Resipi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas


Assalamualaikum semua. Tengah-tengah ramadhan ni mesti dah buntu kan nak masak menu apa untuk berbuka. Apa kata cuba resipi udang masak lemak cili padi nenas pula. Anda juga boleh gantikan dan ubahsuai resipi dengan menggunakan ayam atau ikan.

Memasak ni mudah je.Yang penting kita kreatifkan bahan yang ada di rumah. Pasti ibu-ibu diluar sana dah jadi super power bab memasak ni😉

Okay lah jom mulakan dengan sediakan bahan-bahan memasak.

Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

  • 1/2 kg udang saiz sederhana(dibuang kepala)
  • 1 kotak santan kotak
  • 7 batang cili padi*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang merah*
  • 2 batang serai 
  • 1 inci halia*
  • serbuk kunyit*
  • 1/2 biji nenas 
  • garam & gula


Setelah selesai sediakan bahan-bahan, barulah kita mulakan kerja memasak pula.
Jooommmm....


1. Kisarkan semua bahan yang bertanda * di dalam blender. Kemudian tumiskan bahan dikisar dengan sedikit minyak sahaja.Jangan lupa masukkan serai yang telah diketuk.Tumiskan sekali sampai bahan masak dan wangi.

2. Kemudian tambahkan sedikit air barulah masukkan nenas. Masak sekejap.Setelah mendidih masukkan pula udang.Biarkan mendidih seketika.



3. Masukkan santan dan pastikan sentiasa dikacau sehingga mendidih.Berjaga-jaga supaya santan tidak pecah.

4. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing.Kemudian siap boleh dihidang.

5. Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh juga digantikan dengan kunyit hidup. Nenas boleh digantikan dengan tomato,belimbing,atau letakkan asam keping.


SELAMAT MENCUBA😊


0 ulasan:

Catat Ulasan