga bekerjaya..

(4) COACHING ONLINE
Bukan sahaja cari duit dengan online, buat coaching pun online tau. Meeting, seminar perkongsian, kelas-kelas produk, hanya di depan komputer sahaja. Dengan cara ini ummi mampu buat bisnes Shaklee walaupun ummi masih study di mesir lagi. Bayangkan downlines ummi diserata pelusuk negeri. Dalam keadaan kita laksanakan tugas- tugas rumah, atau belajar, kita boleh menimba ilmu bisnes lagi. Syaratnya ada internet pasti jadi!



(5) TIDAK PERLU MODAL BESAR. TIDAK PERLU SIMPAN STOK!
Ummi sendiri tidak pernah simpan stok sebelum ini. Apa yang ummi lakukan dengan konsep ala-ala dropship. Kita sebagai orang tengah mempromosikan dan berkongsi effect Shaklee kepada kawan-kawan. Jika ada kawan-kawan yang berminat, mereka akan masukkan duit kedalam akaun kita dahulu. Kemudian kita akan order online dengan Shaklee dan boleh dipos terus kepada alamat yang diingini. Biasa ummi akan pos order kepada orang yang jual kilo flight ke mesir. Haaa... mudahkan?

(6) DIJEMPUT MASUK KE SECRET GROUP
Pasti ada sedikit kerisauan buat mereka yang mula-mula join bisnes Shaklee. Untuk pengetahuan semua, Ummi akan memjemput masuk kedalam group khas bisnes. Di dalam group tertutup ini diberikan ilmu tentang vitamin(product knowledge), cara pemakanan yang betul, serta tips dan trick untuk jana pendapatan melalui bisnes Shaklee. Disamping mendapat sokongan antara satu dengan yang lain. Tiada istilah kedekut ilmu, jika ada masalah utarakan saja, ramai sahabat akan memberikan pertolongan.

(7) KELAS PERKONGSIAN ILMU, MOTIVASI, ILMU PERNIAGAAN, KEMAHIRAN LAIN-PELUANG!
Selain group coaching secara online, sebenarnya banyak lagi peluang lain yang diberikan di dalam bisnes Shaklee ini. Ada seminar berkaitan perniagaan, motivasi serta kenali potensi diri yang sebelum ini mungkin kita tidak tahu atau tidak ambil peduli. Ilmu-ilmu ini penting bukan sahaja untuk perniagaan tapi penting juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik bersam orang di sekeliling kita.


Alhamdulillah, setelah 4 tahun ummi join Shaklee, pelbagai kebaikkan dan pengalaman yang ummi dapat. Paling best yang ummi rasakan, walaupun ummi maish belajar, masih mampu jalankan bisnes ini bersama anak-anak downline yang ummi kasihi. Terus terang ummi katakan, bisnes Shaklee sangat mudah jika kita tahu teknik dan caranya. Yang penting pasang impian dan semangat untuk memajukan diri. Yang lain-lain kita akan belajar bersama-sama nanti. Lagipun bisnes ini boleh dilakukan secara sambilan/ part time atau sepenuh masa/ full time. Semuanya kita boleh tentukan sendiri kerana ini adalah bisnes kita sendiri.



Jika ada sebarang pertanyaan lain berkaitan bisnes, boleh terus diajukan kepada saya melalui FB (Aina Nadzirah Mohd Yunus) atau emel seperti dibawah. In sya Allah saya akan membalas secepat mungkin.



WhatApps/sms: +201121180773
Shaklee ID : 1180191
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com
Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Msia Mesir



Bagaimana mahu dapatkan sumber vitamin C?

Walaupun badan manusia mampu lakukan banyak pekerjaan, tetapi badan kita secara semulajadi tidak mampu menghasilkan vitamin dengan sendiri dalam tubuh badan.




Antara sumber yang kaya dengan vitamin C seperti buah beri, buah-buahan sitrus, sayuran hijau, avocado, anggur, kobis bunga, lemon, strawberi, oren.

Selain itu, kita juga boleh ambil daripada makanan tambahan seperti supplemen Shaklee.

Kenapa VITA-C SHAKLEE?




Cuba lihat pada botol vitamin C Shaklee, ada mention Vita-C and Citrus Bioflavonoids.
Bioflavonoids atau dikenali dengan vitamin C kompleks sangat berkawan baik dengan vitamin C. Gabungan ini mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria, dan radikal bebas.

Sekiranya anda ingin membeli vitamin C, ummi cadangkan pilih yang digabungkan dengan Bioflavonoids.

Kenapa dinamakan dengan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS?

Seperti yang kita tahu, vitamin C sangat mudah larut dalam air dan sangat mudah diangkut keluar melalui air kencing. Oleh sebab itu, syarikat Shaklee mencipta teknologi sustained release Vita-C. Ia akan dilepaskan secara berperingkat. Setiap biji vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg dan setiap sejam akan dilepaskan sebanyak 100 mg sahaja. Ini bermaksud ia dilepaskan secara berperingkat supaya ia kekal dalam badan lebih lama berbanding vitamin C jenis lain.

Sebenarnya ia telah terbukti dengan ujian klinikal bahawa 2 biji vitamin C Shaklee mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam berbanding vitamin C jenis lain yang dianggarkan tahan selama hanya sejam.

Vitamin C Shaklee MURAH SANGAT! Jika nak dibandingkan dengan bahan mentah lagi mahal.



Jom kita main kira-kira pula.😊
1 botol ada 180 biji.
Kos 1 botol rm 103.35
Rm 103.35 bahagikan dengan 180 biji bersamaan rm 0.57..
1 biji = rm 0.57

Okay, let's say 1 biji vitamin c Shaklee = 7 1/2 biji buah oren.
 1 biji oren sahaja sudah berharga sekitar rm 1.00,
7 1/2 biji oren = rm 7- rm 8 sebiji vitamin C

haaa...nampak tu..murah sangat vitamin C Shaklee.

Jadi, apabila kita nak timbang kira tentang keistimewaan vitamin C Shaklee dengan harga yang ditawarkan, amatlah jimat serta berbaloi sangat. Lagi-lagi Vitamin C Shaklee betul-betul selamat, semulajadi dan berkesan.

SHAKLEE...
ALWAYS SAFE
ALWAYS GREEN
ALWAYS WORKS

Berminat?
Hubungi @ pm Ummu Safura
ohsemummi.blogspot.com
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus

Shaklee Semenyih
Shaklee Seluruh Msia Mesir

Keep In Touch n Love💖
Baru-baru ini, ummi ada mendapat mesej yang bertanya tentang Vitamin C Shaklee. Ummi pun berkongsi segala kebaikkan dan keistimewaan Vitamin C Shaklee. Terus berjaya close deal 3 botol. alhamdulillah..kata nya buat kawan-kawan di mesir. Tambah lagi, keadaan bumi Mesir yang tengah musim panas. Pasti ramai yang kerap demam dan kurang sihat.

Tahukah anda?

Vitamin C ini juga dikenali sebagai asid askorbik yang mana ia merupakan zat nutrien penting yang sangat diperlukan oleh manusia.

Vitamin C ini sejenis vitamin yang bersifat ANTI-PENGOKSIDAAN.

# APAKAH ITU PENGOKSIDAAN?



Sudah menjadi lumrah, kita tidak akan lari daripada proses pengoksidaan. Proses pengoksidaan ini diperlukan untuk mengurai makanan, pernafasan, penuaan(mengganti sel-sel mati). Kesan sampingan daripada proses pengoksidaan menghasilkan radikal bebas yang mana terdiri daripada atom, molekul yang sangat aktif dan tidak stabil. 

Gambar-gambar di bawah ini sebagai rujukan kita untuk memahami bagaimana radikal bebas itu.



