Assalamualaikum...

Pernah dengar tentang GERD?
Apa maksud penyakit GERD?

Penyakit GERD adalah singkatan Gastro Esophageal Reflux Disease. Merupakan penyakit saluran pencernaan akibat asid yang naik ke esofagus(reflux).

Penyakit GERD lebih kurang gastrik tetapi lebih teruk lagi sehingga menyebabkan pedih ulu hati yang keterlaluan bagai disiat-siat sehingga dada menjadi sempit,pedih dan melukakan saluran pernafasan.

GERD akan membuatkan pesakit merasa mual dan mahu muntah. Pesakit juga merasa sakit dijantung dan nyeri didada sehingga kadang-kadang rasa macam sakit jantung pulak.

Apakah ciri-ciri GERD?

1. Perut dan dada terasa nyeri seperti terbakar, sakit sampai ke tengkuk.
2. Perut terasa kembung, mual disertai muntah, pedih ulu hati yang keterlaluan.
3. Sering sendawa.
4. Mulut terasa pahit, ada juga yang sampai tersedak.
5. Susah untuk menelan makanan.
6. Meningkatnya jumlah pengeluaran air liur.
7. Batuk kering dan suara menjadi serak.

#Faktor-faktor penyebab GERD?

1. Obesiti atau kegemukkan.
2. Penyakit diabetes.
3. Penyakit Asma.
4. Kehamilan.
5. Merokok.
6. Mulut kering/selalu ulser.
7. Perut selalu kosong.

#Merawat secara semulajadi...

Dengan pengambilan dan mengamalkan vitamin Shaklee seperti ESP, Ostematrix, vivix, papermint ginger, garlic secara konsisten mampu merawat sedikit-sedikit sehingga ia sembuh sepenuhnya.



#Bagaimana Vitamin Shaklee membantu mengatasi masalah penyakit GERD?

1. ESP (Energizing Soy Protein)
Kandungannya daripada soya Non-GMO yang rendah indeks glisemik(IG) iaitu 39.Tiada lemak.Tiada kolesterol.Mudah diserap kedalam tubuh.Apabila makan makanan yang rendah IG, kita akan rasa kenyang lama. Jadi dapat mengurangkan rasa pedih ulu hati.
Disebabkan ESP ni mengenyangkan, menjadikan gastrik lebih terkawal. Tiada rasa nak makan selalu sebab perut dah kenyang terisi dengan sumber yang berkhasiat.

2. Ostematrix
Meregangkan urat saraf perut yang tegang ketika sebu perut akibat angin. Memperbaiki jantung berdebar dan pedih didada. Kalsium yang bersifat alkali bertindak mengurangkan gastrik dan perut berasid.

3. Vivix
Merupakan minuman campuran botani unik yang tinggi anti-oksida membantu peningkatan tenaga selular, menyokong kesihatan kardiovaskular, melawan jangkitan virus, meredakan batuk, sesak hidung dan sesak dada.
Purple Carrot dalam vivix tinggi anti-oksida yang mustajab mengurangkan anti-radang unyuk mengelak salur darah dijangkiti kuman.
Vivix merupakan supplemen untuk kesihatan menyeluruh.



4. Peppermint Ginger dan Garlic Complex
Membantu membuang angin dan asid dalam badan. Melegakan otot perut dan usus. Melegakan gastrik dan pedih ulu hati. Melegakan perut kembung dan kerap sendawa.

Kita ikhtiar sehabis baik. Mudah-mudahan kita semua mendapat kesihatan yang terbaik.
Semua orang berhak memilikinya..
Kesihatan adalah anugerah terindah buat semua..

Berminat untuk dapatkan SHAKLEE?
Boleh hubungi saya@ Ummu Safura

Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com
No.Tel: +201121180773(Mesir)

Shaklee Semenyih
Shaklee Seluruh Msia Mesir 

Setiap orang mahukan kulit wajah yang bersih tanpa cela.Barulah kita tampil dengan penuh yakin dan selesa.
Buat teman-teman yang menghadapi masalah kulit berjerawat janganlah bersedih hati.
Pasti ada penyelesaian demi penyelesaian.

Awalnya perlu tahu faktor-faktor kulit berjerawat.

#MENGAPA KULIT MUKA BERJERAWAT?

1)KEBERSIHAN
Mestilah mencuci muka paling kurang 2 kali sehari. Apabila jarang mencuci muka, kotoran pada wajah tidak akan terbuang, dan akhirnya pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran.Lalu menyebabkan pemicuan infeksi bakteria pada kulit wajah dan terjadinya jerawat.

2)MAKE-UP BERLEBIHAN
Sebaiknya selepas penggunan make-up pada wajah mestilah dibersihkan dengan sempurna supaya tiada sisa yang tinggal.Hal ini boleh menyebabkan penyumbatan liang pori kulit dan terhasilnya jerawat.

3)JENIS KULIT
Jenis kulit berminyak adalah lebih mudah untuk ditumbuhi jerawat kerana sebum yang brelebihan menggalakkan lekapan debu dan habuk kotoran pada kulit.Lalu menggalakkan penghasilan jerawat.

4)HORMON
Kaitan hormon ini adalah bilamana berlaku perubahan, ia mempengaruhi peningkatan penghasilan minyak pada kulit.

5)PEMAKANAN
Jauhi pemakanan yang tidak sihat dan yang berlemak tinggi kerana mempunyai kaitan dengan penghasilan sebum kulit yang berlebihan.

6)GENETIK

7)STRESS/GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Kemurungan atau stress boleh memberi kesan pada hormon dan menjadikan hormon tidak stabil.Hal ini menggalakkan penghasilan jerawat kerana terhasilnya sebum/minyak kulit yang berlebihan.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok,kurang minum air,tidak bersenam turut menyumbang penghasilan jerawat pada kulit.

#CARA PENYELESAIANNYA...

Ummu Safura suka untuk mencadangkan dengan pengambilan Vita-c Shaklee ini secara konsisten.



#BAGAIMANA IA BERTINDAK?

Ramai yang sudah mengetahui bahawa vitamin c merupakan antioksidan yang kuat yang mampu melawan radikal bebas dan anti-penuaan sel.

Selain itu,ia mampu mengurangkan kerosakkan tubuh badan akibat bahan kimia dan toksin.

Vitamin C Shaklee mampu merangsang pembentukan kolagen untuk kesihatan dan keanjalan kulit serta memperbaiki sel-sel kulit.

#VITA-C SHAKLEE SANGAT ISTIMEWA...

***Nama pun Sustained Release Vita-C Plus..
-Merupakan produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

-Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran.
Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

-Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.



Mudah-mudahan entri kali ini dapat membantu lebih ramai orang yang nak sihat dan cantik berseri.
Berminat boleh hubungi terus Ummu Safura

Fb:Aina Nadzirah Mohd Yunus
Blog:ohsemummi.blogspot.com
No. Tel:+20112180773(mesir)

Shaklee Semenyih
Shaklee Seluruh Msia&Mesir






Sejak belakangan ini, ramai dalam kalangan kita yang menghidap penyakit kronik. Rata-rata dalam sebuah keluarga pasti paling minimum seorang penghidapnya. Ini membuktikan bahawa penyakit kronik tidak lagi tertumpu pada golongan tua dan berumur bahkan golongan muda belia turut ada.

Ditambah lagi apabila mempunyai keturunan penyakit kronik, sudah pasti risau dan bimbang. Antara penyakit kronik yang tinggi di Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, jantung, obesiti, gout, dan strok.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI 

Jom ikhtiar secara alami dengan VIVIX SHAKLEE.
Saya syorkan satu makanan tambahan yang dipatenkan oleh Shaklee yang mana SELAMAT dan TIADA KESAN SAMPINGAN.

#APA ITU VIVIX SHAKLEE?

Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. mengandungi campuran unik botani polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah, dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulam fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

#KEBAIKKAN VIVIX SHAKLEE.

  • Menggalakkan penuaan yang sihat-awet muda dan anti-penuaan.
  • Membantu mengelakkan kanser-merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung-melindungi jantung.
  • Mengurangkan kompilasi diabetes atau kencing manis.
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi-melindungi saraf.
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk-merawat alzhameir.
  • Membantu merawat penyakin parkinson.
  • Membantu memulihkan penyakit strok-angin ahmar.
  • Meningkatkan kesihatan imun badan.
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan.
#APA KATA MEREKA YANG SUDAH MERASAINYA?






Sebarang pertanyaan,konsultasi,dan pesanan boleh hubungi saya:

Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia&Mesir

sms/whatsapp: +201121180773
fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog: ohsemummi.blogspot.com













Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan salah satu penyakit bahaya sekiranya tidak dicegah dari awal.Penyakit ini juga semakin meningkat di Malaysia atas faktor seperti pemakanan yang kurang sihat dan kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.Lebih kronik lagi apabila gula di dalam darah bertambah, akhirnya mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang,penyakit jantung,jangkitan kuman akibat luka yang lambat sembuh,dan lain-lain. Ianya adalah berpunca daripada kegagalan badan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. 


Bagaimana tanda-tanda awal berlaku peningkatan gula dalam darah?

Sebelum mengetahui cara untuk merawatnya, adalah lebih baik kita mengenal pasti tanda-tanda atau gejala awal timbulnya penyakit kencing manis atau Diabetes ini.


Ramai orang ambil mudah dengan gejala awal yang ada. Padahal jika kita mula waspada sejak awal itu lebih baik. Penyakit kencing manis ini ada beberapa jenis. Pertama disebut dengan Hipoglikemia dan yang kedua disebut Hiperglikemia.Jenis yang ketiga dipanggil Diabetes Gestasional(semasa hamil).


Hipoglikemia berlaku dimana kadar gula dalam darah boleh menurun sangat rendah sekali. Adapun jika berlaku sebaliknya, ia adalah jenis kencing manis yang kedua iaitu Hyperglikemia.


Antara tanda-tanda awal gejala Hipoglikemia ialah seperti perasaan gelisah,keinginan untuk makan yang berterusan,tahap kesedaran yang menurun,gementar dan lebih banyak berpeluh.Manakala tanda-tanda buat penghidap hiperglikemia pula seperti kerap rasa haus,kerap ke tandas untuk membuang air kecil,penglihatan menjadi tidak fokus,terasa gatal dan muncul infeksi di kulit serta berlaku penurunan berat badan yang mendadak.


Jika keadaan ini menimpa kepada anda,segeralah berjumpa doktor untuk melakukan ujian makmal kerana biasanya serangan kali kedua yang terjadi membuatkan seseorang itu tidak tertolong.


BAGAIMANA RAWATAN YANG TERBAIK?


Banyak pesakit melakukan pelbagai rawatan samada secara perubatan atau alternatif.Namun hasilnya agak perlahan kerana kebanyakkan orang ingin sembuh degan cepat,padahal rawatan ini perlulah secara bertahap dan dilakukan dengan rutin. Paling terbaik kita mengambil langkah mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Disini, suka untuk saya berkongsi satu rawatan alternatif yang selamat dan semulajadi iaitu dengan mengamalkan pengambilan Esp Soy Protien Shaklee dalam diet seharian.




Apa itu Esp Soy Protien Shaklee?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasakan soya. Pengasingan protein yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Ujian klinikal telah membuktikan protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Esp Shaklee ini telah diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kandungannya daripada kacang soya NON-GMO(non-gemetically modified organism) yang mana is diproses pada suhu yang rendah.Tambahan pula, setiap 850g bersamaan 1 canister Esp Shaklee dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan mampu memberikan sumber tenaga segera serta boleh bertahan lebih lama.

Esp Shaklee ini merupakan satu-satunya produk kesihatan dalam pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.Ia juga diperkaya dengan sumber vitamin dan 4 sumber mineral.Esp shaklee ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

KENAPA ESP SHAKLEE SESUAI UNTUK DIABETES?

Kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai bagi penghidap Diabetes.Selain itu, kandungan asid amino didalamnya seperti ISOLOECINE dan LEUCINE sangat membantu penghidap Diabetes.

Asid amino Isoloecine ini berfungsi dengan menstabilkan dan menyelraskan tahap gula dalam darah manakala asid amino Leucine berfungsi membantu merendahkan tahap gula dalam darah.



Tahukah Anda?
Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat  berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah.Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks Glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat yang Indeks Glisemik rendah pula memecahkan gula dalam darah dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan anda.




Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting lebih-lebih lagi untuk proses pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol yang mana boleh menghilangkan manfaat isoflavones tetapi Esp Shaklee ini diproses dengan air bersih untuk mengekalkan isoflavones demi mengekalkan keseluruhan kebaikkan soya. ESP Shaklee ini juga mengandungi rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan kita.


Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.

Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzime yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia.Ia dipanggil asid amino TIDAK PERLU. Manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia dan mesti diperolehi daripada sumber makanan dikenali asid amino PERLU. 

Dengan itu Shaklee menyediakan kesemua asid amino PERLU di dalam ESP soy protein ini. 



Berminat boleh hubungi saya,

Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih 
Pengedar Shaklee Seluruh Msia & Mesir

No Telefon: +201121180773
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email: ummusafura2104@gmail.com
Blog:  ohsemummi.blogspot.com
            ummusafura.blogspot.com














Bismillah...
Dalam Entri kali ini Ummu Safura nak berkongsi dengan semua cara -cara untuk mendapatkan kulit cantik berseri bak bidadari..



Pasti ramai yang mengidamkan kulit yang sihat, cantik, tanpa cacat cela, dan berseri selalu. Tahukah anda bahawa semua itu perlu diurus bermula dari dalam. Selain mengambil pemakanan yang sihat, cukup nutrisi, air yang cukup, senaman ,vitamin tambahan juga sangat diperlukan.

Suka untuk Ummu Safura mengesyorkan beberapa vitamin yang boleh membantu dalam penghasilan kulit yang cantik berseri.

#THE RADIANT 4 SET

Di dalam set ini mempunyai 4 jenis vitamin seperti kolagen, Esp, Vita-C dan GLA Complex.
Vitamin-vitamin bertindak melalui 4 fasa dan fasa-fasa inilah sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri serta sihat luar dan dalam.



1) Collagen powder Shaklee

Pasti ramai telah mengetahui bahawa kolagen Shaklee jauh lebih bagus dalam pasaran. Hal ini kerana setiap paket kolagen shaklee mengandungi 4000 mg kolagen daripada Red Snapper Scales(RSS) iaitu ikan merah mempunyai sisik yang berkualiti.

Antara kandungan lain yang terdapat dalam kolagen Shaklee:
-Ekstrak biji Camelia Japonica yang bertindak sebagai bahan pelembap dan membantu kesuburan rambut.
-Ekstrak Pfaffia yang menjadi perangsang penghasilan acid hyaluronic secara semulajadi yang membantu memelihara keanjalan kulit.
-Ekstrak kulit kerang lautan mempunyai glucosamine yang boleh membantu kesihatan sendi dan mengekalkan kelembapan bahagian mata.(elak eyebag dan bulatan hitam mata)
-Lactobacillus acidofilus bertindak mengekalkan kesihatan usus agar penyerapan kolagen dapat dimaksimumkan.
-Vitamin C yang menjadi bahan antioksidan dan agen awet muda.
-Vitamin B2 dan B6 bertindak membantu memetabolismakan protien dan karbohidrat supaya kulit dapat menghasilkan kolagen semulajadi.

2)Energyzing Soy Protien @ Esp Shaklee

Apa yang istimewa Esp Shaklee ni?  sehinggakan ramai yang mendambakannya.
Ia adalah daripada protien soya berkualiti tinggi.Dipatenkn dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo,horliks,susu atau jus buahan.Esp tidak digalakkan dibancuh dengan air panas bimbang menyebabkan protien termusnah.

Tahukah anda???
25 peratus tubuh badan kita adalah daripada protien.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot dan sebagainya.
SEL ~ TISU ~ ORGAN ~ SISTEM
Protien juga merupakan makanan utama bagi sel tubuh badan manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat sihat dan cergas.

3)Sustained Release Vita-C Plus

Merupakan vitamin C yang diformulasikan dalam bentuk sustained-release.Ini bermaksud ia dilepaskan secara berperingkat dalam tubuh badan kita.Selain memberikan kelebihan untuk cantik ia juga membantu melindungi kesihatan dengan lebih optimum.Jadi dengan mengambil vita-C ini akan mendapat kulit yang cantik dan sihat.

Vitamin C juga merupakan antara yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel kulit dari terdedah dengan sinaran matahari(UV) yang mampu merosakkan sel kulit kita.Apabila sel-sel kulit mula terjejas, ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakkan dan kesan terhadap kulit wajah.Contohnya seperti kulit kusam,sensitif,kulit menjadi merah-merah,jeragat dan jerawat mula membentuk.

Keistimewaan vita-C ini yang diekstrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Fungsi bioflavonoid ini membantu menentang bakteria dan radikal bebas.Ia juga bertindak meningkatkan tahap keberkesanan penyerapan vitamin c dalam tubuh badan.

