Assalamualaikum..
Hari ini bersamaan 21 April, genap mujahidah solehah kami berusia 2 tahun dihidupkan atas muka bumi Mu. Seinfiniti kesyukuran kami panjatkan kepada Mu kerana masih izinkan kami menjaga anugerah terindah ini.
Diberi nama Safura Thuwaibah sempena mengambil keberkatan nama mujahidah islam. Safura merupakan isteri kepada nabi Musa dan anak kepada nabi Yaakob.
Safura adalah seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya, dia juga isteri yang kuat memberi dorongan serta semangat berjuang buat suami tercinta.
Thuwaibah pula merupakan nama ibu susuan Nabi Muhammad yang pertama sebelum Halimatussa'diah. Juga digelar dengan Thuwaibatul Islamiyah..
Setiap ibu bapa pasti punya harapan buat amanah mereka. Begitu juga kami. Jauh dari sudut hati kami berdoa selalu, semoga mujahidah solehah kami ini taat perintah Allah dan Rasul Nya, diberi kefahaman islam yang jelas, memberi manfaat buat agama dan seluruh manusia.
Buat pembaca yang soleh dan solehah semua, doakan mujahidah solehah kami ini sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan moga dalam jagaan peliharaan Allah selalu.
'Coretan Baby Shaklee Ummi'
Ummu Safura
21 April 2018
11.32 pm
Sanah helwah si comel safura. Moga membesar dengan akhlak Yang cantik secantik namamu..
BalasPadamterima kasih kakak cantik..doakan selalu
Padam