Sebenarnya, radikal bebas sangat bahaya kerana akan merosakkan sel-sel berhampiran dan kerosakkan di bawahnya boleh membunuh sel-sel lain. Kesan daripada itu, akan mempercepatkan pertumbuhan kanser, penyakit kardiovaskular, dan penyakit-penyakit berkaitan penuaan (menjadi tua sebelum masanya).

Bagaimana radikal bebas ini berlaku?

Ia boleh merosakkan membran-membran sel dan protin. Kemudian mengganggu proses dalam badan dan membentuk sel mutant iaitu sel abnormal.




Radikal bebas terbentuk daripada beberapa faktor yang terdiri dengan faktor luaran dan dalaman. Oleh sebab itu, agen anti-oksida seperti vitamin C sangat-sangat diperlukan untuk kawal radikal bebas ini apalagi pada zaman sekarang yang terdedah kepada pelbagai pencemaran.

Jom semua, kita hargai tubuh badan kita, satu anugerah daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Sihat itu Jihad,
Sihat itu anugerah terindah.

Ummu Safura.
Keep In Touch n Love💖







Assalamualaikum....

Hari ini suka untuk ummi berkongsi resipi pula. Kalau nak tahu, ummi ni suka sangat memasak. Lagi suka bila orang jamah makanan yang kita masak. Rasa seronok bahagia je..

Buat penggemar ulam-ulaman, resipi kali ini sangat enak dimakan. Sesuai juga buat mereka yang tengan diet dan eat clean. Hari ini dengan berbekalkan ulam raja dan daun salom, ummi buat je urab atau ada yang panggil kerabu ulam.

Anda juga boleh gunakan daun ulaman yang lain mengikut selera masing-masing. Untuk pengetahuan semua pembaca, antara keistimewaan daun salom ini boleh mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat kepada penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, salom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu turunkan paras gula dan kolestrol dalam pesakit diabetes atau kencing manis.

Bahan-bahan

- 1 cekak daun selon ( hiris kasar)
- 1 cekak ulam raja ( hiris kasar )
- 1 biji bawang besar (belah 4)*
- 3 ulas bawang putih *
- 3 batang cili besar (merah)*
- 1 genggam ikan bilis / 1 sudu kecil belacan*
- 1 biji kelapa parut putih

Cara-cara :

1) Bahan-bahan yang bertanda * digoreng dahulu
2) Setelah naik bau, bahan yang digoreng tadi di angkat dan ditumbuk lumat
3) Kemudian gaulkan bahan tadi dengan kelapa parut dalam kuali
4) Masukkan ulam-ulaman yang telah dihiris ke dalam kuali
5) Gaul sebati dan perasakan dengan gula dan garam

> SELAMAT MENCUBA <

Bagi sesiapa yang dah cuba resepi ni, kongsilah pengalaman anda di ruangan komentar ye..

Assalamualaikum..

"Tanda kita besyukur adalah membuktikan dengan amalan/tindakan"



Ummi bersyukur sangat dianugerahkan bisnes partner yang supportive. Melalui team building Shaklee selama 2 hari satu malam di Homestay Adelia's tempoh hari, memberikan ummi semakin jatuh cinta untuk menulis blog dan berkongsi dengan semua. Kali ini ummi suka nak berkongsi tentang apa yang dikatakan 'Aku Sebagai Bisnes Owner Shaklee'.

I Am BOS!
i AM BOS!
I am BOS!


Didalam Shaklee menawarkan peluang kejayaan yang sama kepada semua orang. Siapa pun kita suatu masa dahulu, ia tidak menjadi kayu ukur untuk kita menjalankan bisnes Shaklee.Untuk pengetahuan semua, antara pengisian kelas team building kami tempoh hari ialah tentang BIG WHY!
Apa dia push factor seseorang untuk terus kuat melaksanakan bisnes ini. Nak cerita tentang big why ini sangatlah panjang. In sya Allah ummi kongsikan di lain entri.

Pengisian kedua semasa team building kami adalah tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kami diminta untuk menyenaraikan seberapa banyak yang ada kemudian bentangkan kepada semua. Paling terkesan dalam diri ummi apabila setelah selesai sesi ini, hikmah yang dapat dilihat ialah semua orang adalah sama.Punyai kelebihan dan kelemahan diri. Tapi bagaimana kita meletakkan ia TEPAT pada tempatnya.Begitu juga tentang kelemahan diri. Jadikan ia sebagai batu loncatan diri untuk berjaya dalam hidup. Bukan kita memberikan banyak alasan.

Setelah selesai dua sesi ini, kami semua seolah-olah mendapat kekuatan baru dalam diri. Alhamdulillah..Kemudian diteruskan lagi denga sesi ketiga.

"Ubah MINDSET daripada SID biasa kepada PEMILIK BISNES SHAKLEE.



Apabila kita merasakan kita adalah pemilik bisnes kita, kita tidak akan pernah duduk diam.Hari-hari kita akan memikirkan pelbagai cara untuk melariskan jualan Shaklee. Di sinilah wujudnya cara marketing hebat, personal branding, memikirkan apa yang diperlukan oleh orang-orang diluar sana, dan lain-lain.

Jangan tidak tahu, sebenarnya bisnes Shaklee ini boleh diwariskan buat anak cucu kita kelak!
Kalau lah orang dahulu berikan anak-anak mereka harta keluarga, tanah yang luas, kita tidak kerugian juga. Walaupun kita sudah tiada, mereka boleh teruskan bisnes orang tua mereka. Syukurnya ummi kenal Shaklee.

Okay!Perkara paling mencabar buat kami sepanjang tempoh team building Shaklee ialah wujudkan KPI bisnes sendiri.
Oh Allah...Beratnya rasa tangan ini untuk menulis.Khuatir sangat diri tidak mampu.
Ummi percaya bahawa allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Pasti dan pasti Dia akan beri!

Tentang KPI bisnes sendiri, ummi telah perincikan dengan tindakan demi tindakan. Betul..bukan mudah untuk kita bina impian hidup, tetapi sematlah kata-kata ini.

" Mukmin yang KUAT lebih disayangi oleh Allah berbanding mukmin yang LEMAH"

Adakah kita terus nak jadi yang lemah itu?
Lemah menyusun startegi?
Lemah dalam berfikir?
Lemah atau kurang membaca?
Lemah atau takut untuk berimpian ?

Sampai bila?

And the last but not least..



Pagi terakhir selepas sarapan, kami duduk berkumpul  berkongsi nama team bisnes masing-masing serta tagline bisnes. Ini membuktikan kami sudah sedia punyai downline dan meneruskan basic rule Shaklee.(3S)

SHARING...
SPONSORING..
SERVICING...

Ummi menamakan team bisnes ummi dengan Safura Empire sempena nama mujahidah solehah ummi. Dan jika dilihat dan baca sejarah seorang Safura, dia adalah isteri kepada Nabi Musa, anak kepada Nabi Yaakob.Dia tersangatlah rajin dan komited dalam melakukan setiap pekerjaan.Mudah-mudahan bizpartner ummi dalam team ini semuanya rajin dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke pangkat tertinggi dalam Shaklee.

Nak jadi sebahagian daripada ahli keluarga Safura Empire?
Jom klik Wasap.my/201121180773

Nanti ummi akan guide satu-satu sampai kita semua berjaya capai impian!