4) GLA Complex

Kebanyakkan GLA(gamma-linolenic acid) yang ada dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil(EPO). Manakala Gla Shaklee ini diekstrak daripada Borage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam EPO. Nampak tak kelebihan nya..
Borage ini juga adalah 3 kali lebih dari segi boiavailability dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
Setiap kapsul ini mengadungi lebih 300 mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik omega-6.Ia juga dipatenkan dengan gabungan minyak sunflower dan vitamin E umtuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.


Specialnya Gla Complex Shaklee...
Kesimpulannya, Gla Shaklee sangat bagus untuk mengatasi masalah jeragat(bintik penuaan),parut jerawat(tona kulit lebih sekata),kulit kering(kulit lebih lembut,lembap,berseri ,kemerahan),dan rambut kering.

Setelah mengetahui vitamin-vitamin yang diperlukan untuk kulit cantik berseri, anda juga perlu mengetahui setiap kandungan, kelebihan dan tahap keberkesanan. Hal ini kerana untuk memastikan setiap pelaburan kesihatan dan kecantikkan mendambakan hasil yang lumayan.



Maka Shaklee merupakan jenama pilihan ramai yang telah melalui "landmark Study" dan selamat,berkesan serta semulajadi.

Anda boleh terus hubungi Ummu Safura untuk membuat pesanan dan mendapatkan khidmat konsultasi yang paling eksklusif beserta jadual makan yang efektif.

Ummu Safura
ID 1180191

Whatapp +201121180773
FB Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email ohsemummi.blogspot.com




CINTA ITU BUTA: BETUL KE?

Assalamualaikum semua pembaca,
mudah-mudahan selalu berada dalam rahmat kasih sayang Allah.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Nya yang masih kekalkan kita dalam nikmat Iman dan Islam.
Selawat juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad yang membawa kita mengenal Allah Taala.

Buat entri pertama ini, suka untuk saya berkongsi pengalaman bagaimana jatuh cinta dengan Shaklee. Ia adalah satu produk kesihatan ternama yamg banyak membantu meningkatkan kualiti kesihatan saya dan keluarga.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.
Nama diberi oleh mak abah Aina Nadzirah Mohd Yunus. Dalam keluarga mesra dengan panggilan Kak Anne. Teman-teman boleh panggil dengan gelaran Ummu Safura. Alhamdulillah sudah menjadi surihati buat suami tercinta dan kini dikurniakan seorang mujahidah solehah lagi bijak.

Sekarang masih diberi rezeki untuk menuntut ilmu dalam pengajian Bahasa Arab dan kami sekeluarga tinggal di Mesir hampir 7 tahun. Menjadi cabaran yang besar dalam keadaan kita seorang pelajar, juga isteri dan ummi. Sebab itu nilai kesihatan sangat berharga buat saya dan suami supaya kami dapat laksanakan setiap tanggungjawab dengan sempurna.

# Travelog Shaklee
Kisah cintaku dengan Shaklee...

Alkisahnya bermula,
Pada tahun 2012 di Mesir, Ummu Safura merupakan antara pimpinan pelajar Selangor yang menguruskan kebajikan anak-anak Selangor dibumi Nabi Musa. Maka bermulalah kehidupan yang penuh tanggungjawab disamping tugas hakiki sebagai penuntut ilmu.

Siang hari masa ke kuliah, petang dan malam masa berpersatuan. Terlalu banyak kudrat yang diperlukan untuk melunaskan semua tanggunggjawab ditambag cara hidup di Mesir lebih banyak berjalan kaki. Sampailah satu keadaan dimana badan kerap tidak sihat. Kakak senior ada mencadangkan supaya mengambil vitamin tetapi Ummu Safura risau dan takut dengan ubat yang sebarangan.(masa ni tak tahu lagi beza ubat dengan vitamin)

Ummu Safura pun cuba mencari dan ikhtiar macam-macam. Tapi hasilnya tahap kesihatan tetap sama. Disamping Ummu Safura selalu doa minta pada Allah berikan jalan keluar.Sampailah bertemu dan terbaca satu perkongsian seorang kakak senior Ummu Safura pada tahun 2014.Kini dia menjadi leader yang hebat dalam bisnes Shaklee.

Itulah pertama kali Ummu Safura kenal SHAKLEE. Produk pertama yang Ummu Safura ambil ialah Alfalfa Complex. Masa ni nak ikhtiar penyakit gastrik Ummu Safura yang dialami sejak kecil. Disebabkan sudah tidak larat nak bergantung dengan ubat doktor yang pelbagai, dan fungsinya hanya mampu menahan daripada sakit gastrik sahaja, Ummu Safura sedar perlunya ikhtiar supaya cepat sihat. Mana tak nya daripada gastrik ni lah Ummu Safura akan dapat sakit yang pelbagai seperti pedih ulu hati, badan berangin sampai bengkak kaki tangan, sakit sendi dan lain-lain.

Untuk pengetahuan semua, dengan Alfalfa boleh merawat gastrik dan Ummu Safura juga ada ambil B-complex with folic acid. Boleh take note ye bakal-bakal pengantin, 3 bulan sebelum perlu ambil asid folik. Penting untuk proses hamil selepas tu.

Alhamdulillah, dengan izinNya keadaan gastrik semakin kurang. Tidak perlu lagi Ummu Safura membawa makanan setiap kali keluar rumah. Lagi-lagi kat mesir susah nak jumpa makanan ikut selera kita, maklumlah hidup kat negara orang kan..Teringat Ummu Safura pernah sampai tahap menggeletar satu badan sebab tahan sakitnya gastrik ni.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan masa tu.

Ummu Safura juga ada amalkan vitamin Shaklee semasa mengandung,pantang sampailah sekarang.Alhamdulillah berjaya menyusukan mujahidah solehah ummi yang sekarang sudah berusia setahun lima bulan. Dan sekarang Ummu Safura mengambil Esp, Vita-C, Ostemetrix, kolagen, dan banyak lagi.Rasa berbaloi melabur untuk kesihatan diri dan keluarga sendiri. Alhamdulillah asbab Ummu Safura amalkan Shaklee, kualiti kesihatan lebih baik, imunisasi pun lebih kuat. kalau rasa nak demam atau sakit-sakit badan cepat-cepat ambil Vita-c dengan Ostemetrix. Suami pun turut bagi sokongan untuk kita sama-sama bina keluarga yan sihat dan kuat.

# Kenapa Ummu Safura pilih bisnes Shaklee?



💖I love Shaklee very much. Ummu Safura gembira apabila hidup kita sihat, kita dapat bagi banyak manfaat buat orang tersayang khususnya buat Islam.
Jadi memang tidak rugi melabur buat kesihatan untuk hidup yang lebih bermakna. Sihat anugerah terindah buat kami sekeluarga.

💖Shaklee merupakan bisnes yang tidak perlu simpan stok. Hanya klik-klik online Shaklee2u barang pun boleh sampai pada pelanggan.Nampak macam mudah bukan, setiap bisnes perlukan semangat yang besar dan jiwa yang kental.

💖Paling penting Shaklee bukan produk biasa cap ayam ke, ia ada kajian klinikal(landmark study),ada saintis hebat yang banyak buat kajian dan setip kajian terdapat dalam jurnal shaklee.Hebatkan...

💖Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi yang pertama. syarikat ini juga sudah lebih 50 tahun kekal di pasaran.

 ðŸ’–Yang ni penting sangat..Shaklee produk yang Halal
Perkara pertama yang wajib tengok sebelum kita ambil sesuatu produk tu mesti kena tahu halal ke tak benda ni kan. Benda nak makan jadi perlu kepastian status halalnya. Alhamdulillah produk Shaklee ini halal untuk dimakan tau. Boleh rujuk sijil halal Shaklee.


Anda berminat nak tahu lagi?
Boleh join team Safura Empire..Kita belajar bersama menbina impian merealisasikan cita-cita..
Menukar jenama boleh mengubah hidup anda.

APA YANG ANDA FIKIR, ANDA LIHAT
APA YANG ANDA FIKIR, ANDA BUAT
APA YANG ANDA FIKIR, ITULAH ANDA

Salam Ukhuwah,
Ummu Safura
Pengedar Shaklee Semenyih
Pengedar Shaklee Seluruh Msia Mesir

Whatapps +201121180773
FB Aina Nadzirah Mohd Yunus
Email ummusafura2104@gmail.com
Blog ohsemummi.blogspot.com