Terdapat banyak jenis keputihan yang dialami wanita setiap hari. Ketahui cara untuk mengenalpasti jenis keputihan mana yang normal dan mana perlu rawatan.
Mungkin ada yang berasa sensitif terhadap isu ini kerana malu dan bimbang namun perbincangan tentang kesihatan wanita lebih-lebih lagi amat penting untuk dikongsikan bersama.
Memahami jiwa wanita itu pasti kalian pernah terfikir...
"Adakah keputihan saya normal jika ia berwarna putih atau kuning?"
"Atau keputihan saya berlendir seperti gel?"
"Kenapa keputihan saya berbau?"
Ummi akan jawab semua persoalan ini di sini.
Keputihan itu apa? Keputihan adalah...
Terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks. Keputihan yang dialami adalah unik pada setiap wanita.
Dan keputihan adalah fungsi badan yang yang normal untuk memastikan faraj sihat.
Biasanya keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak ada sebarang bau.
Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza, kadang-kadang ia nipis dan berair.
Adakalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut tahap kesihatan wanita dan juga hari-hari berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.
9 Jenis Keputihan Wanita
Jenis Keputihan #1 Keputihan Kering
Juga dikenali sebagai hari kering. Keputihan yang dialami bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat tipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini adalah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
Jenis Keputihan #2 Keputihan bak krim
Apabila tahap estrogen bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa mwlwkit atau basah.
Anda juga mungkin akan dapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.Tempoh ini biasanya diantara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kiyaran 28 hari.
Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.
Jenis Keputihan #3 Keputihan seperti putih telur
Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin berasa kurang selesa disebabkan keputihan seperti putih telur dan mungkin juga keluarnya bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik.
Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti masuk rahim.
Jenis Keputihan #4 Keputihan warna putih
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atah akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimana pun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, kemungkinan ia dijangkiti dengan yis.(sejenis kulat)
Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung, dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
Jenis Keputihan #5 Keputihan yang licin
Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Ini kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
Jenis Keputihan #6 Keputihan jernih dan sangat cair
Antara semua jenis keputiha wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.
Jenis Keputihan #7 Keputihan warna perang atau sedikit berdarah
Sebaik sahaja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa.
Ini adalah cara faraj bersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, anda boleh jumpa pakar wanita dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi untuk wanita yang sudah putus haid, mungkin ini adalah tanda kanser serviks. Jadi rajin-rajinlah lakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelakkan keraguan itu.
Jenis Keputihan #8 Keputihan warna kuning
Keputihan jenis ini mungkin tanda jangkitan. Biasanya ia tebal dan berbau busuk.
Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin. Kebanyakkan wanita yang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan mewujudkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.
Jadi, dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.
Jenis Keputihan #9 Keputihan warna hijau
Ini adalah jenis yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga merupakan tanda penyakit trichomoniasis.
***
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita tadi, kini anda lebih berilmu dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dan mulakan cara hidup yang sihat. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan atau vitamin untuk menguatkan imun tubuh serta ambil antioksidan yang boleh repair tisu sel dari dalam.
Antara vitamin yang boleh diambil untuk mengatasi masalah keputihan wanita.
Minuman yang tinggi antioksidan sangat sesuai untuk mengatasi masalah keputihan wanita.
Semoga artikel kali membantu lebih ramai wanita diluar sana sedar tentang kesihatan aset wanita.
Love,
Ummu Safura@Aina Nadzirah Mohd Yunus
Pengedar Shaklee Semenyih
0 ulasan:
Catat Ulasan