Founder of Safura Empire
Keep In Touch N Love💖

Ummu Safura / +201121180773
+60182123051


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah selama tempoh 2 hari satu malam, ummi dapat join team building dengan group shaklee di bawah organisasi upline kami. Banyak perkara yang kami belajar, berkongsi kisah hidup,dan banyak lagi. Walaupun kami daripada pelbagai latarbelakang, kami tetap mesra umpama isi dengan kuku. Itulah ukhuwah yang ada antara kami.Terima kasih Kak Lin Chalo dan Kak Zulaikha atas usaha mendidik kami menjadi Leader To Be💪

Kali ini, ummi nak share tempat dimana kami menginap. Tidak sangka sangat di celah-celah Cheras ini ada rumah dua tingkat yang 5 stars gituu .Ala- ala english style. Cantik sangat hingga hati ummi terpana dan terus setmind 'inilah rumah idaman ku'. Doakan ummi ye..😊

Okay!jom kita lihat satu persatu ruang yang ada.


Ini adalah view daripada luar rumah. Sejujurnya pertama kali ummi lihat, terfikir yang biasa-biasa je di dalamnya.
Tapi....cuba lihat ruang tamu rumah ini.Apa pula persepsi pertama anda???


Woowww...menariknya..dekorasi yang simple, tenang, dan sedap mata memandang. Kalau nak tahu di ruang tengah itulah kami buat kelas Team Buiding Shaklee. Seronok dengan kehadiran anak-anak syurga. Mereka pun selesa berada di dalam HomeStay Rumah 2 Tingkat ini.

Cuba lihat ini pula!!!
Ruangan kecil di hadapan ruang tamu. Ada macam replika ala-ala rumah api gituu..Nampak seperti rumah di oversea kan😍 Disini juga antara tempat kami suka bergambar.hihi..


Okay, di bawah ini pula adalah ruang makan. Bagi ummi paling menarik pada lampu kristal tu. Cantik sangat. 




Kemudian, kita masuk pula ruangan dapur rumah ini. Masya Allah...ummi rasa nak nangis..sebab inilah dapur idaman kalbu. ceh ceh..Antara impian ummi dengan suami, kami mahukan dapur yang luas, lengkap dan selesa. Sebab kami suami isteri suka memasak..Sweetkan..





Haa..nampak tak ada orang berbisnes online walaupun dari dapur. Sekarang, surirumah pun boleh berjaya tau. Caranya letak kelebihan diri TEPAT pada tempatnya dan jadikan kelemahan diri sebagai batu loncatan untuk berjaya bukan sebagai penghalang.


Okay, next jom kita naik tangga lihat apa yang ada diatas😉



Ini master bedroom. Besar sangat dan selesa.Paling mengujakan ummi time ini apabila ummi lihat semua bilik-bilik dicat dengan ungu. almaklumlah, warna kegemaranku.



Ini pula bilik air dan bilik mandi. Cantik kan? Ada shower, singki, tandas. Keluasan nya juga selesa.




Nak dikira harga dengan kelengkapan dan keselesaan rumah sangat berbaloi sebenarnya. Hanya dengan sewaan rm 200 lebih semalam, serta dengan isian rumah yang boleh lebih ramai, murah lah..Tidak rugi anda menyewa homestay ini. Boleh buat tempat kelas-kelas bisnes, hari keluarga, nak buat tempat honeymoon pun okay. Dah tak payah susah-susah pergi oversea..cewahhh... 



Antara kenangan yang ummi tidak akan lupakan, kami sempat buat facial Youth Shaklee antara kami.Itu yang sampai jam dua pagi. Sekarang dah mahir cara pakai Youth tau. Boleh lah jemput order dengan ummi sekali dapat konsultasi yang eksklusif tau. Lepas pakai Skincare Youth, teruja dengan kelembutan kulit wajah sendiri.😎

Oh ya, bagi mereka yang nak rasa bagaimana keseronokkan  tinggal di dalam Homestay Adelia's ni, boleh klik SINI

Daftar dahulu, kemudian cari sahaja Adelia's Bandar Mahkota Cheras dan book sepantas kilat tau!
Pasti rasa teruja sampai nak buat macam rumah sendiri.tak nak balik-balik. hihihi..

See You Again...Keep In Touch N Love.