Assalamualaikum semua
Siapa dah bosan dan jemu dengan menu ikan yang sama ?
Ikan masak merah..
Ikan singgang..
Ikan masak kicap..
Kali ini ummi kongsikan resipi Ikan rebus goreng yang diajarkan oleh mak mertua kesayangan.
Mudah sangat-sangat..
Meh, follow kat bawah ni.😊
Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin/ikan mata besar/ ikan tongkol
Daun pandan
Garam
Asam keping
Serbuk secukup rasa
Air
Step 1
Bersihkan ikan-ikan tadi kemudian ketepikan.
Step 2
Sediakan kuali bersaiz sederhana. Susun daun pandan dalam kuali seperti dalam gambar di bawah.
Step 3
Masukkan ikan-ikan yang sudah dibersihkan tadi. Susun rapi-rapi.
Step 4
Kemudian taburkan garam secukupnya serta letakkan asam keping.
Step 5
Masukkan juga serbuk cukup rasa untuk rasa yang lebih.
Step 6
Last sekali, masukkan air ke dalam kuali paras agak-agak ikan separa tenggelam. Rebus dengan api perlahan sehingga air tadi kering.
Step 7
Setelah kering, ikan tadi boleh disimpan di dalam bekas, kemudian letak di bahagian peti bawah. Ikan boleh tahan selama seminggu atau lebih.
Step 8
Ikan rebus yang telah siap tadi boleh dihidang dengan cara menggoreng garing. Dan makan begitu sahaja. Rasanya sedap dan sungguh lazat. Rangup!!!
Selamat mencuba!
Ummu Safura
ohsemummi.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan